Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN - Coggle Diagram
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
: suatu bentuk pengajran dan pembelajaran yang disampaikan melalui penggunaan teknologi internet digital seperti mempunyai unsur grafik, perkataan, animasi, video,dan audio.
maklumat dapat disampaikan secara maya dan globakl merentasi sempadan geografi yang jauh. - maklimat dapat diakses pada bila-bila masa dan di mana saja.
JENIS-JENIS :
JENIS-JENIS PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
1.M-Learning
pembelajaran merentasi pelbagai konteks, melalui interaksi sosial dan kandungan dengan menggunakan peranti elektronik peribadi. M-Learning juga merupakan satu bentuk e-pembelajaran pendidikan jarak jauh di mana pelajar boleh menggunakan peranti mudah alih di pelbagai lokasi pada bila-bila masa.
Teknologi M-Learning merangkumi penggunaan: 1. Komputer bimbit (Personal Device Assistant PDA)
Pemain MP3
Komputer riba
Telefon bimbit pintar
Tablet
M-Learning memberi tumpuan kepada mobiliti pelajar, berinteraksi dengan menggunakan alat-alat mudah alih untuk mewujudkan bahan sokongan pembelajaran sebagai satu elemen penting dalam pembelajaran tidak formal.
Podcasting dan Vadcasting
Podcast adalah siri fail audio digital yang diedarkan di Internet secara muat turun dari laman Web kepada pemain media mudah alih dan komputer peribadi.
Perbezaan antara muat turun atau streaming langsung berbanding podcast ialah:
Diuruskan oleh syarikat secara profesional dan biasanya pengguna perlu mendaftar untuk melanggan.
Boleh dimuat turun secara automatik apabila kandungan baru ditambah.
Vodcasting hampir sama, kecuali bahan digital yang diedit dan dimuat naik adalah video.
Blog
Blog adalah salah satu bentuk website yang tersusun dengan kronologi terbalik, iaitu susunan dari tulisan terkini ketulisan yang terdahulu. Darren Rowse, 2005
Blog adalah bentuk aplikasi web yang menyerupai jurnal (tulisan-tulisan yang dimuatnaik sebagai posting) pada sebuah laman web umum.
Blog adalah media ekspresi diri untuk berkongsi bahan dalam bentuk web dan boleh diakses oleh pengguna internet
4.Vlog
Blog video yang juga dikenali sebagai vlog adalah satu bentuk blog yang menggunakan bahan video sebagai medium asas.
Satu bentuk televisyen web. Entri vlog sering menggabungkan embeded video atau pautan video, teks, imej dan meta data lain.
Video yang hendak dimuat naik boleh direkod secara sekali gus, atau dipotong menjadi beberapa bahagian kecil.
Populariti vlog diukur melalui jumlah pengunjung yang menonton vlog tersebut. Vlog popular di YouTube.
Contoh vlog : video dicipta tentang cara menunggang motosikal dikenali sebagai motovlog (singkatan motosikal log video).
Frog-VLE
Frog adalah Virtual Learning Environment (VLE) yang dipilih bagi projek1BestariNet.
Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti atau kumpulan besar.
Persekitaran pembelajaran maya Frog, atau Frog VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.
Di bawah 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan di internet menerusiVirtual Learning Environment (Frog VLE), yang boleh diakses di sekolah atau di mana-mana sahaja yang mempunyai capaian internet.
6.Perisian Terbuka
Perisian sumber terbuka Open-source software (OSS) adalah:
Perisian komputer dengan kod sumber yang disediakan dan dilesenkan dengan lesen di mana pemegang hakcipta memberikan hak untuk mengkaji, mengubah dan mengedarkan perisian bagi semua orang dan untuk semua tujuan.
Perisian percuma yang bebas diguna dan juga boleh didapati dalam bentuk kod sumber dan lain -lain hak tertentu yang biasa nya dikhaskan dibawah lesen sumber terbuka.
Perisian yang membenarkan pengguna untuk mengkaji, mengubah, memperbaiki dan pada masa -masa tertentu juga untuk mengedarkan perisian
Contoh perisian sistem operasi sumber terbuka
Libre Office
–Libre Office merupakan aplikasi pejabat bersepadu alternatif kepada Micosoft Office.
The GIMP
–The GIMP (GNU Image Manipulation Program) merupakan aplikasi grafiks yang popular seimbang dengan program berbayar Photoshop daripada Adobe.
Scribus
–Scribus merupakan aplikasi professional untuk membentuk post produksi majalah, akhbar, buku atau pelbagai jenis makalah lain.
VLC Multimedia Player
–VLC Multimedia player merupakan satu aplikasi pemain multimedia seperti Windows Multimedia Player.
7-Zip
–Merupakan program untuk”compress” dan“uncompress” data seperti mana program WinZip dan WinRar.
7.Social Learning Technology
Mengikut Albert Bandura melalui Teori Pembelajaran Sosial, manusia saling belajar di antara satu sama lain melalui pemerhatian, peniruan dan permodelan.
Pembelajaran sosial bukan sahaja melibatkan teknologi media sosial, sebaliknya ia menggabungkan alat media sosial dengan
–perkembangan yang terkini
–pemindahan pengetahuan yang berterusan
–pembelajaran yang lebih berkesan dan sempurna. ]
Pembelajaran Sosial
–berlaku melalui interaksi sosial dan proses antara pengguna dalam rangkaian sosial. (facebook, twitter, instagram dll)
–memudahkan perubahan terhadap individu yang terlibat.
–berpotensi menjadi medium yang berkesan di dalam komuniti yang besar.
Social Bookmarking
Perkhidmatan social bookmark adalah perkhidmatan berpusat dalam talianyang membolehkan pengguna menambah, menganotasi, menyunting, dan berkongsi penanda buku dokumen web.
Banyak perkhidmatan pengurusan penanda buku dalam talian telah dilancarkan sejak 1996, contohnya“Delicious” yang diasaskanpada tahun 2003 yang mempopularkan istilah"social bookmark" dan"tag".
Tagging adalah ciri penting sistem social bookmark, yang membolehkan pengguna untuk menguruskan penanda buku mereka secara fleksibel dan membangunkan kosakata bersama.
Wikis
Wikis adalah sejenis laman web yang membolehkan pengguna untuk menambah, membuang, atau mengedit dan menukar kandungan yang ada dengan mudah.
Wikis biasanya direka dengan falsafah menjadikannya mudah bagi pengguna untuk membetulkan kesilapan.
Pembangun laman web wiki boleh menerima notis bagi semua perubahan dan boleh mengesan serta memantau pembangunan laman tersebut
Wiki boleh digunakan:
–sebagai panduan pembelajaran
–untuk meminta pelajar dan guru untuk menganotasi bahan di wiki
–sebagai medium perbincangan untuk masyarakat luar sekolah
–sebagai pautan pustakawan dan guru-guru di sekolah bagi satu-satu projek usaha sama
10.Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS-Learning Managenment System)
Learning management systems (LMS) juga dikenali sebagai Course management systems (CMS)
LMS digunakan untuk menggambarkan perisian yang direka bagimenguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pembelajaran dan menyediakan akses kepada perkhidmatan pembelajaran atas talian untuk pelajar, guru, dan pentadbir.
Sistem ini juga membolehkan pembangunan danpenyampaian kursus pendidikan dilakukan dengan menggunakan Internet sebagai medium penyampaian.
PerananLMS adalah untuk:
–Pendaftaran dan caj (Registration and charging)
–Menguruskan proses (Managing the process)
–Pengujian (Testing)
–Mentor dan pemantauan (Mentoring and monitoring)
–Fungsi untuk Pengguna (User’s function)
–Fungsi untuk pentadbir (Administrator functions)
Kelebihan LMS adalah:
–menguruskan sepenuhnya dan menjejaki pembelajaran anda sendiri
–menyokong pembelajaran jarakjauh
–direka dengan tujuan yang pasti
–selamat dan terjamin
–mudah untuk digunakan
–sistem berpusat
Kekurangan LMS adalah:
–kos-mahal untuk dibangunkan
–masa yang lama diperlukan untuk memasang perkakasan, perisian, bahan kursus dan pangkalandata
–perlukan pentadbir (administrator) LMS