Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SEKOLAH TERHADAP MASYARAKAT, download (1),…
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SEKOLAH TERHADAP MASYARAKAT
DEFINISI PENDIDIKAN
Pendidikan diertikan sebagai aktiviti persekolahan. Ini
bermakna pendidikan merupakan aktiviti-aktiviti yang mempunyai objektif,
rancangan dan organisasi untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan menguasai kemahiran tertentu, demi berupaya menyesuaikan diri dalam masyarakatnya pada masa depan. Pendidikan adalah nadi pembangunan sesuatu bangsa.
DEFINISI SEKOLAH
Sebuah institusi atau organisasi formal yang bukan sekadar untuk
menyebarkan ilmu pengetahuan, menyemai budaya bangsa dan memupuk bakat, tetapi juga untuk membentuk satu rupa bangsa yang boleh dan bersedia menerima dan menghadapi perubahan dan pembaharuan.
Sekolah merupakan satu daripada bahagian yang penting dalam masyarakat, khususnya masyarakat moden hari ini yang mempunyai matlamat, anggota dan peraturan yang tertentu di samping mempunyai tanggungjawab penting dalam membangunkan individu dan masyarakat keseluruhannya.
PERANAN MASYARAKAT TERHADAP SEKOLAH
:pencil2:Masyarakat mempunyai pengaruh yang luas yang meliputi aspek sosial,
ekonomi dan politik sesebuah negara
. :pencil2:Masyarakat yang bertamadun mengadakan
sekolah untuk memberi peluang kepada generasi yang baru untuk menguasai
bahagian-bahagian pengetahuan yang dipilih dan difikirkan oleh masyarakat sebagai
penting bagi melanjutkan perkembangan masyarakat itu.
:pencil2:Pencapaian pelajar bukan sahaja
bergantung kepada prestasi sekolahnya tetapi juga banyak dipengaruhi oleh cara
hidup pelajar itu sendiri.
:pencil2:Masyarakat sekarang mempercayai bahawa
sekolah merupakan salah satu institusi formal yang mempunyai tanggungjawab yang
besar dalam mendidik anak-anak mereka. Anak-anak berkembang melalui proses
pendidikan yang ada di sekolah.Oleh itu, sekolah sebagai institusi sosial mempunyai
kewajipan untuk membentuk masyarakat berasaskan pendidikan dan ilmu yang
diterimanya.
:check:
ASPIRASI IBU BAPA DAN KELUARGA
Aspirasi dan harapan ibu bapa terhadap masa
hadapan anak-anak mereka memainkan peranan penting untuk mendorong anak-anak
mereka itu lebih giat untuk mencapai prestasi yang tinggi di sekolah.
Seseorang pelajar itu biasanya akan bertingkah laku dan memegang sikap
yang dapat diterima di bilik darjah apabila rumah dan sekolah mempunyai idea yang
sama tentang bagaimana mendidik dan memegang taraf tingkah laku yang sama.
SEBAGAI CONTOH
, jika di rumah, ibu bapa akan memarahi anak mereka jika berbohong atau tidak membuat latihan yang diberikan oleh guru, maka di sekolah pelajar yang sama ini akan takut hendak berbohong dan akan membuat latihan yang diberikan kerana nilai-nilai dan aspirasi untuk belajar di rumah dan di sekolah adalah bersambungan.
Jelaslah, ibu bapa dan keluarga memainkan peranan penting dalam menentukan
aspirasi pengajaran sesebuah sekolah. Jika tidak wujudnya kerjasama daripada ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka maka sukarlah bagi sesebuah sekolah untuk mengamalkan dan melaksanakan dasar yang telah ditetapkan.
:check:
PENGLIBATAN MASYARAKAT
Pertubuhan masyarakat yang terdapat di persekitaran sekolah juga boleh
memberi sumbangan untuk meningkatkan prestasi pencapaian sesebuah sekolah dengan menganjurkan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan pelajar yang berkenaan.
SEBAGAI CONTOH
di negara Brunei sendiri terdapatnya pertubuhanpertubuhan seperti Majlis Belia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kelab-Kelab dan seumpamanya turut memainkan peranan dalam pendidikan pelajar.
Pelajar-pelajar seringkali diundang untuk mengikuti program-program yang berkaitan dengan pendidikan mereka dengan tujuan untuk memberi dan menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada. Sumbangan seumpama ini dapat meningkatkan lagi mutu pencapaian persekolahan pelajar disamping adanya hubungan sosialisasi anatara warga sekolah dan masyarakat luar yang turut berperanan terhadap pendidikan (sekolah).
:check:
CARA HIDUP MASYARAKAT
Cara hidup kanak-kanak di rumah dan persekitaran mereka juga merupakan pengaruh sosial yang mempengaruhi suasana sesebuah sekolah.
Kanak-kanak yang diasuh dengan cara yang baik dan selalu mendapat perhatian serta dorongan ibu bapa mereka akan mencapai prestasi yang lebih tinggi
Sebahagian remaja akan membawa kesan yang positif atau negatif kepada sekolah. jika kesan positif, sudah tentu sedikit sebanyak membantu sekolah untuk melancarkan lagi matlamat pengajaran.
Tanggungjawab sekolah terhadap masyarakat dapat dilihat daripada beberapa aspek, antaranya ialah seperti sosialisasi, pendidikan dan latihan, persediaan untuk pekerjaan dan mengawasi pelajar.
:pen:
PENDIDIKAN DAN LATIHAN
Peranan pendidikan adalah untuk membentuk seseorang individu yang sanggup berfikir secara kritikal dan mempunyai daya kreatif manakala latihan adalah proses memberi kemahiran teknikal dan kegiatan psikomotor.
Sekolah juga bertanggungjawab memberi latihan kemahiran teknikal selaras dengan kemajuan teknologi masyarakatnya. Kemajuan teknik ini disampaikan kepada pelajar supaya mereka dapat menggunakannya dalam kehidupan sehari-hari.
Pelbagai kemahiran teknik telah diperkenalkan sesuai dengan pengetahuan masing-masing dan sekarang kelulusan teknikal dan vokasional amat diperlukan seperti dalam bidang mekanik, engineering, kemahiran membuat dan memperbaiki perabot rumah (kraf tangan) dan kemahiran menggunakan teknologi seperti komputer dan sebagainya
Diharapkan dapat memberi peluang khususnya generasi muda
menguasai pelbagai ilmu pengetahuan yang difikirkan sesuai untuk melanjutkan
perkembangan masyarakat. Perubahan dalam bidang mekanikal dan perindustrian pada hari ini amat memerlukan individu yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknikal ini.
:pen:
PERSEDIAAN UNTUK PEKERJAAN
Sekolah juga bertanggungjawab memberi pendidikan ke arah membolehkan ahli masyarakatnya mendapat pekerjaan. Sistem pendidikan merupakan alat bagi mengisi keperluan pekerjaan. Masyarakat sekarang berlumba-lumba agar anak-anak mereka mendapat pekerjaan yang baik dan sempurna untuk menjamin masa depan mereka.
Pendidikan sebagai satu proses yang digunakan oleh ibu bapa bagi mendapatkan pekerjaan yang baik untuk anak-anak mereka. Hal ini memang diakui kebenarannya pada masa sekarang.
Proses persekolahan yang ada sekarang adalah untuk menyediakan tenaga pekerja yang selaras dengan peranan pekerjaan pada masa akan datang. Mana-mana sekolah termasuk sekolah vokasional dan teknikal mengutamakan pekerjaan yang memerlukan kemahiran dan pengetahuan. persekolahan yang mementingkan akademik dianggap lebih penting kerana menyediakan pekerjaan
‘kolar putih’.
Pelajar dilatih supaya sedar akan keadaan sekelilingnya dan berkeyakinan dalam kehidupan. Sekolah memproses individu dan pengetahuan ke arah membentuk kebudayaan yang bersesuaian dengan norma masyarakatnya.
:pen:
SOSIALISASI
Sosialisasi adalah proses interaksi yang membolehkan manusia memperoleh sahsiah dan belajar cara hidup masyarakat. Ia menghubungkan individu dengan masyarakat.
Proses sosialisasi ini amat penting dalam mencorakkan personaliti murid. Mereka perlu melengkapkan diri dengan personaliti yang baik mengikut norma dan nilai masyarakatnya.
Sekolah yang bertindak sebagai agen sosialisasi berupaya mengubah bentuk masyarakat dengan mengajar generasi
muda hubungan yang baik di antara manusia dan memudahkan mereka bergaul dan memainkan peranan dalam sesuatu organisasi masyarakat.
Di sekolah, proses interaksi sosial sering dan mudah berlaku antara guru dan murid dan murid dengan murid (rakan sebaya). Oleh itu sudah pasti akan memudahkan murid-murid apabila dewasa nanti untuk berinteraksi dengan masyarakat.
Sebenarnya murid-murid ini belajar cara-cara hidup bermasyarakat. Mereka dapat memahami peranan sosial dengan lebih berkesan kerana adanya didikan awal tentang sosialisasi di peringkat sekolah.
:pen:
MENGAWASI PELAJAR
Sekolah itu terdiri daripada pengetua/guru besar, guru dan pihak pentadbir yang mempunyai tanggungjawab untuk mengawasi pelajar dan menjauhkan mereka daripada perkara yang tidak berfaedah seperti penagihan dadah, masalah lepak atau
pergaulan bebas sehingga mengakibatkan lari dari rumah dan sebagainya.
Peranan pihak sekolah dalam mengawasi pelajar-pelajarnya adalah amat penting sekali bagi menghindarkan mereka dari anasir-anasir yang kurang baik dan berkelakuan tidak bermoral serta melanggar nilai-nilai masyarakat sehingga
disisihkan oleh masyarakat itu sendiri.
Anasir-anasir Barat yang kurang baik dan tidak bermoral selalu saja datang menggoda dan menghimpit generasi muda hari ini yang boleh membawa kepada jatuhnya nilai-nilai keislaman
Kelakuan dan tingkah laku yang tidak bermoral ini boleh mencemarkan nama negara seolah-olah negara telah melahirkan generasi yang tidak berpengetahuan dan berpendidikan di institusi sekolah yang sepatutnya memainkan peranan penting dalam
membentuk akhlak mulia.
Tanggungjawab mengawas pelajar bukanlah tertakluk mutlak kepada sekolah sahaja tetapi ibu bapa dan masyarakat sekeliling juga harus samasama berganding bahu
Usaha untuk melahirkan generasi yang progresif dan mantap, sekolah harus menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.
PLATO
, seorang ahli falsafah yang terkemuka pada zaman Yunani berpendapat pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia. Beliau menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah memberi latihan moral kewarganegaraan yang baik.
JOHN MACDONALD
menghuraikan perbezaan pendidikan di antara masyarakat primitif dengan masyarakat moden.
MASYARAKAT PRIMITIF
ialah latihan vokasional dan pelajaran adat resam, kepercayaan serta cara sembahyang, disampaikan melalui tunjuk ajar dengan secara tidak langsung daripada keluarga dan pergaulan dengan orang dewasa.
MASYARAKAT MODEN
merupakan latihan khusus menguasai kemahiran dan memperolehi ilmu pengetahuan yang penting untuk kehidupan, disampaikan melalui pengajaran secara langsung daripada guru yang berilmu tinggi
serta mempunyai kemahiran mengajar.
MOHAMMAD QATH
mengatakan pendidikan adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Tujuan utama pendidikan ialah mengembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke tahap kesempurnaan.