Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Taktikal kemenangan Pejuang Islam di dalam peperangan - Coggle Diagram
Taktikal kemenangan Pejuang Islam di dalam peperangan
Pengenalan
Islam hanya menggalakkan peperangan setelah turunnya wahyu. Peperangan hanyalah bertujuan mempertahankan kedaulatan Islam daripada ancaman musuh. Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., baginda telah menyertai dua jenis peperangan iaitu sariyah dan ghazwah.
Strategi dalam istilah ketenteraan merujuk kepada penggunaan secara praktikal sumber-sumber berharga yang dimiliki oleh sesebuah negara untuk mencapai tujuan mereka melalui kekuatan tentera. Jika timbul sebarang pertelingkahan dalam keinginan masing-masing, ia dapat diselesaikan dengan cara baik, tetapi jika peluang untuk mendapatkan penyelesaian secara baik tidak diperoleh, maka kemungkinan tindakan hanyalah melalui ketenteraan.
Strategi Peperangan
Geografi
- Nabi Muhammad SAW menggunakan sepenuhnya strategi geografi dalam mengatur rancangan tentera Islam. Baginda SAW menggunakannya secara dinamik dalam operasi tentera dengan mengambil kira kekuatan, mobiliti, strategi serta moral pihak musuh. Strategi geografi boleh dianggap sebagai jambatan kepada rancangan peperangan, rancangan kcmpen dan rancangan operasi.
Sistem Rondaan dan Intipa
n - Intipan bererti mendapatkan maklumat pihak musuh berkenaan dengan aspek harta benda, alat-alat persenjataan, pergerakan, rancangan dan tujuan. Ia melibatkan penghantaran kumpulan yang kecil sama ada anggota tentera atau tidak, ke tempat yang dijangka didatangi musuh dengan memberi arahan tentang objektif mereka. Intipan hanya dihantar untuk mengumpulkan maklumat-maklumat yang perlu tentang pihak musuh.
Serangan mengejut dan kejutan
yang melemahkan psikologi anggota tentera serta kekuatan musuh. Strategi kejutan atau memeranjatkan bererti mencipta keadaan pada satu-satu tempat atau masa yang menyebabkan pihak musuh tidak berupaya dan tidak bersedia untuk melancarkan serangan balas.
Ketangkasan dan Kecekapan
- melaksanakan rancangan serta kempen ketenteraan sangat penting. Sebarang kelewatan bukan sahaja akan inenghilangkan kebaikan yang akan diperoleh, malah kadang-kadang membawa bencana kepada pasukan tentera. Kecekapan yang maksima terutamanya diperlukan apabila pihak musuh mengatasi mereka daripada segi jumlah tentera dan harta benda.
Penggunaan Tentera Secara Ekonomik
- Penggunaan pasukan tentera secara ekonomik merupakan satu lagi faktor yang memainkan peranan penting untuk kejayaan seseorang pemimpin tentera merancang strategi peperangan dan pertahanan. Penggunaan harta benda dan tenaga manusia ini perlu dilakukan sedemikian rupa demi untuk mencapai facdah yang maksima. Cara penggunaan seperti ini juga dapat membantu menjimatkan tenaga dan nyawa manusia.
Kesimpulan
Kedua-dua peristiwa besar itu menggambarkan kepada umat manusia betapa kepimpinan sangat memainkan peranan yang besar dan terpenting bagi kelangsungan sesebuah organisasi, masyarakat atau negara mencapai kejayaan atau sebaliknya. Perancangan dan strategi yang tersusun amat diperlukan disamping mesyuarat untuk memilih pandangan yang tepat dalam peperangan. Akhir sekali kepentingan mematuhi segala ketetapan yang dipilih dalam mesyuarat dan kepatuhan kepada arahan ketua menjadi tunjang asas kepada kemenangan.
Strategi Peperangan Nabi Muhammad SAW
Nabi Muhammad SAW sebagai ketua angkatan perang akan menatur strategi terlebih dahulu pada setiap kali peperangan untuk memastikan kemengan memihak kcpada umat lslain demi menegakkan agama Islam di muka bumi. Baginda SAW benar-benar yakin dengan pertolongan Allah bagi pihak yang benar dan menyeru saudara-mara, sahabat dan orang lain kepada keyakinan yang sama. Baginda SAW juga tidak mendatangkan sebarang kerugian kepada pihak-pihak tertentu.
Perang Uhud
Punca Peperangan Uhud
Kekalahan yang dialami oleh Musyrikin QURAISY dalam peperangan BADAR adalah suatu
pukulan yang hebat.
Mereka berasa kecewa dan ingin membalas dendam terhadap kaum Muslimin.
Mereka kecewa bukan semata-mata kerana ramai panlima,mereka yang terbunuh
ditawan ata kerugian harta benda.
Mereka kecewa kerana nama dan maruah mereka Tercemar kerana selama ini mereka kuat dan gagah
Strategi Peperangan dalam Perang Uhud
Menempatkan Pengintip di kubu Musuh
Membentuk Majlis Permusyawaratan Tentera
Pembagian Ketua Perang
Tidak Meminta Pertolongan Orang-orang Kafir
Meredakan Konflik Dalaman Sebelum Peperangan
Memilih geografi yang strategik
Pembagian Askar Tentera
Kesan Peperangan Uhud
1.
Tujuh puluh orang kaum Musyrikin telah terbunuh. Mereka adalah terdiri dnripada para pahlawan Musyrikin yang handal ter~nasuklah Abu Jahal dan Umaiyyah bin Khalaf (Hj. Yahaya & Halimi, 1993)
2.
seramai kira-kira tujuh puluh orang lagi daripada kaum Musyrikin telah ditawan. Sernua tawnnan itu tclah diberikan layanan yang baik olch Bagirlda SAW.
3.
Manakala di pihak tentera Islam pula. seramai empat belas orang gugur syahid
4.
Penyingkiran kaum Yahudi Bani Qainuqa' dari Madinah. Kaum Yahudi tersebut cuba memperkecilkan kemenangan dan kcbolehan orang Islam dalam perang Badar.
Penduduk Makkah (Quraisy) malu besar atas kekalahan mereka di medan perang Badar.
Saudagar saudagarnya tidak ada yang berani lagi pergi berdagang ke Syria, takut akan ditangkap orang Islam.
Kalau keadaan itu berterusan, kota Makkah akan diserang bahaya kelaparan dan krisis ekonomi.
Oleh kerana itu, maka berundinglah semua pembesar Quraisy untuk mendapatkan keputusan ini.
Diputuskan bahawa semua keuntungan perdagangan di tahun itu akan dipergunakan untuk membentuk satu angkatan perang yang kuat.
Perang Badar
Strategi Peperangan dalam Perang Badar
Tarbiyyah (pendidikan) kepada semua anggota tentera bahawa mush Nabi Muhammad SAW adalah musuh Allah SWT.
Pangliina-panglima musuh wajib dihapuskan terlebih dahulu
Selain untuk kegunaaan sendiri, telaga-telaga air yang lain mesti dimusnahkan atau dikambus (Omar, 1997).
Meningkatkan semangat para tentera dengan tawaran Syurga kepada yang Syahid
Solat tidak boleh ditinggalakan walaupun dalam peperangan dan ia boleh dilakukan secara solat sambil duduk atau solat ketika berperang.
Membina sebuah markas sebagai tempat pengendalian perang dan tempat mengeluarkan arahan Baginda SAW serta tempat yang selamat daripada serbuan musuh.
Punca Peperangan Badar
Kaum Musyrikin Makkah mahu menghapuskan orang-orang Islam Madinah
Berikutan penghijrahan kaum Muslimin ke Madinah, kaum Musyrikin merasa takut dan berusaha menghapuskan kaum Muslimin. Tujuannya ialah supaya kaum Muslimin tidak lagi menghina atau mencela tuhan-tuhan mereka. Selain itu mereka juga telah menyaksikan kehidupan kaum Muslimin di Madinah semakin stabil dan ajaran Islam semakin pesat berkembang.
Kekerasan dan ancaman kaum Musyrikin Makkah terhadap kaum Muslimin yang berhijrah ke Madinah telah mendorong mereka berusaha menghadapi kekerasan dengan kekerasan. Selain itu harta benda mereka yang telah dirampas oleh orang Musyrikin Mekah juga telah menyebabkan kaum Muslimin bertindak balas dengan mengambil harta perniagaan mereka juga.
Kesan Peperangan Badar
Kemenangan tentera Islam dalam perang Badar menjadikan kedudukan negara Islam semakin bertambah kuat dan mantap. Orang yang memeluk Islam di Madinah juga semakin bertambah ramai.
Orang-orang Quraisy Makkah meratapi kekalahan dan kematian kaum keluarga mereka dalam peperangan tersebut.
Kaum Musyrikin Makkah tidak puas hati dengan kekalahan mereka dan menaruh dendam untuk menuntut bela. Perasaan dendam mereka inilah punca kepada berlakunya perang.
Perang Badar
merupakan perang yang pertama dalam sejarah Islam di antara orang Islam Madinah dengan Kaum Musyrikin Mekah. Peperangan ini berlaku pada hari jumaat 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah bersamaan 624 Masihi. Peperangan ini dinamakan Perang Badar kerana pertempurannya berlaku di pinggir sebuah telaga yang terletak di antara Mazkah dan Madinah yang dimiliki oleh seorang yang bernama Badr. Peperangan ini juga dinamakan 'al-Furqan', iaitu pemisah antara hak dan batil.