• Sayyid Qutb menyatakan pandangannya bahawa kegiatan kesenian seluruhnya adalah pengolahan secara manusiawi mengenai konsep dan tindak balas manusia itu sendiri, dan mengenai konsep wujud dan hidup yang menjelma di dalam jiwa manusia.
• Ismail R. Faruqi berpendapat bahawa tidak seperti kebudayaan-kebudayaan lain yang mengaitkan keindahan sebagai kemewahan, nilai intrinstik yang difahami untuk kepentingan sendiri, kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung keseluruhan kesahihan Islam itu sendiri.
• Muhammad Uthman El-Muhammady menyatakan bahawa
dalam seni Islam, yang merupakan seni muqaddas tujuan yang terkandung dalam rupa umpamanya sebagai yang ada dalam seni bina ialah supaya dengan akal, manusia meneliti dan memperhati rupa, lalu ia mesti mengingati kembali kedudukannya sedalam hubungan-hubungan yang disedarinya baik secara vertical dengan yang Maha Tinggi, ataupun hubungan secara horizontal dengan alam zahir ini, iaitu melalui kontemplasi sesuatu yang
indah.
• Ismail Hamid berpendapat Seni dalam Islam menanamkan rasa khusyu’ kepada Allah di samping memberi ketenangan dalam jiwa manusia sebagai makhluk Allah yang diciptakan dengan fitrah yang gemar kepada kesenian,oleh kerana itu seni dalam Islam tidak berprinsip seni untuk seni,tetapi sebagai seni kerana Allah untuk manusia.