sejak lahir kanak-kanak sudah boleh diasuh dan dididik bagi mengembangkan sahsiah ,pontensi dan kecerdasan mereka agar dapat menguasai kemahiran berkomunikasi ,awal literasi ,awal matematik , pemikiran logik dan pengetahuan asas tentang dunia persekitaran di samping kemahiran mengurus diri dan nilai-nilai murni agar menjadi individu yang bersahsiah mulia ,berdikari ,berintelek tinggi ,patriotik ,dan dapat menyesuaikan diri dengan kemajuan teknology moden dan persekitaran pelbagai budaya dalam negara dan antarabangsa .usaha ini memerlukan kometmen dan kolaborasi antara pendidik ,ibu bapa dan komuniti ,kerana setiap kanak-kanak umpama permata yang tidak ternilai harganya