Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pendermaan Organ Dalam Islam - Coggle Diagram
Pendermaan Organ Dalam Islam
Pendermaan Organ
Bilakah Organ dan Tisu Si Penderma Itu Diperoleh?
Proses perolehan organ dan tisu daripada tubuh seseorang penderma itu hanya akan dilakukan apabila kematian telah disahkan oleh dua orang doktor dengan pengesahan kematian seseorang penderma itu adalah bebas dan tiada kaitan dengan pemindahan organ dan tisu.
Siapakah Yang Layak
Menjadi Penderma ?
Sesiapa pun,sama ada tua ataupun muda boleh mendaftar segagai penderma organ dan tisu. Walau bagaimanapun mereka yang berusia kurang dari 18 tahun perlu mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu.
Kesan-kesan pendermaan
Organ
Positive
Dapat menyelamatkan nyawa
Mampu mebantu Org yang lebih memerlukan
Negative
Belaku Penjualan Organ Di Pasaran Gelap
Belaku Pencolekan Semata-Mata Untuk Penjualan Organ
Apa Itu Pendermaan
Organ
Ia adalah proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk transplan selepas dia meninggal dunia.Transplantasi (Pemindahan Organ) adalah suatu pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu yang mengalami kegagalan fungsinya dengan organ atau tisu yang berfungsi dengan lebih memuaskan daripada seseorang penderma yang telah meninggal dunia. Dengan cara ini, maka kehidupan penerima organ atau tisu itu akan menjadi lebih selesa dan sempurna serta nyawanya akan terselamat. Pendermaan organ dan tisu adalah satu amalan kemanusiaan yang mulia.
Organ-organ yang boleh
didermakan:
Tisu-Tisu
Tulang
Injap Jantung
Mata
Kulit
Organ-Organ
Buah
Punggang
Hati
Prankreas
Paru-Paru
Jantung
Pandangan Islam Terhadap Pendermaan Organ
Article 1
Di Malaysia , isu pemindahan organ telah dibincangkan sejak 1960-an. Hasilnya, fatwa mengenai pemindahan organ telah dikeluarkan pada tahun 1970 oleh Majlis Fatwa Kebangsaan (pada 23 dan 24 Jun 1970 )
Penderma kepada penerima mati hidup adalah dibenarkan dalam Islam , di bawah perkara berikut:
Dalam pemindahan jantung, kematian penderma mestilah dipastikan.
Tindakan yang perlu hendaklah diambil supaya tidak ada pembunuhan manusia dan perdagangan organ yang terlibat
Ia dijalankan dalam keadaan kritikal dan penting di mana kehidupan penerima bergantung kepada pemindahan organ, dan pemindahan yang mempunyai peluang yang tinggi untuk berjaya.
Kebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma sebelum transplantasi ( dalam kes-kes kematian biasa) atau dari ahli keluarga ( dalam kes-kes kematian akibat kemalangan).
menderma organ juga terikat kepada syarat-syarat berikut yang bertujuan untutextk melindungi semua kepentingan selaras dengan undang-undang Islam:
Kebenaran diperoleh daripada penderma yang mengikut undang-undang dan mampu untuk berbuat demikian. Oleh itu , kebenaran tidak boleh diberikan oleh kanak-kanak, pesakit mental yang tidak boleh membuat keputusan rasional, di bawah tekanan atau dipaksa untuk menderma;
Tidak dijalankan dengan cara yang boleh melanggar martabat manusia seperti perdagangan organ. Ia perlu dilakukan atas sebab-sebab altruistic;
Pemindahan dilakukan dengan kebenaran daripada penderma;
Doktor yang terlibat dalam pemindahan organ mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk menilai penderma dan penerima berdasarkan prinsip maslahah ( manfaat ) dan mafsadah ( kemudaratan ) mengikut undang-undang Islam.
Tidak memudaratkan penderma yang masih hidup seperti menyebabkan kematian atau hilang upaya (kehilangan pendengaran, penglihatan dan morbility);
Rujukan
http://derma-organ.blogspot.com/p/agama.html?m=1
Pandangan Islam Terhadap Pendermaan Organ
Article 2
Fatwa-fatwa di Malaysia Berkaitan Pendermaan Orga
1965 Fatwa negeri Perlis mengharuskan pemindahan kornea daripada orang yang telah meninggal dunia.
1995 Majlis Fatwa Kebangsaan mengharuskan penggunaan graf tisu untuk merawat pesakit.
1997 Fatwa negeri Sarawak mengharuskan pemindahan ginjal daripada penderma hidup dan penderma yang telahmeninggal dunia
1970 Majlis Fatwa Kebangsaan mengharuskan pendermaan organ daripada penderma kadaverik kepada penderma hidup.
1989 Majlis Fatwa Kebangsaan menerima diagnosis mati otak sebagai diagnosis untuk kematian.
Pendermaan Organ Sebagai Sedekah jariah
Menurut ulama terkenal, Syeikh Yusof al-Qaradhawi, pendermaan organ terangkum di bawah satu daripada tiga amalanyang akan memberikan pahala berterusan selepas seseorang itu meninggal dunia. Beliau mengkategorikan perbuatanmenderma organ sebagai sedekah jariah. Beliau juga berhujah mengenai keharusan pendermaan organ dengan mengatakanbahawa daripada dibiarkan jasad dimamah tanah selepas kematian, adalah lebih baik organ yang boleh digunakan itudidermakan bagi tujuan menyelamatkan nyawa orang lain
Keputusan Lujnah Fatwa (Jawatankuasa Syariah)
Haram
Bagi para ulama’ yang berpegang bahawa pemindahan dan perdermaan organ adalah haram, mereka berpegang kepada beberapa hujah. Antaranya:
Firman Allah SWT:
وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ
Maksudnya: “…dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.”
Anggota badan dan seluruhnya pada hakikatnya adalah milik Allah SWT. Maka, ianya diharamkan pengambilannya kerana tidak ada izin daripada-Nya.[25]
Kaedah “مَا أُبِينَ مِنْ حَيٍّ؛ فَهُوَ كَميْتَتِه” bermaksud “Semua yang terpisah/terpotong dari yang hidup maka hukumnya sebagaimana bangkainya.” Maka, apa jua organ dan tubuh badan yang terpotong dari yang hidup, dikira sebagai najis. Di sisi mazhab Syafie, pendermaan najis tidak dibenarkan.[26]
Mereka menqiyaskan dengan pandangan Imam al-Nawawi berhubung hukum haram mendermakan anggota tubuh badannya untuk dimakan oleh mereka yang terpaksa selain dirinya.[27]
Harus
Bagi para ulama’ yang berpegang bahawa pemindahan dan perdermaan organ adalah harus, mereka berpegang kepada beberapa hujah:
Firman Allah SWT:
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.”
Sekiranya, kita mengambil kaedah “مَا أُبِينَ مِنْ حَيٍّ؛ فَهُوَ كَميْتَتِه” yang bermaksud “Semua yang terpisah/terpotong dari yang hidup maka hukumnya sebagaimana bangkainya”, dan menganggap organ dan tersebut adalah najis, maka hukum rawatan dengan najis adalah dimaafkan dan sah solat dengannya sebagaimana pandangan Imam al-Nawawi[29]. Dalam masa yang sama, jumhur fuqaha’ berpandangan bahawa anak Adam adalah suci samada hidup atau mati.[30]
Ia termasuk dalam pengorbanan sebagaimana firman Allah SWT Surah al-Ma’idah ayat 2[31] dan Surah al-Hasyr ayat 9[32]. Pengorbanan kepada orang sakit juga adalah sebahagian daripada sunnah Nabi SAW.[33]
Pendermaan organ diqiyaskan dengan jihad nyawa.
Rujukan
https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/3314-bayan-linnas-siri-ke-176-fatwa-berkenaan-organ-dan-tisu
Pandangan Islam Terhadap Pendermaan Organ
Article 7
Di Malaysia , isu pemindahan organ telah dibincangkan sejak 1960-an. Hasilnya, fatwa mengenai pemindahan organ telah dikeluarkan pada tahun 1970 oleh Majlis Fatwa Kebangsaan (pada 23 dan 24 Jun 1970 ): mata dan pemindahan jantung daripada penderma kepada penerima mati hidup adalah dibenarkan dalam Islam
Ia dijalankan dalam keadaan kritikal dan penting di mana kehidupan penerima bergantung kepada pemindahan organ, dan pemindahan yang mempunyai peluang yang tinggi untuk berjaya.
Dalam pemindahan jantung, kematian penderma mestilah dipastikan.
Tindakan yang perlu hendaklah diambil supaya tidak ada pembunuhan manusia dan perdagangan organ yang terlibat
Kebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma sebelum transplantasi ( dalam kes-kes kematian biasa) atau dari ahli keluarga ( dalam kes-kes kematian akibat kemalangan).
Adakah pemindahan organ sama dengan perbuatan menyeksa mayat?
Terjemahan;
Daripada `Aisyah RAH bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya perbuatan mematahkan tulang si mati samalah seperti mematahkan tulangnya semasa ia hidup.”[1]
Pada asasnya, Hadith ini melarang dilakukan penghinaan ke atas orang yang sudah meninggal dunia. Islam amat menitikberatkan soal memberi penghormatan kepada orang yang sudah meninggal dunia baik orang Islam mahupun orang bukan Islam. Perbuatan memecahkan atau mematahkan tulang si mati yang sering dikaitkan dengan menyeksa mayat seperti yang dinyatakan dalam Hadith ini adalah merujuk kepada perbuatan yang tidak bermanfaat. Bagaimanapun, pemindahan dan pendermaan organ bukan dilakukan kerana niat jahat atau dengan tujuan yang tidak bermanfaat. Sebaliknya pemindahan dan pendermaan organ dilakukan sebagai pilihan terakhir bagi menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan organ tersebut. Memelihara nyawa ialah salah satu daripada maqasid al-syar‘iyyah atau objektif syariah. Larangan yang dinyatakan menerusi Hadith ini terbatal apabila wujud keperluan yang lebih
Adakah penderma organ melanggar hak dan amanah yang diberikan kepadanya supaya memelihara maruah dan kehormatan jasadnya apabila dia mendermakan organ?
Terjemahan;
“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak Adam, dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut, dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk lain yang Kami ciptakan.”[3]
ini menjelaskan bahawa Allah SWT memuliakan manusia dengan ciptaan yang sebaik-baiknya termasuklah tubuh badan manusia. Sebagai umat Islam, kita percaya bahawa tubuh badan ini ialah anugerah dan amanah Allah SWT. Ini bermakna tubuh badan perlu dijaga dan diberikan haknya baik semasa hidup mahupun selepas meninggal dunia. Hak semasa hidup adalah seperti menjaga kesihatan fizikal, memelihara tubuh badan daripada kecederaan yang disengajakan dan sebagainya. Hak selepas meninggal dunia ialah dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan.
Rujukan
http://ulumnabawiahmakh.blogspot.com/2015/05/hukum-menderma-organ.html?m=1
Pandangan Islam Terhadap Pendermaan Organ
Article 3
Pemindahan organ atau transplantasi organ ialah sejenis prosedur perubatan di mana organ dikeluarkan daripada satu tubuh dan diletakkan ke dalam tubuh penerima untuk menggantikan organ yang rosak atau hilang.
Penderma dan penerima mungkin berada di lokasi yang sama, atau organ-organ barangkali diangkut dari tempat pendermaan ke lokasi lain. Organ-organ dan/atau tisu yang dipindahkan dalam tubuh badan yang sama dipanggil "autocantuman" atau "autograf" (daripada autograft).
Pemindahan organ adalah satu kaedah rawatan yang tidak disebut secara spesifik di dalam Al-Quran mahupun sunnah Rasulullah SAW kerana kaedah ini merupakan satu perkembangan baru dalam dunia perubatan. Satu daripada maqassid Al-syariah (matlamat syariah) adalah untuk memelihara nyawa.
Dari perspektif Islam,pemindahan organ diharuskan dengan syarat tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit. Di samping itu, kaedah rawat ini juga diharuskan sekiranya tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penerima organ atau penderma organ (sekiranya penderma masih hidup). Islam juga mensyaratkan pendermaan organ dilakukan secara ikhlas dengan niat untuk membantu orang lain semata-mata kerana Allah SWT dan bukannya bertujuan untuk mendapatkan ganjaran atau habuan.
Dalam konteks Islam, hukum mengenai pemindahan dan pendermaan organ tidak dibincangkan secara khusus dalam sumber utama hukum iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Ini kerana pemindahan dan pendermaan organ merupakan perkembangan perubatan yang bermula pada abad ke-20.
Secara asasnya, hukum pemindahan dan pendermaan organ ialah harus. Ini kerana pemindahan dan pendermaan organ memenuhi tuntutan memelihara nyawa manusia yang merupakan salah satu daripada maqasid al-syar‘iyyah (objektif syariah).
Rujukan
http://det2a2018.blogspot.com/2018/02/1.html?m=1
Pandangan Islam Terhadap Pendermaan Organ
Article 6
DERMA ORGAN
Sebenarnya terdapat dua pandangan ulama yang berbeza:
Haram
. Antara hujah mereka, pemindahan organ badan memberi kemudaratan kepada penderma. Tambahan pula anggota badan manusia adalah milik Allah, sesiapa pun tidak boleh mendermakannya melainkan dengan izin Allah.
Harus
sekiranya memenuhi syarat-syaratnya. Antara hujah mereka, tindakan tersebut termasuk bawah maksud darurat. Prinsipnya, darurat mengharuskan perkara yang diharamkan. Sayidina Umar r.a. pernah berkata: "Sesuatu perkara yang memberi manfaat kepada saudara kamu dan tidak memudaratkan kamu, kenapa kamu menghalangnya?"
JUAL ORGAN
Apa pula hukum seseorang menjual organnya? Banyak kes orang menjual organ badan sendiri kerana kesempitan hidup?
Harus
. Ini adalah pendapat Ibn Hazm, Ibn Qudamah dan Syed Sabiq. Ibn Hazm berkata: "Adapun rambut, najis, air kencing dan semua benda yang dibuang, apabila ia dimiliki maka boleh seseorang menjualnya". Ibn Qudamah pula berkata: "Kesemua anggota tubuh manusia boleh dijual.
Haram
. Ini berdasarkan hadis-hadis yang menunjukkan kemuliaan manusia dan larangan menjual manusia. Ini merupakan pendapat majoriti ulama termasuk Imam al-Qaradawi, ulama-ulama kontemporari dan kesatuan-kesatuan fiqah-fiqah sedunia. Dan pendapat inilah untuk fatwakan
RUJUKAN
:
http://addeen.my/index.php/rohani/hukum/item/303-jom-derma-organ
Pandangan Islam Terhadap Pendermaan Organ
Article 5
Pendermaan organ biasanya membabitkan jantung, paru-paru, hati dan buah pinggang (ginjal), manakala pendermaan tisu ialah kornea, injap jantung, kulit, tulang, tendon, ligamen, arteri atau vena, amnion, sum-sum tulang dan sel stem.
stigma terutamanya berkait dengan hukum hakam sering menjadi penghalang utama kepada orang ramai terutama yang beragama Islam untuk menderma organ dan tisu mereka.
Islam juga mensyaratkan pendermaan organ perlu dilakukan secara ikhlas dengan niat untuk membantu orang lain semata-mata kerana Allah dan bukannya untuk tujuan mendapati ganjaran, habuan atau populariti.
Di Malaysia, hanya penderma yang meninggal dunia secara mati otak saja yang boleh mendermakan organ dan tisu, manakala penderma yang meninggal dunia secara biasa (jantung terhenti) hanya boleh mendermakan tisu.
Pembedahan pemindahan organ yang dijalankan oleh pasukan pakar bedah dan mereka akan memastikan tiada sebarang kecacatan kepada tubuh badan penderma kerana luka pembedahan akan dijahit dengan sempurna.
RUJUKAN :
https://www.bharian.com.my/node/164032
Pandangan Islam Terhadap Pendermaan Organ
Article 4
Penerimaan kempen pendermaan organ dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia: Satu kajian pendapat awam
Maklumat daripada tinjauan susastera menegaskan bahawa kajian ke atas sikap, persepsi dan kempen mempunyai impaknya dalam mempengaruhi keputusan seseorang individu dan seterusnya boleh membantu pihak berwajib mengatur strategi untuk meningkatkan lagi kadar pengikrar derma organ
Seramai 200 orang responden telah disoal selidik. Data primer ini dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati meskipun majoriti responden kurang tertarik dengan kempen derma organ namun mereka masih bersetuju bahawa kempen ini terus dijalankan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat Islam.
Dapatan ini mungkin mencerminkan kelemahan konstruk kajian dimana faktor-faktor selain sikap, persepsi dan kesedaran kempen tidak diambil kira
Biarpun begitu hasil kajian ini diharap dapat membantu pihak kerajaan dan bukan kerajaan untuk memperkasakan lagi kempen derma organ di kalangan masyarakat Islam di masa hadapan.
RUJUKAN
:
http://ejournals.ukm.my/gmjss/article/view/18823