Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Perlembagaan Persekutuan dan Peruntukan-Peruntukan Istimewa - Coggle…
Perlembagaan Persekutuan dan
Peruntukan-Peruntukan Istimewa
Perlembagaan
Perlembagaan merupaka prinsip-prinsip yang asa yang menetukan bagaimana sesebuah negara itu diasaskan dan diperintah seperti yang termaktub dalam undang-undang, adat atau peraturan.
Merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara
Sejarah Perlembagaan
Perlembagaan Malaysia pertama kali dikenali sebagai Perlembagaan Tanah Melayu pada hari kemerdekaan dicapai.
16 September 1963, Perlembagaan Tanah Melayu diubah kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
April 1946, British memperkenalkan Malayan Union namun bentuk pemerintahan itu mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah dikuatkuasakan hingga ke hari ini dengan beberapa pindaan telah dilakukan
Suruhanjaya Reid
Mengadakan referendum dalam kalangan semua penduduk tanah Melayu.
Oktober 1956, menerima 131 cadangan daripada penduduk Tanah Melayu.
31 Ogos 1957, draf perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk.
Peranan Perlembagaan
Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil.
Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah.
Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat.
Alat untuk menyelesaikan masalah.
Menjamin riwayat negara bangsa.
Menjamin keamanan dan kestabilan negara.
Bentuk-Bentuk Perlembagaan
Perlembagaan bertulis: bentuk perlembagaan yang dikumpulkan dan disusun dalam sesebuah dokumen.
Perlembagaan tidak bertulis: semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat atau dokumen.
Keluhuran Perlembagaan
Undang-undang utama Persekutuan
Ketertinggian Perlembagaan
Pindaaan Perlembagaan
Hubungan Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan.
Undang-Undang Utama Persekutuan
Perlembagaan ialah undang-undang utama Persekutuan dan mana-mana undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat yang tidak selaras itu.
Kesahan mana-mana undang-undang tidak boleh dipersoalkan atas alasan:
Undang-undang itu mengenakan sekatan-sekatan ke atas hak yang disebut dalam Perkara 9 (2) tetapi tidak berhubungan dengan perkara yang disebut dalam Perkara itu
Undang-undang itu mengenakan mana-mana sekatan yang disebut dalam Perkara 10(2) tetapi sekatan-sekatan itu tidak disifatkan perlu atau suai manfaat oleh Parlimen bagi maksud-maksud yang disebut dalam Perkara itu.
Prosiding untuk mendapatkan penetapan bahawa sesuatu undang-undang adalah tidak sah atas alasan yang disebut dalam Fasal (3) tidak boleh dimulakan tanpa kebenaran Hakim Mahkamah Persekutuan dan Persekutuan berhak menjadi satu pihak dalam mana-mana prosiding itu
Ketertinggian Perlembagaan
Tidak ada yang tertinggi kuasanya di Malaysia melainkan Perlembagaan.
Tun Mohammed Suffian, Perlembagaan
Persekutuan Malaysia ialah yang tertinggi
Perkara 152
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan semenjak abad ke-15.
Kedudukan Bahasa Melayu telah dikaji semula semasa pembentukan Perlembagaan Persekutuan TanahMelayu.
Bahasa Melayu telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 3
Agama Islam Sebagai Agama Persekutuan
Iaitu agama Islam ialah agama persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman di manamana bahagian persekutuan.
Kebebasan beragama ini dijamin dalam perlembagaan terhadap semua agama iaitu setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan bahawa setiap agama mempunyai hak untuk:
Menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri.
Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat.
Memperolehi dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang.
Majlis Agama Islam berperanan menasihati raja mengenai hal ehwal agama Islam.
Kewarganegaraan
Perkara 14 hingga Perkara 22 perlembagaan Persekutuan Malayasia menyenaraikan peruntukan-peruntukan pemerolehan kewarganegaraan.
Seseorang itu boleh mendapatkan
kewarganegaraan melalui empat cara:
Secara kuat kuasa undang-undang
Secara pendaftaran
Secara masukan
Secara cantuman wilayah
Kehilangan Kewarganegaraan
Seorang warganegara boleh kehilangan kewarganegaraan melalui 2 cara
Individu tersebut menolak kewarganegaraan
Kerajaan negara tersebut melucutkan kewarganegaraan atas sebab:
Seorang individu telah menjadi warganegara asing
Membuktikan dia tidak setia melalui percakapan atau tindakan
Menderhaka terhadap kerajaan
Bermastautin dinegara asing melebihi 5 tahun secaraberterusan tanpa mendaftar diri di Pejabat Konsul Persekutuan