Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SIRAH TAHUN 4 (rujuk buku teks Sirah Tahun 4 atau buku rujukan untuk lebih…
SIRAH TAHUN 4 (rujuk buku teks Sirah Tahun 4 atau buku rujukan untuk lebih faham)
Jihad Rasulullah SAW dan para sahabat
Maksud jihad : Perjuangan atau usaha yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita tertentu.
Jihad dalam Islam : Perjuangan atau usaha untuk mempertahankan dan mengembangkan agama Islam serta membina masyarakat Islam.
Jihad Kecil (Al-Asghar) : berjuang mempertahankan Islam
Jihad Besar (Al-Akbar) : berjuang melawan hawa nafsu dan godaan syaitan.
Jenis Jihad
Jihad Asy-Syaitan (melawan hasutan syaitan)
Jihad Al-Kuffar (menentang orang kafir)
Jihad An-Nafs (melawan hawa nafsu)
Jihad Al-Murtadin (memerangi orang murtad)
Jihad Al-Munafiqin (menentang orang yang munafiq)
Membangunkan Negara Islam
Pendidikan
Penubuhan tempat pengajaran dan pembelajaran dan pelantikan guru-guru sebagai pembantu Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW telah melantik penulis wahyu : Ali bin Abi Talib, Uthman bin Affan, Zaid bin Harithah.
Ekonomi
Kedudukan ekonomi di Madinah sangat kukuh dengan kerjasama orang Muhajirin dan Ansar.
Sumber pendapatan negara datang dari harta rampasan perang (ghanimah), cukai (jizyah) dan zakat.
Pentadbiran
Rasulullah SAW menjadi pemimpin kepada Negara Islam yang pertama
Teknologi
Sudah ada teknologi dalam bidang penternakan dan pertanian.
Pembinaan Masjid
Masjid pertama yang dibina ialah Masjid Quba'
Masjid utama dalam Islam : Masjidil Haram, Masjid An-Nabawi, Masjidil Aqsa
Masjid mempunyai banyak fungsi selain tempat untuk beribadah
Perhubungan Diplomatik
Rasululluh SAW sebagai pemimpin negara Islam yang pertama iaitu Madinah telah mengutuskan surat kepada pemimpin negara berdekatan dan menyeru mereka ke arah Islam.
Ada pemimpin yang terus memeluk Islam seperti Raja An-Najasyi (negara Habshah). Ada juga yang menolak dengan cara baik.Ada juga yang menolak dengan cacian.
Rasulullah SAW terus menggunakan kebijaksanaan untuk mengembangkan Islam dengan lebih jauh.
Peperangan dalam Islam
Perang Uhud
Berlaku pada 15 Syawal tahun ke 3 Hijrah
700 tentera Islam VS 3000 tentera kafir
Pasukan pemanah ingkar arahan. Ramai tentera Islam yang syahid.
Perang Khandaq
Berlaku pada 15 Syawal tahun ke 5 Hijrah
3000 tentera Islam VS 10,000 tentera kafir.
Tentera Islam MENANG.
Perang Badar
Berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah
313 tentera Islam VS 1000 tentera kafir
Umat Islam MENANG.
Peristiwa penting
Pembukaan Kota Mekah
Abu Sufyan iaitu pemimpin tertinggi kaum Quraisy telah datang bertemu dengan Rasulullah SAW lalu memeluk Islam.
Umat Islam masuk ke Mekah dengan aman mengikut strategi Rasulullah SAW - masuk melalui empat penjuru. Baginda memberi jaminan yang penduduk Mekah akan selamat sekiranya mereka berada di rumah Abu Sufyan, di Masjidil Haram atau di rumah sendiri.
Setelah berjaya menguasai Kota Mekah, Rasululah SAW melakukan beberapa perkara, antaranya :
Menghapuskan 360 berhala di sekeliling Kaabah.
Melakukan tawaf dan solat sunat di Maqam Ibrahim sebanyak 8 rakaat.
Mengarahkan Bilal Bin Rabah azan di atas bumbung Kaabah.
Rasulullah SAW menyampaikan khutbah pertama kepada penduduk Mekah.
Rasulullah SAW mengisytiharkan pengampunan kepada semua bekas musuhnya.
Rasulullah SAW memberi 3 pilihan kepada kaum Musyrikin sebagai balasan kepada kaum Musyrikin yang telah melanggar Perjanjian Hudaibiyah. Kaum Musyrikin memilih untuk berperang.
Pertelingkahan antara Bani Bakar dan Bani Khuza'ah telah melanggarkan peraturan gencatan senjata dalam Perjanjian Hudaibiyah. Orang kafir Quraisy telah membantu Bani Bakar menyerang Bani Khuza'ah.
Perjanjian Hudaibiyah
Terjadinya Bai'ah Ridhwan kerana ada yang menyebarkan khabar angin bahawa Saidina Uthman yang Rasulullah SAW utuskan ke Mekah telah dibunuh. (Bai'ah Ridhwan = Perjanjian Sumpah Setia)
Perjanjian antara umat Islam dan orang kafir untuk mengadakan gencatan senjata (tak boleh berperang atau bergaduh)