Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN (KEMAHIRAN ASAS YANG PERLU ADA PADA GURU…
PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
PENGENALAN
- Guru memainkan peranan penting bukan sahaja sebagai pendidik tetapi menjadi pengurus bilik darjah & alam pembelajaran.
DEFINISI PENGURUSAN
Haji Samsudin bin Md Noor - Satu proses untuk mendapatkan penyertaan dan kerjasama dari semua ahli dalam mencapai matlamat kumpulan.
DEFINISI ALAM PEMBELAJARAN
Lee Shok Mee (1993) - Keadaan/suasana belajar yang dapat meransang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.
KEMAHIRAN ASAS YANG PERLU ADA PADA GURU
Menguasai kemahiran penggunaan aplikasi pembelajaran dalam talian atau internet (Aplikasi "Quizizz", "Kahoot" dan sebagainya).
Kemahiran menyampaikan ilmu kepada para pelajar (Kemahiran bertutur, kemahiran pedagogi, kemahiran ICT, kemahiran psikologi, kreatif dan inovatif serta sebagainya).
Guru-guru bertanggungjawab sepenuhnya terhadap masalah yang dihadapi oleh para pelajar (Masalah kesihatan, peribadi & sebagainya).
Sentiasa memperbaharui aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah bagi merancak minat para pelajar.
Guru-guru menjadi ibu bapa kedua di sekolah.
ETIKA PEMAKAIAN GURU
Setiap tingkah laku guru menjadi perhatian para pelajar. Guru-guru harus mematuhi etika pemakaian yang ditetapkan.
Memakai pakaian yang bersesuaian dan seiring dengan profesion sebagai pendidik anak bangsa. Guru melambangkan imej dan disiplin.
Berdasarkan Surat Perkeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 (Mengenakan pakaian sesuai dan sewajarnya apabila bertugas di sekolah).
PERANAN GURU
Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi melancarkan P&P (Pengajaran dan Pembelajaran)
Sentiasa bersiap sedia untuk mengajar dengan menyediakan bahan mengajar atau alat bantu mengajar sebelum kelas mula.
Guru memainkan peranan untuk melihat tingkah laku seorang pelajar agar dapat mengesan masalah-masalah dihadapi pelajar.
ASPEK ALAM PEMBELAJARAN
ASPEK PSIKOLOGI
Guru harus mewujudkan interaksi dalam bilik darjah bagi melancarkan keberkesanan PDP. Guru harus bijak menanam minat belajar para pelajar di dalam bilik darjah.
Guru harus bijak bertindak balas terhadap tingkah laku yang ditunjukkan oleh para pelajar. Oleh itu, guru harus sentiasa prihatin dan mengutamakan kebajikan para pelajar.
Maksud psikologi: Satu disiplin ilmu yang mengkaji secara saintifik tingkah laku manusia atau haiwan.
Manusia mempunyai naluri melawan, naluri ingin tahu, naluri keibubapaan dan sebagainya yang menjadi penggerak tingkah laku manusia terhadap kehidupan.
ASPEK KOMUNITI PEMBELAJARAN
Merujuk kepada amalan-amalan: Guru dan pentadbir sekolah sentiasa mencari dan berkongsi teknik pengajaran dan pembelajaran serta mengambil tindakan berasaskan pembelajaran yang bertujuan meningkatkan profesionalisme guru bagi faedah pembelajaran para pelajar.
Komuniti pembelajaran: Satu alat yang mempunyai fungsi tertentu bagi menggerakkan seluruh warga sekolah berkerja bagi mencapai matlamat & meningkatkan pencapaian pembelajaran para pelajar secara berterusan.
Membentuk pasukan kolaboratif yang ahlinya saling bergantung antara satu sama lain bagi mencapai matlamat.
ASPEK FIZIKAL
Berteraskan PAK21 yang berorientasikan pembelajaran yang berpusatkan kepada para pelajar. Guru menjadi fasilitator.
Elemen-elemen PAK21 (Komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika.
Meliputi susun atur bilik darjah dan suasana fizikal di dalamnya.