Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
METAFORA KETULAN AIS DAN KAITAN DENGAN SEKOLAH (Model Empat Aras Hofstede…
METAFORA KETULAN AIS DAN KAITAN DENGAN SEKOLAH
Definisi Budaya
Kroeber & Kluckhohn (1952) :
Budaya merangkumi corak/gaya berfikir, perasaan, dan tindakan, diperoleh dan disebarkan.
Melalui simbol, terkandung dalam pencapaian kumpulan yang berlainan daripada kumpulan yang lain, termasuk perlambangan artifaks mereka;
Teras utama budaya terkandung idea tradisional terutamanya nilai yang dipegang.
Hofstede (1931)
Budaya merupakan himpunan pemikiran manusia yang membezakan seseorang daripada satu kumpulan dengan kumpulan yang lain.
Budaya dalam sistem ini adalah nilai yang dipegang bersama
Metafora Ketulan Ais
Pertama : Formal
Mempunyai jangka hidup yang lebih lama
Mempunyai objektif jangka panjang dan tidak diketahui bila objektif – objektifnya akan tamat tempoh.
Operasinya bersifat berterusan dan kekal walaupun ada ahlinya berpindah atau letak jawatan.
Mempunyai struktur susunan komponen yang teratur dan rumit
Memerlukan input sumber fizikal dan modal yang besar bagi operasinya
Dibentuk bagi mencapai matlamat dan objektif melalui proses pengurusan yang sistematik
Kedua : Tidak Formal
Bahagian informal dalam organisasi wujud dan boleh bertindak sebagai satu kuasa yang kuat untuk organisasi menangani perubahan.
Aspek penting pada bahagian yang tidak dapat dilihat ialah aspek budaya atau sering dikenali budaya organisasi.
Contoh:- nilai, kepercayaan , sikap yang dipegang oleh guru-guru, staf-staf sokongan dan Guru Besar di sekolah.
Definisi Budaya Organisasi
Louis (1990)
Makna biasanya tersirat dalam kalangan ahli, penting untuk kumpulan tersebut, bersifat tersendiri bagi kumpulan tersebut.
Merupakan satu set persefahaman atau makna yang dikongsi bersama oleh satu kumpulan atau orang.
Makna disebarkan kepada ahli kumpulan yang baru
Drennan(1992)
budaya organisasi sebagai satu entiti yang dapat ditentukan dan menggambarkan satu kumpulan dengan yang lain.
Brown, 1995
Artifaks
Wira
Kod Etika
Sejarah
Kepercayaan, nilai dan sikap
Simbol dan TIndakan Simbolik
Andaian Asas
Norma tingkah laku
Corak tingkah laku dalam bentuk “rites, rituals, ceremonies, and celebrations”
Bahasa dalam bentuk gurauan, metafora, cerita, dongeng dan lagenda.
Kesimpulan
Budaya mudah dikenal pasti tetapi sukar untuk diterangkan.
Budaya organisasi mengandungi aspek kognitif (berkaitan pemikiran), afektif (berkaitan perasaan) dan ciri tingkahlaku.
Budaya sekolah terdiri daripada nilai, simbol, kepercayaan dan makna yang dikongsi oleh ibu bapa, pelajar, guru, dan ahli komuniti”
Budaya sekolah mengandungi
Norma-norma dan ekspektasi serta andaian - andaian yang dipersetujui dan dikongsi bersama.
Persefahaman yang tersirat dan tersurat
Tradisi sekolah
Sejarah Sekolah
Isu Budaya Sekolah
Jurang pencapaian akademik antara pelajar di sekolah.
Penggunaan “ Tracking System” di sekolah.
Masalah disiplin guru dan pelajar.
Pembudayaan ICT dalam Pdpc di sekolah.
Model Budaya Tiga Aras Schein (1985)
Aras Nilai Pegangan
Lapisan budaya yang tidak menonjol secara fizikal
Sukar difahami
-Tidak disedari dalam pemikiran pekerja
Contoh
hormat-menghormati di mana murid membantu guru
Bersalaman dan menegur sapa (3S : salam,senyum,sapa)
Aras Andaian Asas
Membentuk cara pekerja melihat dan membuat penafsiran terhadap persekitaran, dan mempengaruhi tingkah laku pekerja.
Membantu pemimpin dan pekerja membentuk satu budaya yang mantap yang diterima dan disokong oleh semua ahli dalam organisasi.
Contoh
Amalan Budaya Sekolah Penyayang
Waktu PdPc bermula pada pukul 7.45 (kerana kebanyakan murid tidak dapat hadir awal ke sekolah)
Misi dan visi sekolah difahami dengan jelas oleh semua warga sekolah
Aras Artifaks
Lapisan budaya yang paling jelas dan menonjol
Dilihat secara fizikal
Contoh
Pemakaian blazer (guru) ketika perhimpunan mingguan sekolah
Baju seragam/tema rasmi sekolah untuk majlis tertentu
Nyanyian lagu kebangsaan setiap pagi sebelum PdPc pertama
jamuan makan pada setiap hari terakhir persekolahan
Model Empat Aras Hofstede et. al (1990)
Hofstede melihat budaya organisasi dari aspek kognitif
Hofstede dan rakan-rakan (1990) mendapati perbezaan nilai dalam kalangan pekerja lebih dipengaruhi oleh faktor latar belakang pekerja
Bangsa
Umur
Pendidikan
Nilai
Amalan kepimpinan demokratik Pengetua
Guru-guru boleh berbincang masalah dengan PGB secara informal (di kantin, luar pejabat)
Ritual
Pengetua memberi ganjaran kepada guru yang datang awal ke sekolah secara bulanan
Pengetua membuat kejutan sambutan hari lahir untuk guru
Wira, Idola, Contoh
Terdapat guru senior/berpengalaman di sekolah yang menjadi tempat rujukan guru-guru lain dalam menyelesaikan masalah atau meminta pandangan
Kepimpinan PGB menjadi contoh teladan kepada MLT dan guru-guru
Simbol, Lambang
Cara sapaan tertentu yang unik
Kelas dalam bentuk susunan PAK21, bilik guru yang dihias mengikut tema
Penggunaan Bahasa/kata yang mesra dan santai semasa
Kepercayaan & Andaian Asas
Asas kepada tingkah laku dan tindakan dalam organisasi
Kepercayaan dan andaian tentang organisasi, ahli-ahlinya, pelanggan, serta nilai yang dibina oleh organisasi membentuk satu logik yang mengikat ahli organisasi itu bersama
Tret Budaya
Konsistensi
Persetujuan
Ahli organisasi dapat mencapai persetujuan berkaitan dengan sesuatu isu yang kritikal.
Persetujuan sama ada pada peringkat asas dan keupayaan untuk mengumpulkan perbezaan yang wujud apabila ia berlaku.
Penyelarasan (Coordination) Dan Integrasi
Sempadan organisasi tidak menjadi penghalang kepada kerja yang dilakukan
Perbezaan fungsi dan unit dalam organisasi dapat bekerjasama dengan baik bagi mencapai matlamat bersama
Nilai Teras
Berkongsi satu set ekspektasi yang jelas
Pemimpin membuat keputusan yang konsisten
Ahli-ahli dalam organisasi berkongsi satu set nilai yang mewujudkan satu identiti
Contoh : Semua guru mengamalkan nilai dan etika selaras dengan penjawat awam , segala urusan mengikut SOP yang telah ditetapkan
Misi
Matlamat dan objektif
Memberi panduan kepada setiap orang arah tuju kerjanya dengan jelas dalam jangka masa pendek
Satu set matlamat dan objektif yang jelas dapat dikaitkan dengan misi, visi, dan strategi,
Visi
Organisasi mempunyai pandangan tentang masa hadapan yang dikongsi bersama
Pandangan ini merangkumi nilai utama organisasi dan memenangi hati dan minda ahli
Memberi panduan dan hala tuju untuk mencapai matlamat organisasi dalam jangka masa panjang
Contoh : Pengetua berperanan untuk menjelaskan matlamat dan memastikan semua pihak memahami, menghayati dan melaksanakan program yang dirancang mengikut kerangka yang telah ditetapkan.
Mempunyai arah strategik dan komitmen
Strategik yang jelas menyatakan tujuan, makna serta arah organisasi
Memberi panduan cara setiap ahli organisasi dapat menyumbang kepada organisasinya
Adaptabiliti
Berfokuskan Pelanggan
Cuba memahami dan bertindak kepada keperluan pelanggan dan menjangka keperluan masa hadapan meraka
Sejauh mana organisasi didorong oleh keprihatinan mereka untuk memenuhi kehendak pelanggannya
Organisasi yang mengamalkan pembelajaran
Organisasi menerima, menterjemah, dan menginterprtasi isyarat daripada persekitaran
Mencipta Perubahan
Organisasi berjaya mencipta cara untuk mengadaptasi keperluan perubahan
Mampu membaca persekitarannya, bertindak dengan pantas dan menjangka perubahan yang berlaku pada masa hadapan.
Contoh : Perubahan yang dilakukan perlu munasabah dengan keadaan sedia ada organisasi, Guru diberi makluman tentang sebab perubahan perlu dilakukan dan perancangan perubahan
Penglibatan
Berorientasi Kumpulan
Suatu nilai tertentu diberikan kepada kaedah bekerjasama bagi mencapai matlamat yang dipersetujui bersama oleh ahli organisasi
Perkembangan Keupayaan
Organisasi secara berterusan sentiasa berusaha meningkatkan kecekapan dan kemahiran pekerjanya dengan menjalankan pelatihan
Pengupayaan
Setiap individu mempunyai autoriti, inisiatif, dan keupayaan untuk mengurus kerja mereka
Pengupayaan akan membina rasa kesepunyaan dan rasa bertanggung jawab kepada organisasi
Berkongsi kuasa
Contoh : Semua guru terlibat dalam struktur organisasi sekolah mengikut bidang masing masing dalam pengurusan sekolah, diamanahkan dalam AJK program sekolah dan memberi latihan untuk meningkatkan prestasi.
Ciri-ciri Budaya Organisasi
Robbins (2001)
Inovasi dan pengambilan risiko
Tumpuan pada perincian
Kestabilan
Berorientasikan Keluaran
Berorientasikan Orang
Kesungguhan