Aktiviti-aktiviti membentuk yang ditujukan kepada pelajar sekolah rendah seperti menghasilkan arca timbul, asemblaj, mobail, stabail, model, diorama, boneka, topeng dan origami. teknik, alat dan bahan, tema ditentukan dan juga tentang persembahan hasil kerja. Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur,imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model.