PEMBENTUKAN MALAYSIA
Malaysia yang wujud pada hari ini mempunyai sejarah pembentukan yang panjang lebar. Pada peringkat awal, ia dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya. Setelah mencapai kemerdekaan, Parti Perikatan yang memerintah Tanah Melayu mendapati keadaan politik yang tidak tenteram di negara-negara jiran boleh memberi kesan kepada kemerdekaan Tanah Melayu. Justeru, Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama pada waktu itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menyuarakan idea pembentukan Gagasan Malaysia yang melibatkan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Brunei
-
-
Pemisahan Singapura
- Penyertaan Singapura dalam persekutuan Malaysia timbulkan banyak masalah
- Singapura bangkitkan isu sensitive dan meretakkan hubungan baik dengan kerajaan pusat
- Singapura dianggap duri dalam daging kepada Malaysia
- Atas pertimbangan ini, Malaysia menyingkirkan Singapura
- PETIR dan pemimpinnya mempertikaikan peruntukan dalam perlembagaan Malaysia
- Lee Kuan Yew juga berhasrat ambil alih peranan parti MCA
Terdapat 4 punca pertikaian antara Malaysia dengan Singapura iaitu;
1.masalah politik
2.isu perkauman
3.konsep "Malaysian Malaysia"
4.masalah ekonomi