Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Cerpen Munsyi (Persoalan (Keinginan anak muda berhijrah ke bandar untuk…
Cerpen Munsyi
-
Teknik Penceritaan
Dialog - “Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya.”
Imbas kembali - Saya teringat cerita bonda tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah hitam empat dekad lampau.
-
Pemerian - Salam saya akhirnya dijawab oleh seorang lelaki di usia emas dengan janggut putih menutupi sebahagian muka yang putih bersih. Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju Melayu bersamping bagaikan seorang maharaja di zaman kesultanan Melayu. Di jari-jemarinya lengkap menggenggam sebilah keris bersarung cantik.
Kejutan - Saya mendengar khabar bahawa syarikat perumahan akan mengambil alih kampung tradisi yang didiami oleh Munsyi dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang.
-
Gaya Bahasa
-
Metafora. - Pagar-pagar perkauman, pohon kebenaran, racun perkauman
-
Simile - Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju Melayu bersamping bagaikan seorang maharaja di zaman kesultanan Melayu.
Hiperbola -Namun kerana hasad dengki, khianat, kronisme serta rasuah yang bermaharajalela, kegemilangan yang dibina musnah sekelip mata.
Nilai
-
-
Kegigihan. Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.
Amanah. ‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu menyerahkan buku-buku kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke bandar.
Pengajaran
Kita hendaklah taat pada perintah dan larangan ayah dan ibu. ‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar.
Kita hendaklah gigih apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.
Kita hendaklah rajin membaca untuk meningkatkan pengetahuan.‘Saya’ telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku lama milik ibunya.
Kita tidak boleh mudah putus asa apabila menemui kegagalan.‘Saya’ meminta izin ibunya sekali lagi apabila sudah lebih bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah ditolak oleh ibunya.
Latar
Latar Masa
Zaman pemerintahan penjajah - Penjajah telah memerintah negara menggunakan sistem pecah dan perintah.
Zaman selepas merdeka - Rakyat sibuk mengejar harta dan pangkat sehingga lupa akan nilai, bahasa dan agama selepas dijajah
Latar Tempat
Di kampung -Pada mulanya, bonda tidak membenarkan ‘saya’ meninggalkan kampung untuk berhijrah ke kota
-
Di sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota -Munsyi tinggal di sebuah rumah yang terletak di sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota.
Latar Masyarakat
-
Masyarakat remaja yang tinggal di bandar. -‘Saya’ dapati masyarakat remaja yang tinggal di bandar kebanyakannya telah hanyut oleh keseronokan hidup.
Masyarakat yang mengamalkan demonstrasi untuk menunjukkan bantahan. -Penduduk kampung tradisi mengadakan demonstrasi untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap pencerobohan tanah milik mereka oleh pihak berkuasa.
Masyarakat yang cekal dan berani. - Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
‘Saya’
-
Seorang yang amanah. -‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu buku-buku yang sepatutnya diserahkan kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke bandar.
orang yang gemar membaca- ‘Saya’ telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku lama milik ibunya.
Seorang yang tidak mudah putus asa -‘Saya’ meminta izin ibunya sekali lagi apabila sudah lebih bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah ditolak oleh ibunya.
Watak Sampingan
Bonda ‘saya’
-
Seorang yang bersifat patriotik. -Bonda menasihati ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa ibunda dan negara.
Seorang yang amat memahami -Bonda mengizinkan ‘saya’ berhijrah apabila didapati anaknya itu sudah mantap ilmu dan jati dirinya.
Munsyi
-
Seorang yang cinta akan budaya Melayu -Munsyi berpakaian tradisi Melayu yang lengkap dengan keris ketika menyambut kedatangan ‘saya’.
-
Tema
Semangat cinta akan bahasa, agama, bangsa dan budaya yang tersemai dalam jiwa sekumpulan warga negara.