Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Penggunaan Dalam Ekonomi Islam (Definisi Penggunaan (Menurut Menhan aspek…
Penggunaan Dalam Ekonomi Islam
Definisi Penggunaan
Menurut Menhan aspek penggunaan berkaitan dengan konsep permintaan seperti mana aspek pengeluaran berkaitan dengan konsep penawaran
Aspek penggunaan ini, kajian mengenai tingkah laku pengguna adalah penting dalam menentukan sifat permintaan dalam pasaran. Ini adalah kerana para pengguna merupakan satu unit ekonomi terpenting di dalam sesebuah ekonomi pasaran
Dalam perspektif ekonomi Islam, aspek penggunaan ini juga dilihat sebagai suatu yang amat penting tidak sahaja dari sudut kepentingannya sebagai penggerak kepada pengeluaran malah turut mengambil kira kedudukannya dalam hubungan dengan kesejahteraan kehidupan di kampung akhira
Objektif Penggunaan
Perspektif Islam
Menurut perspektif Islam, permasalahan keperluan hidup manusia adalah suatu hakikat yang memang tidak dapat dielakkan oleh manusia lantaran keadaan yang serba cukup hanya terdapat di dalam Syurga Allah
Ekonomi Kovensional
Ekonomi konvensional yang mengatakan ‘kehendak manusia adalah tidak terhad berbanding dengan sumber ekonomi yang terhad’ sebagai masalah pokok dalam ekonomi mempunyai tanggapan yang berbeza dalam perspektif ekonomi Islam. Ini adalah kerana kehendak manusia tidak selalunya membayangkan keperluan sebenar manusia.
Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan
Ekonomi konvensional meletakkan kehendak manusia sebagai asas yang penting kepada semua aktiviti ekonomi. Kedudukan ini memerlukan kita melihat bagaimana kehendak manusia ini terbentuk
1) Naluri tabii
Beberapa keperluan asas dalam kehidupan manusia dan manusia secara tabii memerlukan perkara-perkara ini untuk hidup. Kehendak manusia terhadap perkara-perkara ini adalah bercirikan kepada keperluan yang berkaitan dengan keperluan naluri semula jadi manusia.
:
2) Tanggung jawab sosial
Manusia hidup secara bermasyarakat. Keadaan ini mempengaruhi gerak laku manusia tersebut sebagai salah seorang ahli dalam masyarakat yakni dia akan berkelakuan seperti yang dijangkakan oleh masyarakat.
3) Pengiklanan
Pengiklanan terhadap barangan tertentu bagi memperkenalkan barangan tersebut serta untuk mencipta permintaan terhadapnya turut mencetus dan mempertingkatkan kehendak manusia terhadap barangan tersebut.
4) Pembangunan ekonomi
Kehendak manusia mempunyai kaitan yang rapat dengan pembangunan ekonomi.pembangunan ekonomi membentuk kehendak manusia tidak sahaja kepada kuantiti barangan yang lebih besar malah juga kepada kualiti barangan yang lebih baik.
5) Kesan demonstrasi
Manusia sentiasa terdedah kepada keadaan di sekelilingnya dan selalunya mereka akan terpengaruh dengan corak penggunaan masyarakat setempat atau mungkin orang di tempat lain.
Prinsip Penggunaan
Kehendak manusia menjadi titik tolak kepada semua aktiviti perekonomian. Kehendak-kehendak manusia ini memiliki beberapa ciri yang berbeza. Dalam perbincangan ekonomi konvensional, teori-teori tentang penggunaan adalah dihubungkan dengan prinsip kehendak manusia yang tertentu.
1) Kehendak manusia adalah tidak terbatas
Ahli-ahli ekonomi konvensional ketika membincangkan perihal kehendak manusia dengan jelas menyebut bahawa kehendak manusia adalah tidak terhad. Dengan keadaan ini, apabila sesuatu kehendak itu dipenuhi, kehendak lain pula akan tercetus.
2) Kehendak manusia boleh dipenuhi
kehendakkehendak tertentu adalah boleh dipenuhi asalkan seseorang itu mempunyai sumber kewangan bagi memenuhi kehendak tersebut.
3) Kehendak manusia mempunyai sifat yang berulang-ulang Kehendak manusia hanya boleh dipuaskan secara sementara
4) Kehendak manusia bersifat saling melengkapi
Sesuatu komiditi jarang dapat memenuhi kehendak manusia secara tersendiri. Biasanya ia akan memerlukan perkara lain sebagai tambahan.
5) Kehendak bersifat bersaing
Kehendak manusia biasanya mempunyai sifat bersaing kerana terdapat banyak alternatif dalam barangan dan perkhidmatan yang boleh memenuhi keperluan manusia.
6) Banyak kehendak bertukar menjadi tabiat
Sekiranya sesuatu kehendak itu selalu dipenuhi, kebiasaan ini boleh membentuk kehendak tersebut bertukar menjadi tabiat.
7) Kehendak manusia berubah mengikut masa, tempat dan individu
Kehendak manusia adalah satu konsep yang subjektif. Ia tidak akan terus-menerus berada dalam keadaan yang sama. Malah kepelbagaian kehendak itu sendiri adalah merupakan penyeri kepada kehidupan. Tanpa ciri ini, hidup ini akan membosankan.