Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Tajuk 2: Pluraliti dan Pruralistik di Alam Melayu (Pluraliti Sebelum…
Tajuk 2: Pluraliti dan Pruralistik di Alam Melayu
Pluraliti Sebelum Kerajaan Melayu Melaka
berlaku secara semulajadi
Kebanyakan etnik yang datang ke alam Melayu mempunyai tiga serampang iaitu pengembangan agama, kekayaan dan kemegahan (gospel,gold and glory).
-Contoh:
i) Jawa - Seorang Raja Hindu yang memakai nama Arab
ii) Champa - Raja Melayu dan rakyatnya yang beragama Hindu telah memeluk Islam pada abad ke-16.
Kebanyakan masyarakat yang datang adalah bertujuan untuk mencari kesenangan hidup atau kekayaan dari tempat asal.
Datang bersama ahli keluarga dan berinteraksi dengan masyarakat tempatan di tempat yang mereka sampai.
Wujud unsur asimilasi dalam kehidupan masyarakat pluraliti dan berlaku pertukaran adat resam; Berkahwin.
-Contoh:
i) Orang Cina + Orang Melayu = Baba dan Nyonya
ii) Adat bersanding(bunga manggar dan bunga telor) diterima daripada masyarakat Hindu.
Syed Muhammad Naquib Al-Attas;
-pengaruh Hindu dan Buddha tidak sangat mempengaruhi penduduk tempatan
Contoh: tidak ada nama Hindu yang dipakai oleh masyarakat tempatan kecuali golongan bangsawan sahaja.
-tidak menafikan bahawa wujud pengaruh Hinduisme dan Buddhisme dari segi budaya dan adat dalam kalangan orang Melayu rakyat biasa
Contoh: watak dalam wayang memakai nama Hindu (Ramayaha, Sita Dewi,Hanuman dan sebagainya)
-Kebudayaan Hindu: -meminjam konsep raja dan kerajaan
-konsep negeri dan negara dipinjam daripada perkataan Sanskrit.
Kedatangan Islam melalui pedagang Arab banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat tempatan
Contoh:
Nama Arab diguna pakai oleh masyarakat Melayu (Abdul Aziz,Abdul Rahman,Muhammad dan sebagainya)
Ilmu pengetahuan (Ilmu falsafah, Teologi, Tasawuf dan sebagainya)
Pluralistik Zaman Penjajah
-Ideologi penjajah dari Eropah dibawa oleh mereka ke Tanah Melayu.
-Penjajah telah melalui fahaman yang memisahkan antara agama dan kehidupan dunia ekoran dari sejarah pertentangan antara golongan agamawan(paderi) dengan ilmu sains moden.
-Sekularisme: fahaman yang dibawa oleh penjajah ada dua iaitu golongan yang menyokong agama dan golongan yang menyokong sains moden.
-Ideologi penjajah Barat amat prejudis kerana agama Kristian di Eropah tidak sama dengan ajaran agama Islam di Tanah Melayu.
-Urusan negara dipegang oleh British manakala urusan agama Islam dan adat istiadat Mekayu dipisahkan daripada pentadbiran dan diserahkan kepada raja melayu atau Sultan.
Masyarakat Pluralistik Pra Kemerdekaan
Pertengahan abad ke-19M berlaku perkembangan perusahaan bijih timah dan perusahaan getah pada abad ke-20M - menyebabkan British membawa masuk secara besar-besaran orang Cinadan India ke Tanah Melayu.
Jumlah penduduk bukan Melayu melebihi penduduk Melayu: menyebabkan berlaku masyarakat pluralistik dengan setiap kaum mengekalkan budaya masing-masing.
Kuasa British telah menguasai Tanah Melayu sedikit demi sedikit melalui perjanjian demi perjanjian demi perjanjian (Perjanjian 1786 Penang telah diberikan oleh Sultan Kedah kepada British iaitu Francis Light)
Impak paling besar penjajahan dan pendudukan British di Tanah Melayu ialah:
memisahkan agama Islam daripada politik, pentadbiran, undang-undang,ekonomi dan pendidikan.
menghapuskan kuasa Sultan sebagai pemerintah negeri dan yang ditadbir oleh Residen. Manakala Sultan hanya diberi elaun (saguhati) dan menguasai agama serta adat-istiadat Melayu.
Masyarakat Pluralistik Pasca Merdeka
POLITIK
Setiap etnik membentuk parti politik masing-masing;
-Melayu (UMNO), Cina (MCA) dan India (MIC).
-Ketiga-tiga parti telah bergabung srbagai parti perikatan dan menang dalam pilihanraya pada tahun 1955.
Ketiga-tiga parti dibawah parti perikatan telah berjuang menuntut kemerdekaan dari pihatk British.
UMNO telah bergabung dengan PAS tetapi keluar kerana ideologi dan dasar politik yang berbeza (PAS mahu mewujudkan Malaysia sebagai negara Islam tetapi UMNO tidak bersetuju dan menolak cadangan PAS).
1974: Barisan Nasional dibentuk dan berusahan memajukan Malaysia melalui pelbagai program pembangunan menyebabkan BN menang setiap kali pilihanraya.
2008: BN kalah teruk dan merosot sehingga menyebabkan kehilangan 5 buah negeri dan jatuh ke tangan pembangkang, Pakatan Rakyat (PAS,PKR dan DAB).
PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah undang-undang tertinggi yang menjadi sumber segala perundangan lain yang wujud di Malaysia. Pekara 4 (1) memperuntukkan: ''Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas hari merdeka dan yang berlawanan dengan perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.''
PENDIDIKAN
Sebelum merdeka:
a)Pendidikan British rendah dan menengah untuk anak bangsawan Melayu dan anak hartawan Cina dan India.
b)Sekolah Melayu peringkat rendah dengan bantuan British yang mana matlamatnya ialah untuk menjadikan orang Melayu sebagai petani yang lebih baik sedikit daripada ibu bapa mereka. British juga membenarkan sekolah agama dan kelas mengaji al-Quran.
c)Sekolah vernakular Cina dan Tamil mengikut kurikulum negara China dan kurikulum negara India.
Selepas kemerdekaan:
a)Sekolah pelbagai aliran masih dibenarkan menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar.
b)Bahasa Melayu diwajibkan di Sekolah Cina dan Tamil kerana Bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan.
c)Mata pelajaran Sejarah dan Geografi mestilah bercirikan Malaysia.
EKONOMI
Selepas kemerdekaan:
a)Rancangan Pra merdeka meliputi Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu (1950-1955) dan Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Pertama (1956-1960)
b)Perancangan selepas merdeka merangkumi Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Kedua (1961-1965) dan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)
c)Perancangan dalam era Dasar Ekonomi Baru (DEB)
d)Dasar pembangunan Negara (DPN)
Sebelum kemerdekaan:
a)Etnik Melayu bertumpu di sektor pertanian tradisional.
b)Ciri ekonomi etnik Melayu ialah pekebun kecil getah, kelapa, pesawah padi dan nelayan kecil-kecilan.
c)Kadar kemiskinan orang Melayu adalah tinggi.
d)Manakala dalam sektor ekonomi moden pula didominasi oleh etnik Cina terutamanya dalam sektor perlombongan, perkilangan dan perkhidmatan.
Pluralistik Zaman Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka
Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan bebas, pusat penyebaran ilmu pengetahuan dan sebagai pusat penyebaran agama Islam.
Sultan Melaka yang berwibawa dan berwawasan, selain itu sistem pentadbiran Melaka yang cekap dibantu oleh bendahara Tun Perak, dasar perlabuhan dan perdagangan bebas, pemelukan Islam oleh Raja Melaka dan ditambah pula dengan adanya sultan Melaka yang cintakan ilmu pengetahuan.
Pedagang dari Arab, Cina, India dan lain-lain datang berdagang dengan bebas dan aman.
Berlaku pertukaran kepelbagaian budaya dan adat resam dari pedagang serta masyarakat setempat.