Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PLURALITI DAN PLURALISTIK DI ALAM MELAYU (PLURALITI SEBELUM KERAJAAN…
PLURALITI DAN PLURALISTIK DI ALAM MELAYU
PLURALITI SEBELUM KERAJAAN MELAYU MELAKA
Kebanyakan etnik yang datang ke alam Melayu mempunyai serampang tiga mata:
GOSPEL,GOLD,GLORY
.
Pluraliti masyarakat tidak diasaskan kepada konsep negara bangsa, pengasingan wilayah dan sebagainya.
Mereka yang datang ke alam Melayu ini adalah bertujuan untuk mencari kesenangan hidup di tempat orang dengan membawa keluarga bersama seterusnya menetap disini. Dengan itu, wujudnya unsur asimilasi dalam kehidupan masyarakat pluraliti pada zaman itu.
PLURALITI
: wujudnya kepelbagaian bangsa,agama di sesebuah tempat pada suatu masa
secara semulajadi tanpa paksaan.
(masyarakat Melaka)
PLURALITI ZAMAN KEGEMILANGAN KERAJAAN MELAYU MELAKA
Melaka dikatakan puncak berlakunya pluraliti masyarakat di alam Melayu, kerana Melaka terkenal dengan
pusat perdagangan bebas
pusat penyebaran ilmu pengetahuan
pusat penyebaran agama islam
Antara faktor Melaka menjadi pusat pluraliti masyarakat:
Sultan Melaka yang berwawasan dan berwibawa
sistem pentadbiran yang cekap
dasar pelabuhan dan perdagangan bebas
pemelukan Islam oleh Raja Melaka
Sultan Melaka cinta akan ilmu pengetahuan
Kesannya adalah :
para pedagang dari
seluruh pelosok dunia datang berdagang secara bebas dan aman
.
Pedagang Arab menyebarkan Islam serta mengajarkannya.
Raja Melaka berkahwin dengan Puteri Hang Li Po dan membuat hubungan diplomatik antara kerajaan Melaka dan China.
Berlakunya percampuran masyarakat dan budaya iaitu
pluraliti masyarakat dan pluraliti budaya
di Melaka secara asimilasi.
PLURALISTIK ZAMAN PENJAJAH
PLURALISTIK
: wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di sesebuah tempat pada satu masa
secara dirancang serta dipaksa oleh pihak-pihak tertentu
untuk mendapat kepentingan sendiri (era penjajahan British).
Kedatangan penjajah ke alam Melayu membawa sebuah ideologi yang dipegang oleh mereka sejak di Eropah lagi.
Mereka memisahkan antara agama dan kehidupan dunia ekoran daripada sejarah pertentangan antara paderi dan golongan intelek.
Golongan yang menyokong agama dianggap oleh penjajah sebagai golongan yang
mencetuskan huru hara dan perselisihan
.
Golongan sains Barat moden dianggap sebagai golongan yang
menyatupadukan masyarakat
dan membolehkan mereka hidup aman damai kerana sains Barat moden bersifat universal.
Ekoran daripada ideologi tersebut, penjajah telah mengubah corak pentadbiran Tanah Melayu kepada
sekularisme
. Hal ini turut menguasai corak pemikiran pemimpin dan masyarakat di Tanah Melayu.
MASYARAKAT PLURALISTIK PRA MERDEKA
Kemasukan orang Cina dan India di Tanah Melayu secara besar-besaran oleh British telah
menyebabkan berlakunya masyarakat pluralistik dengan setiap kaum mengekalkan budaya masing-masing. Setiap kaum mempunyai agama, bahasa dan cara hidup yang berlainan
Impak penjajahan dan pendudukan British di Tanah Melayu:
1) Memisahkan agama islam daripada politik,pentadbiran,undang-undang,ekonomi dan pendidikan
2) Menghapuskan kuasa Sultan sebagai pemerintah negeri dan sebaliknya memperkenalkan sistem pemerintahan pusat (federal) yang ditadbir oleh Residen. Manakala Sultan hanya diberi elaun dan menguasai agama serta adat istiadat Melayu.
3) Undang-undang Islam telah dihapuskan dan digantikan dengan Common Law British.
MASYARAKAT PLURALISTIK PASCA MERDEKA
POLITIK
Kepelbagaian bangsa di Tanah Melayu telah membentuk parti politik masing-masing.
Melayu (UMNO)
Cina (MCA)
India (MIC)
Ketiga-tiga parti telah bersama-sama berjuang untuk menuntut kemerdekaan daripada pihak British.
Parti Umno pernah bergabung dengan PAS tetapi kerana dasar politik dan ideologi yang berbeza menyebabkan PAS keluar daripada UMNO. .
Pada 1974, Barisan Nasional dibentuk dan terus berusaha memajukan Malaysia melalui pelbagai program pembangunan menyebabkan BN menang pada setiap kali pilihan raya namun pada pilihan rayatahun 2008 BN jatuh merosot.
PERLEMBAGAAN
Terdapat persekutuan berlapis berlaku di Tanah Melayu:
Persekutuan Tanah Melayu
Persekutuan Malaysia
Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah penerusan daripada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan beberapa penambahan dan pengubahsuaian.
Ia merupakan
undang-undang tertinggi yang menjadi sumber segala perundangan lain yang wujud di Malaysia
.
Terdapat 2 peringkat kontrak sosial yang pernah berlaku di alam Melayu:
1) berlaku pada zaman pluraliti iaitu wa'ad atau janji taat setia dan saling menghirmati di antara rakyat dan raja.
2) berlaku dalam konteks masyarakat pluralistik hasil daripada syarat yang dikenakan oleh British untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
Antara perkara dalam kontrak sosial ialah
soal kerakyatan dimana orang Melayu bersetuju menerima kehadiran orang bukan Melayu dengan memberi taraf kerakyatan sebagai hak istimewa orang bukan Melayu; dan pada masa yang sama orang bukan Melayu bersetuju ke atas peruntukan hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan.
PENDIDIKAN
Semasa zaman penjajahan British, tiada sistem pendidikan nasional yang wujud.
Setiap etnik mempunyai acuan pedidikan masing-masing.
Sistem pendidikan di Persekutuan Tanah Melayu terbahagi kepada tiga peringkat:
1) Pendidikan British rendah dan menengah untuk anak bangsawan Melayu dan anak hartawan Cina dan India.
2) Sekolah Melayu peringkat rendah dengan bantuan British yang mana alamatnya adalah untuk menjadikan orang Melayu sebagai petani yang lebih baik sedikit berbanding ibu bapa mereka. British juga membenarkan sekolah agama dan kelas mengaji al-Quran, namun tiada langsung sekolah menengah untuk orang Melayu.
3) Sekolah vernikular Cina dan Tamil mengikut kurikulum negara masing-masing.
Selepas merdeka, kerajaan telah menyusun semula sistem pendidikan yang bercirikan tempatan melalui Penyata Razak 1960 dan Penyata Rahman Talib 1970.
Perlembagaan juga telah memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, melalui Akta Pendidikan 1957:
a) Sekolah pelbagai aliran masih dibenarkan menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar.
b) Bahasa Melayu diwajibkan di sekolah Cina dan Tamil kerana Bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan.
c) Mata pelajaran Sejarah dan Geografi mestilah bercirikan Malaysia.
Selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969, Parti UMNO yang mengetuai parti perikatan yang membentuk kerajaan telah menegaskan supaya isu pendidikan orang Melayu perlu diberi keutamaan bagi memperkasakan orang Melayu.
Antara langkah pengukuhan dan menyeimbangkan pendidikan orang Melayu, kerajaan telah:
a) Melaksanakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah bantuan kerajaan.
b) Melaksanakan dasar kuota.
c) Biasiswa kemasukan ke universiti.
d) Memperbanyakan penubuhan universiti.
EKONOMI
Rancangan pembangunan ekonomi negara dibahagikan kepada 4 peringkat bagi mengatasi masalah sosio ekonomi dan sosiopolitik.
a) Rancangan Pra Merdeka meliputi Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu (1950-1955) dan Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Pertama (1956-1960).
b) Perancangan selepas merdeka merangkumi Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Kedua (1961-1965) dan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Permata (1966-1970)
c) Perancangan dalam era Dasar Ekonomi Baharu (DEB).
d) Dasar Pembanguna Negara (DPN).
Pada era penjajahan British, telah berlakunya dualisme dalam ekonomi kerana British telah memperkenalkan ekonomi moden dan juga terus mengekalkan ekonomi tradisional.
Kesan daripada sistem ekonomi dualisme maka berlakunya agihan tenaga kerja mengikut etnik utama di Malaysia iaitu:
a) Etnik Melayu bertumpu di sektor pertanian tradisional.
b) Ciri ekonomi etnik Melayu ialah pekebun kecil getah, kelapa, pesawah padi dan nelayan kecil-kecilan.
c) Kadar kemiskinan orang Melayu adalah tinggi.
d) Manakala dalam sektor ekonomi moden pula didominasi oleh etnik Cina terutamanya dalam sektor perlombongan, perkilangan dan perkhidmatan.