Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 4:Sejarah Kedatangan Islam ke Malaysia (Kesan Kedatangan Islam ke…
BAB 4:Sejarah Kedatangan Islam ke Malaysia
Teori kedatangan islam ke tanah melayu
Teori Kedatangan Islam Dari India
Brian Harrison penyokong kepada Snouck Hurgronje merupakan seorang orientalis barat yang telah mengemukakan teori iaitu masyarakat Tanah Melayu mengambil pandangan daripada masyarakat India bagi tujuan khidmat nasihat dan bimbingan dalam hal-hal dagangan dan kebudayaan . Ianya bertujuan untuk menjalinkan hubungan dua hala dan Tanah Melayu berminat dengan agama Islam yang dianuti oleh pedagang-pedagang India . Selain itu , pengaruh perkataan India seperti 'lebai' telah diguna pakai dalam masyarakat melayu sehingga kini . Malah senibina kubah masjid juga dikatakan berasal daripada senibina dari negeri india .
Teori Kedatangan Islam Dari China dan Champa
Islam sendiri pernah sampai ke negara China atau Champa pada sekitar tahun 650 Masihi yang pada ketika itu pemerintahan Dinasti Pang . Pada waktu tersebut , wilayah Canton telah menjadi tempat tumpuan pedagang-pedagang dan pendakwah Islam . Pada tahun 877 Masihi , telah berlaku pemberontakan di wilayah Canton yang telah mengorbankan 120 000 hingg 200 000 pedagang-pedagang yang kebanyakkanye datang dari Tanah Arab dan menyebabkan orang Arab -Islam menyelamatkan diri mereka di Kalah (Kedah) serta Palembang , Menurut catatan , Kedatangan Islam dari negara China bermula pada awal tahun 977 Masihi . Emanuel Gadinho Eredia mengemukan teori bahawa sejak abad ke-9 Masihi, peniaga Arab yang beragama Islam telah mengunjungi Khan Fo atau Canton (kini dikenali sebagai Guang Zhou) yang merupakan pusat perniagaan yang terkenal.
Teori kedatangan Islam Dari Tanah Arab
/Parsi
Hubungan perdagangan Arab dengan Tanah Melayu telah berlaku sebelum wujudnya Islam lagi . Tetapi akitiviti dagangan bertambah selepas Islam diperkenalkan di Tanah Melayu pada abad ke-7 masihi . Sesuai dengan Islam yang bersifat universal , masyarakat melayu selesa dengan agama islam yang dianuti mereka . Malah ianya memudahkan lagi pedagang-pedagang Arab untuk melakukan aktiviti dagangan mereka . John Crawford telah mengemukakan teori dan disokong oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas iaitu Islam datang dari Arab melalui pedagang . Buktinya , Buktinya catatan China mengatakan orang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat perniagaan di Canton sejak tahun 300 M.
Kesan Kedatangan Islam ke tanah melayu
Sosial
-Persamaan taraf antara manusia
-Perhambaan dihapuskan
-Ilmu Wahyu (Metafizik) diajar.
Kehidupan Beragama
-Masyarakat melayu berpindah agama,hindhu,animisme kepada Islam
Politik dan pentadbiran
-Daripada kekuasaan mutlak pemerintah kepada anggapan pemerintah menjalankan amanah
-Sultan tidak disembah seperti zaman Devaraju Hindu
-Sultan ketua agama Islam
-Sultan draf hukuman shariah
Pendidikan & keilmuan
-Pendakwah Arab datang sebarkan islam kepada sultan dirikan pondok,masjid,sekolah,mahkamah shariah dan universiti islam
-Tulisan jawi diperkenalkan
-Pengajian akidah,syariah,fekah diperkenalkan
Sumbangan Islam terhadap perkembangan Tamadun Manusia di Malaysia
-Mahkamah syariah
-JAKIM
-Majlis Agama Islam Negeri
-Perak : Undang-undang 99 perak
-Terengganu: undang undang
Terengganu : itqan al-Muluk
-Melaka:Hukum Kanun & Undang laut Melaka
-Johor: Undang-undang lama johor
-Pahang: Undang-undang pahang
-Kedah: Undang-Undang kedah
Faktor-faktor Penyebaran Agama Islam ke Tanah Melayu
Faktor Perdagangan
:
Para pedagang memang memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam di Tanah Melayu. Para pedagang Arab, India, Parsi memang mempunyai kegiatan perdagangan di Tanah Melayu sejak abad ke 8 atau 9 Masihi. Peranan mereka dalam penyebaran Islam ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu usaha mereka sendiri menyampaikan Islam kepada penduduk tempatan dan keduanya ialah melalui kemudahan yang mereka berikan kepada para pendakwah Islam menaiki kapal-kapal mereka untuk bergerak dari satu pelabuhan ke pelabuhan lain untuk berdakwah
Faktor Ajaran Islam
:
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu terpaksa menghadapi persaingan agama Hindu yang telah bertapak selama 13 abad. Namun, semua aspek ajaran Islam itu mempunyai kelebihannya yang menyebabkan Islam mudah diterima oleh penduduk Nusantara
Faktor Ahli Tasawuf dan Pendakwah
Ahli tasawuf dan pendakwah ialah ulama Islam yang kuat berpegang dan beramaldengan ajaran Islam. Akhlak mereka menyebabkan agama Islam masyhur dan mendapat sanjungan serta menarik minat penduduk Tanah Melayu. Mereka bukan sahajaberpakaian bersih dan tertib, tetapi semua tingkah laku dan tutur kata mereka amat menarik dan mempersonakan serta penuh dengan hikmah. Pada peringkat permulaannya, mereka dikatakan menghadapi tentangan sami-sami Hindu yang menggunakan berbagai-bagai ilmu sihir untuk mematahkan kegiatan dakwah danpengaruh Islam. Dengan pertolongan Allah SWT, mereka dapat menghadapinya
Pengaruh kedatangan Islam Ke Tanah Melayu
Pentadbiran
Memperkenalkan sistem kesultanan yang berbeza dengan beraja ala Hindu-Buddha. Konsep Dewaraja dihapuskan dan digantikan dengan sultan sebagai pemegang amanah Allah di muka Bumi. Alim ulama’ sebagai penasihat sultan.
perubahan kepercayaan
Anismisme Membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan banyak Tuhan. Keimanan dan konsep keesaan Tuhan. Ibadat yang luas menanam fahaman secara akidah dan rasional - mengubah berfikir secara
Perundangan/peraturan
Hukum Kanun Melaka pada abad ke-14 – memasukkan unsur-unsur perundangan Islam. Contoh: berkaitan minum arak, berzina, membunuh, memfitnah, murtad, riba dan lain-lain. Undang-Undang Pahang mengisytiharkan Pahang sebagai Dar al-Islam dan 42 Fasal merupakan terjemahan sepenuhnya dari undang-undang Fiqah Mazhab Shafie.
[
TEORI KEDATANGAN ISLAM
]
https://www.youtube.com/watch?v=KQtCh4gePbc