Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bab 7 : Penggunaan dalam Ekonomi Islam (7.2 Objektif Penggunaan (Ekonomi…
Bab 7 : Penggunaan dalam Ekonomi Islam
7.2 Objektif Penggunaan
Menurut perspektif Islam, permasalahan keperluan hidup manusia adalah suatu hakikat yang memang tidak dapat dielakkan oleh manusia lantaran keadaan yang serba cukup hanya terdapat di dalam Syurga Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Mengenai perkara ini, al-Qur’an telah menjelaskan yang bermaksud;
‚Maka Kami berkata: Hai A<dam, sesungguhnya ini (iblis) adalah musuh bagimu dan bagi isterimu, maka sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari syurga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka. Sesungguhnya kamu tidak akan kelaparan di dalamnya dan tidak akan telanjang dan sesungguhnya kamu tidak akan merasa dahaga dan tidak (pula) akan ditimpa panas matahari di dalamnya‛ (surah Taha [20] ayat 117-119).
Dilihat dari aspek ini, ekonomi Islam sepertimana ekonomi konvensional turut memberi perhatian kepada aspek tuntutan biologi dan persekitaran manusia. Meskipun terdapat persamaan dalam aspek ini, ekonomi Islam meletakkan perbezaan yang jelas antara ‘kehendak manusia’ dan ‘keperluan manusia’.
Islam hanya memberi ruang kepada kehendak yang selaras dengan tuntutan syari‘ah dan kehendak ini perlulah selaras dengan prioriti keperluan sebenar berdasarkan urutan tahap keperluan daruriyyat, hajiyyat dan seterusnya tahsiniyyat.
Ekonomi konvensional yang mengatakan ‘kehendak manusia adalah tidak terhad berbanding dengan sumber ekonomi yang terhad’ sebagai masalah pokok dalam ekonomi mempunyai tanggapan yang berbeza dalam perspektif ekonomi Islam.
Richard G. Lipsey (1980:53) misalnya, dalam tulisan beliau lebih banyak menggunakan perkataan ‘keinginan’ (desire) dan ‘kehendak’ (wants). Perkataan ‘keperluan’ (needs) jarang digunakan.
Alfred Marshall (1890:41) sebagai salah seorang tokoh ekonomi yang awal turut menyebut dengan jelas bahawa ‚ekonomi adalah berhubung dengan usaha-usaha manusia untuk memenuhi kehendaknya.‛
Sistem ekonomi konvensional mengutamakan sistem
pasaran yang meletakkan kedudukan permintaan sebagai ‘indicator’ terpenting kepadapenawaran barangan dalam ekonomi.
Ekonomi Islam kerana yang diutamakan bukanlah ‘permintaan berkesan’ tetapi ‘keperluan berkesan’ (Mannan, 1984:113) yang merujuk kepada barangan yang diberi keutamaan untuk dikeluarkan adalah merupakan barangan yang memang diperlukan oleh masyarakat berdasarkan kepada urutan tingkatan keperluan seperti yang digariskan oleh fuqaha’ Islam
7.3 Faktor-faktor Mempengaruhi Penggunaan
Ekonomi konvensional meletakkan kehendak manusia sebagai asas yang penting kepada
semua aktiviti ekonomi.
Menurut Bhende dan Fernando (1975:24), ‚Kehendak manusia
tercetus daripada faktor-faktor berikut; naluri tabii, tanggungjawab sosial, pembangunan ekonomi dan kesan demonstrasi‛.
Naluri tabii
Secara tabii, seseorang bayi akan menangis bila lapar. Dia memerlukan pakaian bagi menutup badan dari kesejukan. Dia juga memerlukan tempat perlindungan. Ini merupakan
beberapa keperluan asas dalam kehidupan manusia dan manusia secara tabii memerlukan perkara-perkara ini untuk hidup. Kehendak manusia terhadap perkara-perkara ini adalah
bercirikan kepada keperluan yang berkaitan dengan keperluan naluri semula jadi manusia.
Tanggung jawab sosial
Manusia hidup secara bermasyarakat. Keadaan ini mempengaruhi gerak laku manusia tersebut sebagai salah seorang ahli dalam masyarakat yakni dia akan berkelakuan seperti yang dijangkakan oleh masyarakat. Lantaran ini, kehendaknya sentiasa dipengaruhi oleh pendapat orang lain. Misalnya, sebagai seorang yang berjawatan tinggi dan bergaji besar, kehendaknya mungkin didorong oleh pandangan orang ramai yang menjangka beliau menggunakan kereta dari jenis tertentu atau mendiami rumah dari jenis mewah.
Pengiklanan
Pengiklanan terhadap barangan tertentu bagi memperkenalkan barangan tersebut serta untuk mencipta permintaan terhadapnya turut mencetus dan mempertingkatkan kehendak manusia terhadap barangan tersebut.
Pembangunan ekonomi
Kehendak manusia mempunyai kaitan yang rapat dengan pembangunan ekonomi.
Mengenai kedudukan ini, Alfred Marshall (1890:73) menjelaskan
…pembangunan ekonomi membentuk kehendak manusia tidak sahaja kepada kuantiti barangan yang lebih besar malah juga kepada kualiti barangan yang lebih baik. Dia juga berkehendakkan kepada pilihan barangan yang lebih
banyak dan barangan yang dapat memenuhi kehendak baru yang tercetus selaras dengan pembangunan.
Kesan demonstrasi
Manusia sentiasa terdedah kepada keadaan di sekelilingnya dan selalunya mereka akan terpengaruh dengan corak penggunaan masyarakat setempat atau mungkin orang di tempat lain. Kesan demonstrasi merujuk kepada sikap untuk memiliki apa yang orang lain miliki dan ini membawa kepada terciptanya kehendak dengan lebih banyak.
Dalam perbincangan ekonomi konvensional, penggunaan atau selalunya disebut sebagai permintaan dipengaruhi oleh beberapa faktor.
Faktor-faktor ini dapatlah diringkaskan seperti berikut (lihat Hamzaid, 1980:17);
Harga barangan itu sendiri
Cita rasa dan pilihan pengguna
Pendapatan pengguna
Harga barangan lain yang berkaitan
Perubahan agihan pendapatan
Saiz dan struktur penduduk
Polisi kerajaan
Faktor musim
Kadar bunga
Ekonomi Islam meletakkan garis pemisah antara kehendakdan keperluan. Yang diberi keutamaan dalam ekonomi Islam ialah memenuhi keperluan dan bukan memenuhi kehendak seperti yang dianjurkan dalam ekonomi konvensional.
Menurut Monzer Khaf (1980:221), perlakuan ekonomi pengguna muslim adalah dipengaruhi oleh beberapa prinsip umum berikut;
Konsep Islam terhadap hari akhirat,
Konsep Islam terhadap kejayaan,
Konsep Islam terhadap harta,
Konsep Islam terhadap barangan dan perkhidmatan, dan
Perincian mengenai perkara-perkara di atas dapatlah dilihat seperti berikut;
Keyakinan kepada hari kemudian (akhirat)
Konsep kejayaan (al-falah)
Konsep harta (al-mal)
Konsep barangan dan perkhidmatan
7.4 Prinsip Penggunaan
Dalam perbincangan ekonomi konvensional, teori-teori tentang penggunaan adalah dihubungkan dengan prinsip kehendak manusia yang tertentu. Prinsip-prinsip ini, secara umum, dapatlah dilihat seperti berikut;
Kehendak manusia adalah tidak terbatas
Kehendak manusia boleh dipenuhi
Kehendak manusia mempunyai sifat yang berulang-ulang
Kehendak manusia bersifat saling melengkapi
Kehendak manusia bersifat saling melengkapi
Kehendak bersifat bersaing
Banyak kehendak bertukar menjadi tabiat
Kehendak manusia berubah mengikut masa, tempat dan individu
7.5 Hierarki Keutamaan Penggunaan
Ahli ekonomi konvensional di abad kesembilan belas seperti Marshall (1890:56) dan penulis ekonomi yang terkemudian seperti Bhende dan Fernando (1975:25-27)
Keperluan asas
Keperluan untuk keselesaan
Keperluan barang-barang mewah
Tentang ini, Adam Smith (1937:30) menjelaskan;
Ukuran kaya atau miskin seseorang itu adalah berdasarkan kepada darjah kemampuannya menikmati keperluan-keperluan asas, keselesaan dan hiburan dalam kehidupan.
Marshall (1990:56) telah menyebut;
Keperluan asas termasuk segala perkara yang diperlukan bagi kehendakkehendak yang mesti dipenuhi manakala keperluan untuk keselesaan dankemewahan terdiri dari perkara-perkara untuk memenuhi kehendak yang kurang mendesak.
Dilihat dari sudut perspektif ekonomi Islam, tahap-tahap keperluan manusia turut diberi perhatian yang serius oleh ahli-ahli ekonomi Islam.
M.A. Mannan (1986:47-49) dan Muslehuddin (1980:58-59)
Barang keperluan asas
Barang keselesaan
Barang mewah
Afzalur-ur-Rahman (1985:18-27)
Barang keperluan asas
Barang keperluan kecekapan
Barang keselesaan
Barang mewah
Sadeq (1990:32)
Barang keperluan hidup
Barang keperluan asas
Barang keselesaan
Barang mewah
Barang yang membahayakan
Muhammad Anas al-Zarqa (1992:105-112) yang membentuk satu model perlakuan pengguna muslim dalam menghubungkan hierarki penggunaan terhadap tingkatan keperluan tertentu dengan ganjaran di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Model ini dapatlah diringkaskan seperti dalam Rajah 7.1 berikut:
7.1 Konsep Penggunaan
Dalam disiplin ekonomi, aspek penggunaan berkaitan dengan konsep permintaan seperti mana aspek pengeluaran berkaitan dengan konsep penawaran (Mannan, 1986:44).
The Dictionary of Modern Economics (Pearce, 1983:81) mentakrifkan penggunaan sebagai perlakuan mengguna barang-barang dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan semasa‛.
Kamus Istilah Ekonomi oleh Osman Rani Hassan (1987:185) turut merujuk konsep ini kepada ‚penggunaan barang-barang dan perkhidmatan bagi memuaskan kehendak-kehendak
Dalam perspektif ekonomi Islam, aspek penggunaan ini juga dilihat sebagai suatu yang amat penting tidak sahaja dari sudut kepentingannya sebagai penggerak kepada pengeluaran malah turut mengambil kira kedudukannya dalam hubungan dengan kesejahteraan kehidupan di kampung akhirat.
Dalam perbincangan ekonomi konvensional, kajian mengenai penggunaan biasanya dihubungkan dengan kehendak manusia.
Mengenai perkara ini, Bhende dan Fernando (1975:22) menulis bahawa ‚kehendak manusia merupakan satu daripada perkara pentingdalam kehidupan ekonomi serta punca utama kepada semua kemajuan ekonomi‛.