Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bab 6 : Pengeluaran dalam Ekonomi Islam (6.3 Prinsip Pengeluaran…
Bab 6 : Pengeluaran dalam Ekonomi Islam
6.1 Konsep Pengeluaran
Pengeluaran merujuk kepada sebarang kegiatan yang dapat memenuhi kehendak para pembeli dengan mengeluarkan barang-barang atau perkhidmatan.
6.2 Objektif Pengeluaran
Sistem Ekonomi Kapitalis
pengeluar atau firma yang terlibat secara langsung dalam mengolah sumber kepada barangan dan perkhidmatan yang akhirnya dibeli oleh pengguna.
Sistem Ekonomi Konvensional
memaksimumkan keuntungan
"pengeluar akan sentiasa bertujuan memaksimumkan jumlah keuntungan‛ (Hanson, 1982:14)"
Sistem Ekonomi Islam
kepentingan peningkatan harta namun peningkatan ini tidaklah dilihat sebagai matlamat akhir. Matlamat akhir ialah untuk beribadat kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala serta mencapai keredaan dan al-falah di sisiNya
Muhammad Nejadtullah Siddiqi (1979:14)
Untuk menyediakan keperluan sendiri secara sederhana.
Untuk memenuhi keperluan orang-orang yang di bawah tanggungannya.
Untuk menyediakan keperluan bagi masa hadapan.
Untuk meninggalkan bekalan harta buat keluarga yang ditinggalkan selepas ketiadaannya.
Untuk perkhidmatan sosial serta sumbangan di jalan Allah
Al-Falah merupakan pencapaian insan muslim yang paling tinggi dan ia merujuk kepada kejayaan dan kebahagian untuk kedua-dua urusan kebendaan dan kerohanian (alKandahlawi, T.T. :2)
6.3 Prinsip Pengeluaran
Rasullulah turut menganjurkan kerja yang produktif seperti berniaga, bertani, berternak dan sebagainya
Kepentingan aktiviti pengeluaran dalam Islam dibayangkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam sedemikian rupa hinggakan ‚manusia yang bertaraf Nabi dan Rasul juga tidak ketinggalan daripada menceburi di dalam kegiatan seumpama ini
manusia memang sentiasa didorong supaya bekerja dan berusaha dalam aktiviti pengeluaran
Islam juga melihat ia sebagai suatu usaha untuk mempertingkatkan kebajikan masyarakat di samping memanfaatkan sumber yang dianugerahkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan sebaik-baiknya dan berdikari.
Dalam rangka mencari rezeki yang halal di sisi Allah subhanahu wa ta ‘ala, ia hendaklah tertakluk sepenuhnya kepada hukum syari ‘at.
Barang-barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan mestilah ke arah memberi khidmat kepada masyarakat dengan usaha memenuhi keperluan mereka yang utama.
6.4 Faktor Pengeluaran
Tanah
– ‚Ia adalah satu terminologi yang digunakan dalam ekonomi bagi menggambarkan bukan sahaja bahagian permukaan bumi yang tidak ditenggelami oleh air laut tetapi juga termasuk semua sumber-sumber asli seperti hutan, bahan galian, sumber-sumber laut, kesuburan tanah dan lain-lain yang boleh digunakan dalam proses pengeluaran‛ (Pearce, 1983:244).
Buruh –
Secara ringkas, ‚Ia merujuk kepada semua sumber manusia yang dipunyai oleh masyarakat untuk digunakan dalam proses pengeluaran‛ (Pearce, 1983:241).
Modal –
‚ Modal adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan barangan modal secara umum. Biladikatakan sebagai satu faktor pengeluaran, ia merujuk kepada barangan yang dihasilkan untuk menjadi input kepada proses pengeluaran selanjutnya‛ (Pearce, 1983:82).
Keusahawanan
– ‚Mereka yang terlibat dalam fungsi ini disebut sebagai usahawan. Mereka bertanggungjawab menggerakkan pengeluaran, mentadbirkan faktor pengeluaran yang lain serta menjalankan usaha-usaha yang produktif. Mereka juga menanggung risiko kerugian dalam proses ini‛.
6.5 Peranan Individu dan Masyarakat dalam Pengeluaran
. Manusia terlibat dengan aktiviti pengeluaran ini adalah bertujuan mendapatkan sumber perantaraan atau wang, yang akan membolehkan mereka memenuhi kehendak dan keperluan mereka sendiri. Pada masa yang sama, mereka juga secara tidak langsung membantu memuaskan kehendak dan keperluan orang lain.
untuk memenuhi keperluan-keperluan asas semua ahli masyarakat, Islam menjadikan kewajiban untuk pengeluaran sosial meningkatkan pengeluaran dengan mengeluarkan kuantiti barangan yang berkeupayaan memenuhi keperluan-keperluan tadi pada kadar yang mencukupi. -Muhammad Baqir al-Sadr (1984:145-146)
6.6 Hubungan Individu dengan Firma
Menurut M. Umar Chapra (1992:40-48), ciri-ciri ini adalah seperti berikut;
-Ia mesti memberi motivasi kepada pihak pengurusan dan buruh untuk berperanan sebaik mungkin dari segi keupayaan mental dan fizikal mereka demi untuk memaksimumkan produktiviti serta meminimumkan kos dan pembaziran. Kos di sini tidaklah hanya kos persendirian, tetapi kos sosial juga mesti mendapat keutamaan.
Ia mesti memberi motivasi kepada pihak pengurusan dan buruh untuk berperanan sebaik mungkin dari segi keupayaan mental dan fizikal mereka demi untuk memaksimumkan produktiviti serta meminimumkan kos dan pembaziran. Kos di sini tidaklah hanya kos persendirian, tetapi kos sosial juga mesti mendapat keutamaan. Di samping itu, kos untuk kedua-dua generasi masa kini dan masa hadapan serta kos ekoran daripada kekurangan pemenuhan keperluan, kemerosotan moral dan perpecahan sosial perlu diambil kira.
Zatil Hidayah Mohamad Zain (PAM 101 CA2C)