Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 7 PENGGUNAAN DALAM EKONOMI ISLAM (7.3 Faktor-faktor Mempengaruhi…
BAB 7 PENGGUNAAN DALAM EKONOMI ISLAM
7.1 Konsep
Aspek penggunaan berkaitan dengan konsep permintaan seperti mana aspek pengeluaran berkaitan dengan konsep penawaran (Mannan, 1986:44). Berhubung dengan aspek penggunaan ini, kajian mengenai tingkah laku pengguna adalah penting dalam menentukan sifat permintaan dalam pasaran. Ini adalah kerana para pengguna merupakan satu unit ekonomi terpenting di dalam sesebuah ekonomi pasaran.
7.2 Objektif Penggunaan
Permasalahan keperluan hidup manusia adalah suatu hakikat yang memang tidak dapat dielakkan oleh manusia lantaran keadaan yang serba cukup hanya terdapat di dalam Syurga Allah
Keperluan manusia di dunia yang terdiri daripada makanan serta minuman, pakaian dan tempat tinggal.
Dalam ekonomi konvensional yang mengatakan ‘kehendak manusia adalah tidak terhad berbanding dengan sumber ekonomi yang terhad’ sebagai masalah pokok dalam ekonomi mempunyai tanggapan yang berbeza dalam perspektif ekonomi Islam. Ini adalah kerana kehendak manusia tidak selalunya membayangkan keperluan sebenar manusia.
7.3 Faktor-faktor Mempengaruhi Penggunaan
(i) Naluri tabii -
Secara tabii, seseorang bayi akan menangis bila lapar. Dia memerlukan pakaian bagi menutup badan dari kesejukan. Dia juga memerlukan tempat perlindungan. Ini merupakan beberapa keperluan asas dalam kehidupan manusia dan manusia secara tabii memerlukan perkara-perkara ini untuk hidup. Kehendak manusia terhadap perkara-perkara ini adalah bercirikan kepada keperluan yang berkaitan dengan keperluan naluri semula jadi manusia.
(ii) Tanggung jawab sosial
- Manusia hidup secara bermasyarakat. Keadaan ini mempengaruhi gerak laku manusia tersebut sebagai salah seorang ahli dalam masyarakat yakni dia akan berkelakuan seperti yang dijangkakan oleh masyarakat. Lantaran ini, kehendaknya sentiasa dipengaruhi oleh pendapat orang lain. Misalnya, sebagai seorang yang berjawatan tinggi dan bergaji besar, kehendaknya mungkin didorong oleh pandangan orang ramai yang menjangka beliau menggunakan kereta dari jenis tertentu atau mendiami rumah dari jenis mewah.
(iii) Pengiklanan
- Pengiklanan terhadap barangan tertentu bagi memperkenalkan barangan tersebut serta untuk mencipta permintaan terhadapnya turut mencetus dan mempertingkatkan kehendak manusia terhadap barangan tersebut.
(v) Kesan demonstrasi
- Manusia sentiasa terdedah kepada keadaan di sekelilingnya dan selalunya mereka akan terpengaruh dengan corak penggunaan masyarakat setempat atau mungkin orang di tempat lain. Kesan demonstrasi merujuk kepada sikap untuk memiliki apa yang orang lain miliki dan ini membawa kepada terciptanya kehendak dengan lebih banyak.
Prinsip Umum Ekonomi Islam
(i) Keyakinan kepada hari kemudian (akhirah)
- Prinsip keyakinan kepada hari akhirat akan memberi pertimbangan kepada pengguna muslim dengan tidak hanya memberi tumpuan keutamaan untuk tempoh kehidupan di dunia ini sahaja malah turut memberi perhatian untuk kehidupan di alam sesudah mati
iii) Konsep harta (al - mal) -
Prinsip ini, seperti yang telah dibincangkan dalam bab yang terdahulu, melihat harta sebagai anugerah dan amanah daripada Allah Subh}a>nahu wa Ta‘ala maka ia mestilah dibelanjakan dengan tujuan yang murni dan bukan untuk dibekukan. Dengan ini, penggunaan dalam Islam tidaklah sekadar untuk membeli barang-barang dan perkhidmatan yang menghasilkan kepuasan segera dalam kehidupan dunia malah turut mengambil kira perbelanjaan ke atas perkara-perkara yang akan menambahkan kepuasan dan kejayaan di kampung akhirat. Ini adalah ekoran dari kedudukan harta itu yang merupakan satu kurniaan daripada Alla>h Subh}a>nahu wa Ta‘ala, yang membawa bersamanya amanah serta tanggungjawab terhadap harta tersebut.
ii) Konsep kejayaan (al - falah) -
Prinsip ini meletak kejayaan yang akan diperolehi oleh seseorang pengguna muslim ialah apabila dia memperolehi keredaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan bukan dalam menikmati kepuasan melalui usaha memenuhi kehendak yang tidak terbatas.
7.4 Prinsip Penggunaan
(i) Kehendak manusia adalah tidak terbatas Ahli-ahli ekonomi konvensional ketika membincangkan perihal kehendak manusia dengan jelas menyebut bahawa kehendak manusia adalah tidak terhad
(ii) Kehendak manusia boleh dipenuhi Meskipun pada keseluruhannya kehendak manusia adalah tidak terbatas, namun kehendakkehendak tertentu adalah boleh dipenuhi asalkan seseorang itu mempunyai sumber kewangan bagi memenuhi kehendak tersebut.
(iii) Kehendak manusia mempunyai sifat yang berulang-ulang Kehendak manusia hanya boleh dipuaskan secara sementara. Misalnya, Ahmad makan ketika dia lapar. Kepuasan dari makanan itu hanya untuk sementara waktu sahaja. Apabila dia lapar lagi, dia akan perlu kepada makanan semula.
(iv) Kehendak manusia bersifat saling melengkapi Sesuatu komiditi jarang dapat memenuhi kehendak manusia secara tersendiri. Biasanya ia akan memerlukan perkara lain sebagai tambahan. Misalnya, jika kita ingin menulis surat, kita perlukan kertas, pen dan dakwat. Pengalaman hidup manusia menunjukkan bahawa biasanya barangan dikehendaki secara kumpulan kerana sifat barangan itu sendiri yang saling melengkapi.
7.5 Hierarki Keutamaan Penggunaan
(i) Keperluan asas
Ini merupakan kehendak primer seseorang manusia. Tanpa keperluan asas ini, seseorang itu tidak berupaya untuk hidup secara sempurna malah mungkin tidak dapat meneruskan kehidupannya.
(ii) Keperluan untuk keselesaan
Tahap ini merujuk kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan keselesaan dalam kehidupan. Perkara-perkara yang termasuk dalam tahap keperluan ini ialah seperti kipas angin dalam bilik, set sofa diruang tamu dan lain-lain. Tahap keperluan ini tidak banyak berbeza dengan tahap keperluan untuk mencetuskan keefisienan.
(iii) Keperluan barang - barang mewah
Barang-barang mewah adalah merujuk kepada barang-barang yang mahal. Golongan yang berada biasanya menikmati barang-barang ini sebagai lambang kemegahan serta menunjukkan kedudukan dalam masyarakat