Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Penggunaan dalam Ekonomi Islam (Prinsip penggunaan (Kehendak manusia…
Penggunaan dalam Ekonomi Islam
Konsep Penggunaan
Definisi
The Dictionary of Modern Economics (Pearce, 1983:81) mentakrifkan penggunaan sebagai ‚perlakuan mengguna barang-barang dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan semasa‛
Kamus Istilah Ekonomi oleh Osman Rani Hassan (1987:185) turut merujuk konsep ini kepada ‚penggunaan barang-barang dan perkhidmatan bagi memuaskan kehendak-kehendak pengguna. Hasil daripada penggunaan melahirkan nilai faedah atau utiliti‛.
Hari Kiamat
perkara yang berkaitan dengan pendapatan bukan terhenti pada kuantitinya sahaja malah melibatkan aspek kualiti terutamanya dari segi tanggung jawab dalam memperolehi dan mengguna dengan cara yang selaras dengan kehendak syari>‘at.
Objektif Penggunaan
Islam hanya memberi ruang kepada kehendak yang selaras dengan tuntutan syariah dan kehendak ini perlulah selaras dengan prioriti keperluan sebenar berdasarkan urutan tahap kerperluan daruriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat
ekonomi konvensional pula bekata kehendak manusia adalah tidak terhad berbanding dengan sumber ekonomi yang terhad’ sebagai masalah pokok dalam ekonomi mempunyai tanggapan yang berbeza dalam perspektif ekonomi Islam.
Faktor-faktor mempengaruhi Penggunaan
Ekonomi Islam
Keyakinan kepada hari kemudian (akhirah)
tidak hanya memberi tumpuan keutamaan untuk tempoh kehidupan di dunia ini sahaja malah turut memberi perhatian untuk kehidupan di alam sesudah mati.
Konsep kejayaan (al-falah})
Prinsip ini meletak kejayaan yang akan diperolehi oleh seseorang pengguna muslim ialah apabila dia memperolehi keredaan Alla>h Subh}a>nahu wa Ta‘a>la> dan bukan dalam menikmati kepuasan melalui usaha memenuhi kehendak yang tidak terbatas
Konsep harta (al-ma>l)
melihat harta sebagai anugerah dan amanah daripada Alla>h Subh}a>nahu wa Ta‘a>la> maka ia mestilah dibelanjakan dengan tujuan yang murni dan bukan untuk dibekukan
Konsep barangan dan perkhidmatan
Konsep ini membawa bersamanya tanggungjawab manusia terhadap Alla>h Subh}a>nahu wa Ta‘a>la> dan manusia lain dalam menggunakan barangan ini. Barangan yang haram tidak termasuk dalam ruang lingkup istilah ini (
Ahli konvensional
Naluri tabii
Secara tabii, seseorang bayi akan menangis bila lapar. Dia memerlukan pakaian bagi menutup badan dari kesejukan. Dia juga memerlukan tempat perlindungan. Ini merupakan beberapa keperluan asas dalam kehidupan manusia dan manusia secara tabii memerlukan perkara-perkara ini untuk hidup. Kehendak manusia terhadap perkara-perkara ini adalah bercirikan kepada keperluan yang berkaitan dengan keperluan naluri semula jadi manusia
Tanggungjawab sosial
Manusia hidup secara bermasyarakat. Keadaan ini mempengaruhi gerak laku manusia tersebut sebagai salah seorang ahli dalam masyarakat yakni dia akan berkelakuan seperti yang dijangkakan oleh masyarakat. Lantaran ini, kehendaknya sentiasa dipengaruhi oleh pendapat orang lain.
Pengiklanan
Pengiklanan terhadap barangan tertentu bagi memperkenalkan barangan tersebut serta untuk mencipta permintaan terhadapnya turut mencetus dan mempertingkatkan kehendak manusia terhadap barangan tersebut.
Pembangunan ekonomi
Hubungan antara pembangunan ekonomi dan pembentukan kehendak manusia dapat dilihat dalam satu pusingan yang berlarutan di mana manusia yang mahu lebih banyak kehendaknya dipenuhi akan bersedia pula untuk bekerja dengan lebih kuat serta memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi.
Kesan demonstrasi
Kesan demonstrasi merujuk kepada sikap untuk memiliki apa yang orang lain miliki dan ini membawa kepada terciptanya kehendak dengan lebih banyak
Prinsip penggunaan
Kehendak manusia bersifat saling melengkapi
Sesuatu komiditi jarang dapat memenuhi kehendak manusia secara tersendiri. Biasanya ia akan memerlukan perkara lain sebagai tambahan.
Kehendak bersifat bersaing
Kehendak manusia biasanya mempunyai sifat bersaing kerana terdapat banyak alternatif dalam barangan dan perkhidmatan yang boleh memenuhi keperluan manusia.
Kehendak manusia boleh dipenuhi
Meskipun pada keseluruhannya kehendak manusia adalah tidak terbatas, namun kehendak-kehendak tertentu adalah boleh dipenuhi asalkan seseorang itu mempunyai sumber kewangan bagi memenuhi kehendak tersebut
Banyak kehendak bertukar menjadi tabiat
Sekiranya sesuatu kehendak itu selalu dipenuhi, kebiasaan ini boleh membentuk kehendak tersebut bertukar menjadi tabiat.
Kehendak manusia adalah tidak terbatas
apabila sesuatu kehendak itu dipenuhi, kehendak lain pula akan tercetus. Kitaran ini berterusan sedemikian rupa,
Kehendak manusia berubah mengikut masa, tempat dan individu
Kehendak manusia adalah satu konsep yang subjektif. Ia tidak akan terus-menerus berada dalam keadaan yang sama. Malah kepelbagaian kehendak itu sendiri adalah merupakan penyeri kepada kehidupan.
Kehendak manusia mempunyai sifat yang berulang-ulang
Kehendak manusia hanya boleh dipuaskan secara sementara