KERAJAAN CHAMPA
PENGENALAN
-Kerajaan Campa ditadbir oleh 14 dinasti. Nama Champa telah wujud sejak 658M dalam satu prasasti Sanskrit yang dijumpai di selatan Vietnam Tengah sekarang.Mengikut sumber Sanskrit, Champa diterajui Bhadravarnom. Kerajaan Champa mendapat pengaruh China pada akhir kurun ke-13 dan pengaruh ini telah lenyap pada kurun ke-15. Kerajaan ini telah diasaskan oleh Chu Lien. Pelabuhan terkenalnya, Inderapura dan terdapat pegawai pemungut cukai dalam pentadbirannya. Kerajaan Champa dipengaruhi agama Hindu.
-Kerajaan Campa (Chăm Pa dalam bahasa Vietnam atau Chiêm Thành dalam rekod Hán Việt) merupakan kerajaan yang mengawal selatan dan tengah Vietnam kiri antara antara abad ke-7 hingga 1832.
Rekod terawal
-Negara kaum yang didirikan oleh kaum Cam, terdapat dalam manuskrip-manuskrip China yang dicatat oleh dua orang wakil Maharaja Wu, bernama Kang Thai dan Zhu Ying, bertarikh pertengahan abad ke-3 Masihi.
Gelaran Kerajaan
-Kerajaan ini yang di gelar oleh pengkaji sejarah sebagai Campa dikenali di kalangan orang China sebagai Lin Yi (yang Bermakna 'hutan yang penuh dengan keganasan'); dan Lâm Ấp, Hoàn Vương, dan Chiêm Thành oleh orang-orang Vietnam.
-Dipercayai bahawa kerajaan ini wujud semenjak tahun 192M di bawah pemerintahan raja Hindu bernama Sri Mara. Pengkaji sejarah menganggap Lin Yi yang dikenali juga sebagai Indrapura atau Angadvipa, sebagai negara Champa yang terawal.
-Rekod itu adalah keterangan tentang Kerajaan Funan dan dinyatakan bahawa 'Kerajaan Funan terletak lebih dari 3000 ke barat Negara Lin Yi.
PENGARUH ISLAM DI CHAMPA
-Selepas tewas kepada Vietnam yang menyebabkan kejatuhan kota Vijaya pada tahun 1471. Sultan pertama yang memerintah Champa yang berpusat di Panduranga ini ialah Sultan Abu Abdullah atau Wan Bo Tri-Tri yang menggantikan bapak mertuanya.
-Beliau ialah puteraAria Gajah Mada atau Ali Nurul Alam, Perdana Menteri Majapahit II (Kelantan)
RUNTUHNYA KERAJAAN CHAMPA
-Bangsa Khmer, yang sekarang adalah Kamboja, adalah musuh tradisional dari bangsa Champa. Mereka telah saling menyerang satu sama lain selama seribu tahun lamanya seperti sejarah perang Arab Israel. Invasi pada tahun 982 Masihi menyebabkan kota Inderapura ditinggalkan dan ibukota kerajaan dipindahkan ke Vijaya.
-Perang masih terus berlanjut hingga pada tahun 1145 Masihi, ibukota Vijaya pun hancur dan berpindah lagi ke Panduraga. Pada tahun 1471, inilah awal dari kehancuran Kerajaan Champa yang berujung pada terhapusnya Champa dari peta dunia. Kota Vijaya dihancurkan hingga tak bersisa dengan 60,000 rakyat tewas dan sisanya dijadikan budak. Maka dari itu, banyak rakyat Champa yang imigrasi ke Kemboja, Malaka, Aceh, dan wilayah lain di Sumatera.
-Pada saat perang Vietnam, Amerika Serikat menyerang dan mengebom kompleks percandian My Son selama seminggu hingga tersisa hanya 20 bangunan dari 70 bangunan. Sejarah perang Vietnam dengan Amerika. Dan sekarang, penduduk Champa yang tersisa hanya berada di Desa Champa yang terletak di delta Sungai Mekong.
-Sebelum Champa, terdapat kerajaan yang dinamakan Lin- Yi (Lam-Ap), yang didirikan sejak 192 M, namun hubungan antara Lin-Yi dan Campa masih belum jelas. Komuniti masyarakat Champa, saat ini masih terdapat di Vietnam, Kemboja, Thailand, Malaysia dan Pulau Hainan (China).
-Bahasa Champa termasuk dalam rumpun bahasa Austronesia.
KEMASYHURAN
-Senibina Kerajaan Champa yang terkenal dan termasyur adalah kompleks candi di Lembah Mi Son, Dong Duong dan Po Nagar. Candi Mi Son merupakaan kekuata dan kemasyuran kerajaan Champa.
-Serangan Champa ke wilayah Dai Viet berjaya membunuh Raja Tran Due Tong, pemerintah Dai Viet.Pemerintahan beliau dapat pengiktirafan dari pada Dinasti Ming pada tahun 1369.
-Zaman kemasyuharan Champa bermula di bawah pemerintahan Che Bong Nga. Beliau berjaya mengatasi ancaman Dai Viet dan meluaskan empayar Champa ke Wilayah Dai Viet hingga Lembah Sungai Merah.
BAHASA DAN TULISAN MASYARAKAT CHAMPA
Perkembangan Bahasa Melayu
-Kerajaan bertutur dalam menggunakan bahasa melayu Champa dan bahasa sanskrit. Ianya kerana penemuan buku bersuarat tersebut dalam kedua-dua bahasa.
-Dalam aspek tulisan mereka berbeza kerana menggunakan tulisa palava dan champa kuno. Ia dibuktikan melalui inskripsi bertarikh abad keenam yang ditulis oleh Raja Sambhuvarman. Tetapi pada abad kelapan, Bahasa Jawi mulai menjadi bahasa utama mereka.
-Batu bersurat tertua berbahasa Melayu Champa yang ditemukan bertarikh abad keempat.
Persuratan
-Batu Bersurat Dong Yen Chau adalah sebuah batu bersurat berbahasa Cam yang ditulis dalam tulisan Brahmi Selatan Kuno yang ditemui pada tahun 1936 di Đông Yen Châu.
-Di Champa juga ditemukan sebanyak 206 buah batu bersurat. Ditemukan bukti persuratan Champa dalam bentuk manuskrip sejak abad ke-13. Karya Sastera yang masyhur ialah Akayet Inra Patra dan Akyet Deva Mano.