Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SIRAH TAHUN 5 (rujuk buku teks atau buku rujukan untuk lebih faham) (A)…
SIRAH TAHUN 5 (rujuk buku teks atau buku rujukan untuk lebih faham)
A) Perkembangan Agama Islam
SUDUT AKHLAK
Akhlak Nabi menjadi panduan umat Islam selepas Islam tersebar. Nabi Muhammad SAW digelar Al-Amin kerana baginda mempunyai akhlak yang sangat terpuji.
Keluhuran akhlak Nabi Muhammad SAW bermula sejak baginda kecil. Baginda sentiasa melakukan perkara yang baik serta meninggalkan perkara yang tidak baik. Baginda dikurniakan sifat pintar, mampu memberi pendapat yang bernas dan tindakan yang tepat.
Sebelum kedatangan Islam, akhlak orang Arab amat buruk.
Menanam anak perempuan hidup-hidup.
Merompak, membunuh dan suka berperang.
Menindas golongan lemah
Dalam berkeluarga, Nabi Muhammad SAW banyak menunjukkan contoh yang baik. Baginda bersikap penyayang dan selalu bertolak ansur dengan ahli keluarga baginda. Baginda selalu bersabar dalam memimpin keluarganya.
Ketika bersama-sama masyarakat, Nabi Muhammad SAW sentiasa tersenyum, bersifat lemah lembut, berpekerti mulia, tidak menghina dan sentiasa membantu sesiapa sahaja yang dalam kesusahan. Baginda juga bersifat pemaaf.
SUDUT IBADAH
Ibadah dibahagikan kepada 2
Fardhu Ain : Wajib dilaksanakan oleh semua umat Islam (solat, puasa, zakat, haji)
Fardhu Kifayah : Wajib dilaksanakan oleh sebahagian anggota masyarakat sahaja, tak wajib pada semua. Namun, berdosa sekiranya semua orang meninggalkannya. (menuntut ilmu, bercucuk tanam dan sebagainya)
Adanya pensyariatan ibadah Solat, Azan, Puasa, Zakat dan Haji bagi yang mampu.
SUDUT MUAMALAT (KEMASYARAKATAN)
Muamalat : Segala perkara yang berkaitan dengan kemasyarakatan. Muamalat juga boleh bermaksud perhubungan manusia dengan manusia bagi memenuhi keperluan jasmani dan rohani.
Kedatangan Islam telah menyedarkan masyarakat bahawa perbuatan yang mereka lakukan sebelum ini adalah salah. Rasulullah SAW mengajar manusia untuk bersikap jujur dan amanah dalam semua urusan.
Muamalat harta benda adalah berkaitan jual beli dan lain-lain harta. Allah telah menegaskan tentang jual beli dalam Al-Quran yang bermaksud "dan Allah halakan jual beli dan mengharamkan riba'."
Manakala dalam muamalat keluarga pula, Islam telah menjelaskan peranan dan tanggungjawab setiap ahli keluarga bagi menjamin keharmonian hidup berkeluarga.
SUDUT AKIDAH
Sebelum kedatangan Islam
Menyembah alam seperti matahari, bulan, bintang dan sebagainya.
Menyembah roh
Menyembah berhala
Agama Kristian, Yahudi dan ada juga yang tidak percaya tuhan.
Selepas kedatangan Islam
Beriman kepada Malaikat
Beriman kepada Kitab
Beriman kepada Allah
Beriman kepada Rasul
Beriman kepada Hari Akhirat
Beriman kepada Qada' dan Qadar
SUDUT KANUN / PERUNDANGAN
Peringkat pertama : Perundangan Mekah (610-622 masihi)
Pada peringkat awal Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi rasu;, baginda telah mengambil langkah untuk memperbaiki akhlak bangsa Arab.
Ajaran yang disampaikan banyak menitikberatkan aspek akidah dan menghapuskan perbuatan syirik.
Ayat Al-Quran yang diturunkan di Mekah banyak menyentuh tentang mengesakan Allah dan mengajak manusia meninggalkan segala amalan yang sesat.
Peringkat kedua : Perundangan Madinah (622 masihi)
Nabi Muhammad SAW berjaya menyatukan penduduk Madinah yang terdiri daripada kaum Aus, Khazraj dan Yahudi.
Nama Yathrib ditukar kepada Madinah yang bermaksud bandar.
Piagam Madinah digubal
Masjid dibina sebagai tempat beribadah, menyampaikan ajaran Islam, menyelesaikan masalah, bersosial dan berkumpul serta sebagai pusat pentadbiran
Kaum Muhajirin dan Ansar dipersaudarakan bagi mewujudkan persefahaman.
Perjanjian dengan orang Yahudi dibuat supaya mereka bersama-sama mempertahankan Madinah dari ancaman luar.
Nabi Muhammad SAW mengambil kira hak semua penduduk agar tidak berlaku berat sebelah.
Kesan Perundangan Islam kepada dakwah
Mempunyai peraturan yang boleh diterima oleh semua penduduk.
Boleh menyatukan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Bersesuaian dengan masyarakat majmuk.
Mewujudkan keharmonian dan mengelakkan permusuhan.
Membentuk suatu sistem politik dan mempertahankan negara.
Merangka persefahaman antara penduduk Islam dengan bukan Islam.
Prinsip Penting Perundangan Islam
Kesatuan umat dan kedaulatan negara.
Kebebasan kehidupan dalam negara.
Al-Quran dan As-Sunnah ialah sumber hukum.
Hak dan tanggungjawab dalam mempertahankan keamanan negara.
Hubungan baik dan saling bantu membantu dalam masyarakat.
Tanggungjawab pemerintah menegakkan keadilan.
Kebebasan beragama dan tanggungjawab terhadap bukan Islam.
B) Kewafatan Nabi Muhammad SAW
Hari kewafatan Nabi Muhammad SAW
Pada hari terakhir, Nabi Muhammad SAW dapat tidur dengan baik kerana demam baginda telah berkurangan. Pada waktu subuh 12 Rabi'ulawal tahun ke 11 hijrah, baginda menunaikan solat subuh sambil menyandarkan badannya pada Saidina Ali bin Abi Talib. Baginda sempat berkhutbah selepas solat untuk menyampaikan amanat kepada umat Islam. Orang muslimin menjangkakan bahawa Rasulullah SAW telahpun sihat.
Tiba-tiba, Nabi Muhammad SAW diserang sakit kepala yang hebat dan demam seperti sebelumnya. Ketika itu, baginda berada di pangkuan Aisyah. Baginda mencelup tangannya di dalam bekas air lalu disapu ke dahi sambil memohon pertolongan Allah dalam menghadapi kesakitan. Akhirnya, pada waktu Dhuha 12 Rabi'ulawal tahun ke 11 hijrah, Rasulullah SAW wafat ketika usia baginda 63 tahun.
Ramai sahabat yang terkejut mendengar berita tersebut sehinggakan Saidina Umar menghunus pedangnya dan mengancam untuk membunuh sesiapa yang mengatakan Nabi Muhammad SAW telah wafat. Saidina Abu Bakar mengetahui tentang tindakan Saidin Umar tersebut lalu beliau masuk ke dalam ruma Aisyah dan mengucup pipi baginda. Kemudian, Saidina Abu Bakar keluar menemui sahabat dan memberi ucapan "Wahai manusia, sesiapa yang menyembah Muhammad, Muhammad telah mati, sesiapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah Maha Hidup dan tidak mati.".
Apabila mendengar ayat Saidina Abu Bakar, Saidina Umar kembali sedar tentang tindakannya, seolah-olah di tidak pernah mendengar ayat yang dituturkan oleh Saidina Abu Bakar. Jenazah Rasulullah SAW dikebumikan dalam rumah Aisyah, di tempat yang sama baginda wafat.
10 sahabat yang dijanjikan syurga (4 orang merupakan Khulafa' Ar-Rasyidin)
Khulafa' Ar-Rasyidin (pemimpin Islam selepas Rasulullah SAW)
KEDUA : SAIDINA UMAR AL-KHATTAB
KETIGA : SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN
PERTAMA : SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ
KEEMPAT : SAIDINA ALI BIN ABI TALIB
6 lagi sahabat yang dijanjikan syurga
Abdul Rahman Bin Auf
Saad Bin Abi Waqas
Zubair Bin Awwam
Sa'id Bin Zaid
Talhah Bin Ubaidillah
Abu Ubaidah Al-Jarrah
Peristiwa sebelum kewafatan Nabi Muhammad SAW
Menjelang bulan Safar tahun ke 11 Hijrah, kesihatan baginda mulai terganggu. Baginda diserang sakit kepala kemudian diserang demam panas yang ringan.
Nabi Muhammad SAW tetap menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan negara walaupun dalam keadaan yang tidak sihat.
Ketika Nabi tiba-tiba diserang sakit kuat pada 28 Safar, baginda berada di rumah isterinya Maimunah Binti Harith. Baginda teringin untuk tinggal di rumah isterinya Aisyah selama baginda demam. Maka, isteri-isteri baginda sepakat agar Nabi dirawat di rumah Aisyah selama baginda sakit.
Di rumah Aisyah, baginda meminta orang ramai menyediakan 7 kendi (bekas air) untuk baginda. Kemudian, Ali bin Al-Abbas mendudukkan baginda di atas tikar yang dihampar oleh Aisyah. Isteri-isteri baginda menjirus kepala baginda dengan 7 kendi air untuk menyejukkan kepala baginda. Baginda berasa sihat sedikit sehingga baginda boleh bangun dan keluar untuk solat Maghrib berjemaah dengan para sahabat di masjid.
Menjelang waktu Isyak, sepatutnya Nabi Muhammad SAW yang menjadi imam. Namun, baginda tidak berdaya untuk berdiri kerana berasa demamnya semakin berat dan sakit kepalanya bertambah. Baginda meminta Abu Bakar yang menggantikan baginda untuk menjadi imam pada waktu tersebut dan waktu-waktu solat yang seterusnya.
Asma' Binti 'Umais, iaitu isteri baginda pernah cuba memberi ubat kepada baginda ketika baginda sedang tidur. Apabila Rasulullah SAW tersedar dan rasa ada sesuatu dalam mulut baginda, baginda marah kerana memberi ubat tanpa keizinan baginda.