Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Motivasi dan Pembelajaran Dari Beberapa Perspektif (Perspektif Behavioris,…
Motivasi dan Pembelajaran Dari Beberapa Perspektif
Perspektif Behavioris
motivasi mendorong perubahan tingkah laku akibat interaksi pengalaman seseorang dengan persekitaran
Prinsip yang diamalkan adalah memberi motivasi kepada murid dalam bentuk ganjaran atau dendaan luaran.
motivasi berdasarkan pendekatan Behavior di dalam bilik darjah adalah mengamalkan pemberian pengukukuhan secara konsisten dan sesuatu tingkah laku positif yang diperhatikan
Ganjaran yang diberi seperti perhatian, kasih sayang, kata-kata pujian, hak-hak istimewa atau wang sekiranya mereka memperolehi pencapaian cemerlang dalam aktiviti yang disertai
Contohnya murid yang membuat latihan dengan mendapat semua jawapan yang betulakan diberi bintang
Prinsip memberi ganjaran dan peneguhan dapat mengekalkan tingkah laku yang dikehendaki berbanding mendenda murid yang bertingkah laku negatif.
Beberapa kaedah lain yang bolegh memotivasikan murid dari perspektif Behavioris
Guru mengiktiraf fan memberi peneguhan kepada kejayaan murid serta membantu murid menimbang nilai dan manfaat peribadi terhadap pembelajaran.
Mempamer hasil kerja murid pada papan buletin.
Memberi peluang kepada murid untuk mengikuti lawatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah secara percuima.
Insentif positif dalam pembelajaran diberikan dalam bentuk menghadiahi bintang, memberi skor dan gred yang baik berdasarkan hasil kerja murid yang memuaskan
Perspektif Kognitivis
penekanan bahawa tingkah laku dipengaruhi oleh cara manusia berfikir tentang diri mereka dan persekitaran.
kaedah untuk memotivasikan murid dalam konteks PnP ialah guru harus meransang naluri ingin tahu murid dan menyokong kebolehan murid untuk berjaya.
Terdapat 2 jenis teori kognitif
Teori Atribusi Weiner
Teori Ekspektasi x Nilai
Bentuk tingkah laku yang dilakukan oleh seseorang diterangkan berdasarkan empat pengaruh yang berikut iaitu:
Kepercayaan seseorang terhadap kebolehan kognitif.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kepercayaan seseorang sama ada menghasilkan kejayaan atau kegagalan.
Harapan seseorang untuk menyempurnakan tugasan dengan jayanya.
Keperluan untuk membina sesuatu asas pengetahuan yang teratur dan konsisten.