Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 6: PENGELUARAN DALAM EKONOMI ISLAM (Faktor Pengeluaran (Aset - Aset…
BAB 6: PENGELUARAN DALAM EKONOMI ISLAM
Objektif
Dalam sistem ekonomi konvesional, ia adalah untuk memaksimumkan keuntungan
Dalam sistem ekonomi kapitalis misalnya, ia menganggap pembangunan ekonomi dan harta sebagai objektif terunggul kerana bagi sistem ini, kesejahteraan kebendaan adalah segala-galanya.
Prinsip Pengeluaran
Dalam rangka mencari rezeki yang halal di sisi Allah subhanahu wa ta ‘ala, ia hendaklah tertakluk sepenuhnya kepada hukum syari ‘at.
Barang-barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan mestilah ke arah memberi khidmat kepada masyarakat dengan usaha memenuhi keperluan mereka yang utama.
Faktor Pengeluaran
Buruh
Ia ditakrifkan sebagai perkhidmatan manusia sama ada secara fizikal mahupun mental. Mereka yang terlibat dalam dalam pengurusan dan penyelenggaraan proses pengeluaran juga adalah termasuk dalam kumpulan ini. Tertakluk kepada mereka yang bekerja dengan berdasarkan kepada kontrak upah tetap atau gaji.
Aset - Aset Fizikal
Ia boleh terdiri daripada sumber tabii seperti tanah atau sumber yang dihasilkan untuk keperluan pengeluaran selanjutnya seperti alat jentera.
Ia boleh digunakan berdasarkan kontrak sewa, misalnya bangunan.
Ia mungkin mengalami keadaan susut nilai setelah digunakan dalam proses pengeluaran.
Modal
Ia adalah sumber kewangan untuk pengeluaran. Ia melibatkan wang cair, wang hampir dan aset kewangan.
Keusahawanan
Ia adalah organisasi aktiviti perusahaan yang menggabungkan faktor-faktor pengeluaran yang lain serta mengurus keseluruhan proses pengeluaran daripada awal hinggalah kepada mengagihkan keuntungan. Sekiranya ia tidak menyumbang modal seperti dalam kontrak al-Mudarabat, ia tidak terlibat dalam
risiko kerugian terhadap modal.
Konsep Al-Tawhid
Panduan kepada agen-agen ekonomi terhadap segala keperluan mereka
Membawa kepada kosep kejayaan iaitu al-Falah
Peranan Individu dan Masyarakat
untuk memenuhi keperluan-keperluan asas semua ahli masyarakat, Islam menjadikan kewajiban untuk pengeluaran sosial meningkatkan pengeluaran dengan mengeluarkan kuantiti barangan yang berkeupayaan memenuhi keperluan-keperluan tadi pada kadar yang mencukupi.
Hubungan Individu dengan Firma
Faktor pengeluaran mendapat ganjaran yang adil selaras dengan sumbangan mereka
kepada output.
Kerjasama antara pihak pengurusan firma dengan pekerja mesti digalakkan.
Suasana kesukaran dan kebosanan dalam kerja mestilah diminimumkan.
Penumpuan terhadap harta dan kekayaan mestilah dikurangkan.
IZZATI UMAIRAH BINTI MOHD NADZRI CAT2A (2019619944)