Cap mohor atau cap meterai adalah alat untuk membuat kesan dalam lilin, tanah liat, kertas dan sebagainya termasuk pencetakan timbul di atas kertas, dan juga kesannya. Tujuan asal adalah untuk mengesahkan dokumen, pembungkus untuk sampul surat, atau penutup bekas atau bungkusan yang memegang barang-barang berharga atau objek lain.Peranti membuat cap mohor juga dirujuk sebagai matriks atau die mohor; hasil cetakan yang dibuat dirujuk sebagai kesan meterai (atau, lebih jarang, pematerian). Jika kesan itu dibuat semata-mata sebagai suatu pelepasan yang disebabkan oleh tekanan yang lebih besar pada kertas di mana bahagian-bahagian yang tinggi sentuhan matriks, meterai ini dikenali sebagai meterai kering; dalam kes-kes lain dakwat atau cecair lain atau medium cecair digunakan, dalam warna lain berbanding dengan warna kertas.
Mohor atau dikenali juga sebagai meterai, tera, cop dan cap merupakan perkara penting di dalam sesuatu warkah. Ia merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang dilihat pada warkah baginda s.a.w kepada Maharaja Rom, Parsi, dan Mesir.Inilah sunnah Rasul junjungan, pesuruh Allah terakhir. Inilah warisan di-Raja segenap bangsa zaman-berzaman. Menghias warkah titah khalifah dan sultan. Simbol kepada kuasa, wibawa dan amanah. Lambang jati diri dan budaya bangsa.
Contohnya setelah Rasulullah saw membuat surat kepada raja dan penguasa dunia untuk mengajak mereka mengikuti agama Islam, salah seorang sahabat mengatakan bahawa orang-orang kafir tersebut tidak mahu menerima surat surat tanpa dicop mohor lebih dahulu, maka Nabi saw merintahkan para sahabat untuk membuatkan baginya satu cop mohor. Kemudian dibuatlah cop mohor berupa cincin yang berukiran kalimat Muhammad Rasulullah. mohor ini dikenakan Nabi saw di tangan kanan beliau sampai beliau wafat.
Sejak Tanah Melayu menerima agama Islam kira – kira abad ke- 13/14 Masihi, pengaruh Tulisan Jawi banyak mewarnai kehidupan 0rang Melayu. Pengaruh dan peranan Tulisan Jawi terdapat dalam pelbagai aspek kehidupan, antaranya hubungan sosial seperti surat – menyurat antara raja dengan raja yang sebangsa dan seagama dan sebagainya. Tulisan Jawi juga bagi tujuan seni disamping untuk mendapat berkat. Potongan – potongan ayat suci Al Quran ditulis indah, begitu juga duit pitis, cap mohor, barangan tembaga, tembikar dan lain – lain.
Contohnya, cop mohor yang melambangkan kuasa sultan yang memerintah digunakan dalam surat-menyurat rasmi untuk menunjukkan pengesahan kuasa dan arahan daripada kerajaan. Nama raja yang memerintah terukir dalam cop mohor ini. Dengan cop mohor ini, baginda dapat melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran