Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bab 2: Aplikasi kontrak al-Ijarah (Definifi (Perkara Penting dalam al…
Bab 2: Aplikasi kontrak al-Ijarah
Aplikasi Masa Kini
Dalam kewangan islam, al ijarah digunakan oleh bank untuk memajak peralatan atau bangunan kepada pelanggan dengan sedikit bayaran.
Urusan sewaan atau pajakan atas sesuatu yang bermanfaat seperti mesin.
Tidak berkesudahan dengan pemindahan hak milik.
Hak milik tidak boleh berpindah kerana ia suatu kontrak manfaat dan bukan jual beli.
Apabila seseorang itu menyewakan hartanya dia boleh menggunakannya tetapi bukan hak pemilikan.
Maksud manfaat ialah kegunaan sesuatu barang.
Didefinisikan sebagai menjual manfaat iaitu penggunaan & perkhidmatan dengan harga tertentu yang dipersetujui pihak tertentu.
Definifi
Bahasa- al Ijarah berasal daripada perkataan al-ajr atau al-ujrah yang bermaksud balasan atas kerja atau pahala.
al-Ujrah- ialah harga sebagai gantian kepada manfaat atau faedah iaitu sewa yang dibayar kerana menggunakan sesuatu.
Fuqaha' Syafie- mendefinisikan al-ijarah sebagai akad yang dilakukan ke atas manfaat yang dimaklumi, yang harus dan menerima pertukaran dengan bayaran yang diketahui.
Perkara Penting dalam al-Ijarah
Suatu akad yang menyebabkan pemindahan.
Ia adalah akad pertukaran iaitu manfaat benda dan bayaran.
Ia terikat kepada masa dalam penggunaan manfaat.
al-Ijarah thumma al-bay' (aitab) atau al-ijarah muntahiya bi tamlik
Tiada dalam kitab terdahulu dan merupakan kontrak terbaharu.
Ada dalam kontrak sewa beli sahaja yang terhasil daripada gabungan al-ijarah & al-bay'
Ia dilakukan dengan akad sewaan, penyewa menyewa sebuah barang dengan harga sewa dengan tempoh tertentu dari pemilik, tamat tempoh sewa, penyewa menandatangi kontrak kedua iaitu kontrak jual beli (al-bay').
mps bnm menerima kaedah ini dengan mengambil kira dua kontrak berasingan yang sah tetapi dibuat perjanjian (al-wa'ad) dalam kontrak pertama.
Dalam tempoh sewa, jika pembeli tidak membayar sewaan dalam tempoh tertentu, hak pemilikan tersebut boleh diambil kembali oleh pemilik.
al-wa'ad dalam akad sewaan pihak pembeli akan membayar sewaan sehingga tamat yang dipersetujui bersama, setelah tamat harta tersebut akan menjadi hak milik penyewa melalui akad jual beli yang sudah dijanjikan.
Kontrak Pertama ialah kontrak sewaan dengan janji dan kontrak kedua kontrak jual beli setelah janji ditunaikan, kaedah ini terdapat dua kontrak yang sah.