Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KONTRAK ( AKAD ) KEWANGAN SYARIAH (DEFINISI AKAD ( BAHASA ) (Aqad atau…
KONTRAK ( AKAD ) KEWANGAN SYARIAH
DEFINISI AKAD ( BAHASA )
Aqad atau akad dalam bahasa arab ialah mengikat antara dua hujung ikata sama ada ikatan tersebut benar atau simbolik daripada satu pihak atau dua pihak
Akad juga bermaksud mengikat antara dua kehendak dan melaksanakan apa yang diiltizamkan seperti akad jual beli.
DEFINISI AKAD ( ISTILAH )
Makna umum akad ialah setiap apa yang diazamkan oleh seseorang untuk melakukan sesuatu sama ada kehendak sendiri seperti berwakaf atau bersumpah dan sesuatu yang memerlukan kepada dua kehendak seperti jual beli.
Akad mengikut makna yang lebih khusus ialah suatu ikatan secara maknawi seperti ikatan antara perkataan yang diucapkan oleh dua pohak iaitu ijab dan qabul.
PEMBENTUKAN AKAD
Pembentukan akad ialah perkara yang membawa kepada kewujudan sesuatu akad itu secara sah dari segi syarak
Tiga perkara wajib dalam pembentukan akad menurut Islam ialah :
Rukun akad
Unsur-unsur akad
Kehendak akad
RUKUN AKAD
Rukun akad ialah sesuatu perkara yang merupakan teras dan akad tidak akan terbentuk melainkan dengan kewujudannya.
Rukun akad ialah ungkapan yang mengatakan persetujuan dua
kehendak sama ada secara lafaz, perbuatan, isyarat atau tulisan.
Rukun akad terbahagi kepada tiga iaitu lafaz ijab dan qabul,perkara yang di akadkan seperti barangan dan harga dan dua orang yang berakad iaitu penjual dan pembeli.
SIGHAH ( IJAB DAN QABUL )
Lafaz akad ialah apa yang lahir dari dua pihak yang berkontrak yang menunjukkan kehendak kedua pihak untuk membentuk kontrak lafaz yang dimaksudkan ialah ijab dan qabul.
Subjek akad hendaklah terdiri dari barang yang bernilai dan bermanfaat pada pandangan syarak.Tidak sah jual beli barangan najis dan yang diharamkan syarak.
Kedua-dua pihak yang berakad iaitu penjual dan pembeli disyaratkan terdiri daripada mereka yang boleh dipertanggungjawabkan.
MAJLIS AKAD
Majlis akad ialah keadaan atau tempat di mana kedua-dua pihak yang berkontrak membuat akad.
KELAYAKAN PIHAK YANG BERKONTRAK ( AL-AHLIYYAH )
Secara umumnya Ahliyyah membawa maksud layak memikul tanggungjawabserta mukallaf.
Fuqaha telah membahagikan ahliyyah kepada dua ;
Ahliyyah al-wujub
Ahliyyah al-ada'
Ahliyyah al wujub ialah kelayakan seseorang individu untuk bertanggungjawab serta memiliki hak-hak serta segala kewajipan.Ia bermaksud kemampuan untuk mempunyai dan menanggung hak.
Ahliyyah al-ada' bermaksud kelayakan seseorang untuk menunaikan segala hak dan tanggungjawab oleh syarak ke atasnya.Maksudnya,seseorang sudah boleh melakukan akad dan segala tindakannya akan melahirkan kesan.
HALANGAN KEAHLIAN
Setiap orang yang baligh dan berakal sudah tentu memiliki kelayakan yang sempurna tetapi pada masa-masa tertentu ,terdapat beberapa halangan yang boleh menjejaskan kelayakan yang telah dimiliki seseorang.
Halangan ini terbahagai kepada 2 :
Halangan semulajadi ( Samawiyyah )
Halangan daripada manusai ( Muktasabah )
PERKARA-PERKARA YANG MENCACATKAN
AKAD
Terdapat empat perkara yang mencacatkan akad iaitiu Paksaan,( al-ikrah ),Silap ( al-ghalat ),Rugi terkurang nilai ( al-ghaban ),Tipu muslihat (al-taghrir )
BAHAGIAN AKAD
Bahagian akad yang biasanyan terdapat dalam sesuatu muamalat Islam dapat dibahagikan kepada empat :
1.Akad dari sudut penilaian syarak
-akad sah ( akad yang diluluskan tanpa bersyarat )
-akad tidak sah ( akad batal )
2.Akad dari skop dan tujuan
-kontrak-kontrak memberi hak milik
-kontrak melepaskan hak
-kontrak memberi izin
-kontrak menyekat seseorang menjalankan tugas
-kontrak memberi kepercayaan
-kontrak perkongsian
-kontrak simpanan
3.Akad dari sudut hukum
-akad serta merta
-akad tergantung
-akad bertangguh
4.Akad dari sudut penamaannya
-akad bernama
-akad tidak bernama