Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Konsep Guru Sebagai Pemimpin dan Peranan Guru sebagai Pemimpin (Maksud…
Konsep Guru Sebagai Pemimpin dan Peranan Guru sebagai Pemimpin
Maksud Kepimpinan
Kepimpinan merupakan salah satu faktor yang menggalakkan perkembangan sesebuah
tamadun.
Orang yang mampu mempengaruhi orang lain sebenarnya
mempunyai ciri kepemimpinan.
Kepemimpinan adalah satu proses mempengaruhi tingkah laku orang lain untuk menggalakan mereka bekerja ke arah pencapaian sesuatu matlamat yang
ditetapkan
Kadang-kadang kuasa yang dimiliki seseorang dikaitkan dengan kepakaran yang dimiliki individu tertentu seperti seseorang yang memiliki ciri karisma, pakar dalam bidang tertentu, mempunyai kelebihan tertentu yang boleh menjadi pakar rujuk serta diiktiraf oleh orang lain.
Konsep Guru Sebagai Pemimpin
Seseorang yang berkeupayaan menyebarkan ilmu pengetahuan dan juga kebaikan dianggap
sebagai pemimpin.
Seorang pendidik secara semulajadi adalah pemimpin kerana mereka bertanggungjawab untuk menyebar luaskan ilmu pengetahuan dan juga kebaikan kepada para
pelajar.
Pengupayaan kepimpinan guru-guru dapat
dipertingkatkan melalui usaha mempertingkatkan perkongsian ilmu profesionalisme dengan
mempengaruhi semangat pelajar meningkatkan pembelajaran
Peranan Guru sebagai Pemimpin
Guru-guru memainkan peranan memimpin warga
sekolah mewujudkan budaya sekolah yang menghidupkan nilai-nilai akidah dan akhlak yang tinggi khususnya para pelajar .
Kepemimpinan guru dapat membangkitkan suasana sekolah ke arah perkembangan profesional, kejeleketan, autonomi guru, dan keterbukaan.
Guru-guru boleh memberikan idea
kepada pengetua untuk;
terlibat dalam membuat keputusan dan kepemimpinan di sekolah,
berbincang untuk merancang melakukan penambahbaikan sekolah,
memberi tumpuan kepada perkembangan profesional,
memberi ruang kepada guru mengembangkan bakat yang dimiliki,
mempunyai kemahiran berhubungan,
berkemahiran berkolaborasi dengan guru- guru lain