Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi kepada manusia dan alam sekitar…
Kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi kepada manusia dan alam sekitar
Habitat
Hutan bertindak sebagai habitat kepada pelbagai spesies flora dan fauna
Hutan di Malaysia menjadi tempat perlindungan dan sumber makanan bagi hidupan liar
Haiwan juga memilih tempat tinggal berlainan untuk keselamatan, keperluan sumber makanan dan kesesuaian diri
Sekiranya tumbuh-tumbuhan musnah pelbagai spesies flora dan fauna akan kehilangan habitat dan sumber makanan
Kawasan tadahan hujan
Hutan bertindak sebagai span berongga yang menyerap air serta mengalirkan air ke sungai, empangan, kolan dan tasik.
Hutan di kawasan tanah tinggi penting sebagai kawasan tadahan hujan
Air yang diserap ke dalam tanah ditapis secara semula jadi dan menjadi air yang bersih
Keseimbangan ekosistem
Konsep ekosistem adalah saling bergantung antara komponan biotik dengan komponen abiotik dalam alam sekitar
Kawasan hutan merupakan satu ekosistem dengan tumbuh-tumbuhan semula jadi sebagai salah satu komponen biotik utama
Tumbuh-tumbuhan saling berinteraksi dengan unsur-unsur lain dalam komponen biotik dan abiotik bagi mewujudkan satu persekitaran yang seimbang
Sumber bahan mentah
Hutan penting sebagai sumber bahan mentah untuk membekalkan sumber kayu balak dalam industri membut perabot
Buluh dan rotan digunakan dalam industri pembuatan kraf tangan dan perabot
Kayu bakau dijadikan sebagai bahan api dan bahan binaan
Hutan di Malaysia mempunyai pelbagai jenis pokok yang sesuai untuk kegunaan pembalakan
Hasil eksport kayu balak telah mendapatkan hasil kepada sumber pendapatan negara
Sumber perubatan
Tumbuh-tumbuhan yang terdapat di hutan kebanyakannya boleh digunakan dalam bidang perubatan
akar, kulit, daun, ranting dan buah daripada pelbagai jenis spesies tumbuhan dijadikan sebagai ubat