Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Personaliti guru cemerlang (Peribadi (Penyayang (Guru itu mampu…
Personaliti guru cemerlang
Komunikasi Berkesan
Kefahaman
Guru mampu menyampaikan sesuatu maklumat secara jelas supaya memberi kefahaman maksima kepada pelajar. Guru yang mampu menguasai komunikasi verbal dan non-verbal mampu menyampaikan sesuatu secara efektif.
Perhubungan
Guru yang sedia mendengar dan memberi peluang kepada pelajar untuk bercakap dapat membina keyakinan murid secara tidak langsung. Masalah murid juga dapat dikesan dan dapat diselesaikan dengan lebih mudah. Hubungan yang baik dan mesra juga dapat dijalinkan.
Peribadi
Penyayang
Guru itu mampu menjalinkan hubungan yang mesara dengan pelajarnya, senang didekati tanpa beban oleh pelajarnya apabila pelajar menimpa kesusahan serta mampu membina suasana kelas yang ceria dan selesa.
Berakhlak mulia
Guru yang penyabar tekun mengajar nurid yang kelihatan ketinggalan untuk memahami sesuatu pelajaran. Selain itu, guru yang penyabar juga mampu mengawal pelbagai situasi kelas, berunding dengan ibu bapa pelajar dan apabila berkomunikasi dengan rakan sekerja/pihak atasan.
Bersikap terbuka
Guru melayan semua pelajar dengan adil dan saksama tanpa unsur pilih kasih. Guru yang bersikap terbuka memahami dan bertimbang rasa denga situasi pelajar dan menerima seadanya pada diri pelajar itu. Bukan itu sahaja, guru itu juga mampu beradaptasi dengan lebih cepat dalam bidang Pendidikan yang sentiasa berubah mengikut zaman.
Potensi
Peningkatan ilmu dan kemahiran.
Guru haruslah dilengkapi dengan ilmu dan kemahiran untuk bidang mata pelajaran masing-masing, cara menangani dan menyelesaikan masalah disiplin pelajar dan sentiasa membuat refleksi diri untuk memperbaikan kelemahannya.
Penyumbang kepada profesion.
Profesion kerjaya ini bukanlah mudah, tetapi sebagai seorang guru yang cemerlang perlulah menyumbangkan diri secara komited dalam alam pendidikan. Pengorbanan dan penyelidikan perlulah dilakukan demi melahirkan sistem pendidikan yang lagi Berjaya dan sentiasa sentiasa bersedia menghadapi pelbagai cabaran.
Hasil Kerja
Peningkatan hasil pembelajaran.
Guru yang memiliki personaliti dan komunikasi yang berkesan dapat meningkatkan hasil pembelajaran murid melalui perubahan tingkah laku setiap murid. Perubahan sebegini mampu menunjukkan kualiti dan penunjuk kecemerlangan guru tersebut.
Pelibatan murid
Guru yang cemerlang mampu menghidupkan suasana pembelajaran dengan menggalakkan perlajarnya terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran sama ada di dalam bilik darjah atau di luar. Kaedah ini juga mampu menolong guru membimbing murid menerusi kebolehan dan keupayaan setiap murid semasa aktiviti berlangsung.