Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pengeluaran dalam Ekonomi Islam (Faktor pengeluaran (Ahli Ekonomi…
Pengeluaran dalam Ekonomi Islam
Faktor pengeluaran
Ahli Ekonomi Konvesional
Buruh – Ia merujuk kepada kerja-kerja ekonomi manusia sama ada yang dilakukan dengan menggunakan tenaga atau mental.
Modal – Ia merujuk kepada semua bekalan yang disimpan untuk pengeluaran barangan kebendaan. Ia tergolong dalam stok harta yang dianggap sebagai agen pengeluaran
Tanah – Ia merupakan segala benda dan tenaga yang disediakan oleh alam tabii dengan percuma untuk kemudahan manusia. Ini melibatkan segala apa yang ada di bumi, dalam air, di udara dan lain-lain.
Keusahawanan – bertanggungjawab menggerakkan pengeluaran, mentadbirkan faktor pengeluaran yang lain serta menjalankan usaha-usaha yang produktif
Sarjana Islam
Aset-aset fizikal – Segala sumber-sumber yang boleh digunakan secara berterusan serta boleh disewakan untuk proses pengeluaran
Ia boleh terdiri daripada sumber tabii seperti tanah atau sumber yang dihasilkan untuk keperluan pengeluaran selanjutnya seperti alat jentera.
Ia boleh digunakan berdasarkan kontrak sewa, misalnya bangunan.
Ia mungkin mengalami keadaan susut nilai setelah digunakan dalam proses pengeluaran.
Modal – Ia adalah sumber kewangan untuk pengeluaran. Ia melibatkan wang cair, wang hampir dan aset kewangan.
Buruh – Ia ditakrifkan sebagai perkhidmatan manusia sama ada secara fizikal mahupun mental. Mereka yang terlibat dalam dalam pengurusan dan penyelenggaraan proses pengeluaran juga adalah termasuk dalam kumpulan ini.
Keusahawanan – Ia adalah organisasi aktiviti perusahaan yang menggabungkan faktor-faktor pengeluaran yang lain serta mengurus keseluruhan proses pengeluaran daripada awal hinggalah kepada mengagihkan keuntungan.
Objektif pengeluaran
Teori- teori moden
Pengeluar akan sentiasa bertujuan memaksimumkan keuntungan ( Hanson )
Firma tidaklah bertujuan memaksimumkan keuntungan dalam bentuk wang semata malah masih lagi terdapat kemungkinan objektif-objektif lain.
Sistem ekonomi Islam
Untuk memenuhi keperluan orang-orang yang di bawah tanggungannya.
Untuk menyediakan keperluan bagi masa hadapan.
Untuk meninggalkan bekalan harta buat keluarga yang ditinggalkan selepas ketiadaannya
Untuk perkhidmatan sosial serta sumbangan di jalan Alla>h Subh}a>nahu wa Ta‘a>la>.
Untuk menyediakan keperluan sendiri secara sederhana.
Konsep pengeluaran
Definisi pengeluaran
Sebarang kegiatan yang boleh memenuhi kehendak para pembeli dengan mengeluarkan barang-barang atau perkhidmatan
keseluruhan operasi yang bertujuan untuk menghasilkan keperluan-keperluan kebendaan demi kewujudan sesebuah masyarakat
Prinsip pengeluaran
Islam
penyertaan jumlah masyarakat yang maksimum dalam proses produktif.
usaha perlu dilaksanakan untuk mengeluarkan barangan pada kos yang paling minimum serta mengeksploitasi sumber-sumber dengan baik
pemaksimuman penggunaan kedua-dua sumber manusia dan kebendaan
diukur oleh etika-etika ekonomi yang bertitik-tolak daripada al-Qur’an dan al-Sunnah.
Teori Moden
Satu-satunya alat pengukur yang ada dalam kehidupan sosial ialah wang.
Bahagian kebajikan ini bolehlah disebut sebagai kebajikan ekonomi.
Peranan Individu dan Masyarakat dalam Pengeluaran
Manusia terlibat dengan aktiviti pengeluaran ini adalah bertujuan mendapatkan sumber perantaraan atau wang
Islam menjadikan kewajiban untuk pengeluaran sosial meningkatkan pengeluaran dengan mengeluarkan kuantiti barangan yang berkeupayaan memenuhi keperluan-keperluan tadi pada kadar yang mencukupi
Kesan :
untuk melegakan kesempitan dan keperluan manusia yang mendesak.
Sekiranya ia digunakan pada jalan-jalan lain sedang perkara-perkara yang disebut di atas itu masih wujud maka perbelanjaan seumpama itu adalah suatu tindakan yang batil, terpesong dari jalan yang sebenar.
menghapuskan penderitaan yang dialami manusia itu.
Hubungan individu dengan firma
sarjana ekonomi Islam turut menekankan agar sistem pengeluaran mencerminkan beberapa ciri supaya pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan tersebut boleh dikatakan efisien dan saksama
Barang-barang dan perkhidmatan yang dihasilkan mestilah berupa barang-barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan masyarakat.
Ia mesti memberi motivasi kepada pihak pengurusan dan buruh untuk berperanan sebaik mungkin dari segi keupayaan mental dan fizikal mereka demi untuk memaksimumkan produktiviti serta meminimumkan kos dan pembaziran.
Firma pengeluaran mestilah membawa kepada tercetusnya kemuliaan insan dan penghayatan konsep persaudaraan. Ini dapat diwujudkan melalui;
Faktor pengeluaran mendapat ganjaran yang adil selaras dengan sumbangan mereka kepada output,
Kerjasama antara pihak pengurusan firma dengan pekerja mesti digalakkan.
Suasana kesukaran dan kebosanan dalam kerja mestilah diminimumkan.
Penumpuan terhadap harta dan kekayaan mestilah dikurangkan