Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERSONALITI GURU CEMERLANG (Personaliti ialah perwatakan dan tingkahlaku.…
PERSONALITI GURU CEMERLANG
Terdapat lima aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000) dalam kertas prosiding bertajuk Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran (Prosiding seminar kebangsaan penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan 2000. 3 – 4 Oktober 2000, Bahagian Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 – 178)
Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada para pendidik.
Berakhlak mulia
Bertimbang rasa
Sikap sedia berkongsi
Kreatif
Kemas
Adil
Bersikap terbuka
Bertanggung jawab
Kecemerlangan Pengetahuan dan Kemahiran
Menguasai dan menghayati sepenuhnya kandungan mata pelajaran kepakarannya
Bijak mengurus masa
Menyediakan bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran yang menarik
Mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar
Berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
Komunikasi adalah satu bidang yang sangat perlu dikuasai oleh warga guru sebagai satu senjata utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada murid-murid.
Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan.
Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya.
Berkeupayaan memelihara hubungan mesra.
Menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan.
Kecemerlangan Potensi
Menyumbang terhadap kejayaan sekolah atau institusi pendidikan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
Penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus-kursus profesional, seminar, bengkel.
Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan penyelidikan.
Personaliti ialah perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti ialah satu daripada pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri personaliti unggul seperti berikut:
Konsep kendiri positif
Hasil Kerja yang Cemerlang
Berakhlak mulia
Bertanggungjawab
Prihatin
Mesra
Adil
Sabar
Menepati masa
Guru cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome) dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerusi peningkatan minat dan penglibatan pelajar, melalui pelbagai pendekatan menerusi kebolehan dan keupayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu pengajaran, menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis atau tugasan dan menerusi penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.
Ciri-ciri guru cemerlang
Kecemerlangan Peribadi
Kecemerlangan Komunikasi
Personaliti Unggul
Hasil kerja yang cemerlang