Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Jenis Perceraian bukan Islam di Malaysia (Selepas 2 tahun (Pembubaran…
Jenis Perceraian bukan Islam di Malaysia
Prosiding bagi dekri nisi tentang anggapan mati dan cerai (Seksyen 63)
Maksud
Mana-mana orang yang telah berkahwin yang mengatakan bahawa terdapat alasan yang munasabah bagi menjangkakan bahawa pihak yang satu lagi kepada perkahwinan itu telah mati, boleh mengemukakan suatu petisyen kepada mahkamah untuk pihak yang satu lagi itu dianggap sebagai telah mati dan perkahwinan itu dibubarkan, dan mahkamah, jika berpuas hati bahawa alasan yang munasabah itu wujud, boleh membuat suatu dekri nisi anggapan mati dan cerai.
Sebelum 2 tahun
Sekatan terhadap petisyen dalam masa dua tahun perkahwinan (Seksyen 50)
Pembubaran Perkahwinan Kerana Salah Satu Pihak Telah Memeluk Islam (Seksyen 51)
Maksud
Jika suatu pihak kepada sesuatu perkahwinan sama ada si suami atau isteri telah memeluk agama Islam dan pihak satu lagi tidak memeluk Islam, maka pihak yang tidak memeluk agama Islam boleh memohon perceraian.
Perlaksanaan
Permohonan untuk perceraian boleh difailkan oleh mana-mana pihak yang tidak memeluk agama Islam selepas 3 bulan dari tarikh pihak satu lagi memeluk agama Islam
Selepas 2 tahun
Pembubaran Perkahwinan Dengan
Persetujuan Bersama (Seksyen 52)
Perlaksanaan
Jika suami dan isteri bersama-sama bersetuju supaya perkahwinan mereka dibubarkan, mereka boleh selepas tamat dua tahun dari tarikh perkahwinan mereka, menyerahkan sesuatu permohonan perceraian bersama kepada mahkamah.
Syarat Permohonan
Kedua-dua pihak dengan rela hati tanpa
paksaan bersetuju untuk bercerai
Terdapat peruntukan sewajarnya telah dibuat oleh isteri dan perkiraan mengenai penjagaan anak sekiranya ada
Selepas dua tahun perkahwinan.
Keretakan perkahwinan menjadi alasan tunggal bagi perceraian (Seksyen 53)
Perlaksanaan
Salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan boleh mempetisyen untuk perceraian atas alasan bahawa perkahwinan itu telah retak yang tidak dapat lagi dipulihkan
Bukti Keretekan (Seksyen 54)
(A) bahawa responden telah melakukan zina dan pempetisyen tidak boleh tahan untuk tinggal bersama responden;
(B) bahawa responden telah berkelakuan dengan cara yang pempetisyen tidak boleh dijangka secara munasabah untuk tinggal bersama responden;
(C) bahawa responden telah meninggal langsung pempetisyen selama tempoh yang berterusan sekurangkurangnya dua tahun sebelum sahaja pengemukaan petisyen itu
(D) bahawa pihak-pihak kepada perkahwinan itu telah tinggal berasingan selama tempoh yang berterusan sekurang-kurangnya dua tahun sebelum sahaja pengemukaan petisyen itu