Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Jenis Perceraian dalam Islam (Taklik (Sebab (Sekiranya suami meniggalkan…
Jenis Perceraian dalam Islam
Talaq
Talak Bai'in
1. Talak Bai'in Sughra
Talak ba’in sughra ialah talak yang jatuh serta merta pada masa lafaz talak dilafazkan dan kesemua hak-hak isteri terputus apabila dijatuhkan talak. Jika sekiranya suami ingin kembali bersama isterinya maka perlulah suami menikahinya dengan mas kahwin yang baru.
2. Talak Bai'in Kubra
talak tiga yang dilafazkan oleh suami yang mana semua perhubungan suami isteri terputus setelah talak dijatuhkan. Suami tidak boleh merujuk dengan isterinya melainkan bekas isterinya berkahwin dengan lelaki yang lain, bersetubuh dengan suami barunya dan menceraikannya dan bekas suami pertamanya boleh berkahwin dengan bekas isterinya setelah tempoh idah tamat.
Talak Raji'
Seorang suami yang menceraikankan isterinya dan masih boleh merujuk kembali tanpa akad nikah atau acara pernikahan dengan syarat isterinya itu masih berada dalam tempoh idah.
Taklik
Maksud
lafaz cerai yang dikaitkan dengan suatu janji yang telah dibuat oleh suami selepas akad nikah disempurnakan
Sebab
Sekiranya suami meniggalkan isteri lebih daripada enam bulan tanpa memberi nafkah zahir atau batin dengan secukupnya
Sekiranya suami memukul atau mendera isteri atau mendatangkan mudarat kepada isteri
Perlaksanaan
Isteri mengadu kepada Mahkamah Syariah di kawasan berhampiran dengan tempat tinggalnya dan sekiranya pengaduan itu disabit dan disah oleh mahkamah, maka terjadilah perceraian secara taklik
Kesan
Tidak boleh kembali atau rujuk kepada suaminya melainkan dengan suatu akd nikah yang baru
Fasakh
Maksud
Pembatalan atau pembubaran perkahwinan antara suami isteri melalui perintah mahkamah
Perlaksanaan
Isteri membuat permohonan cerai fasakh kepada mahkamah
Sebab
Suami telah menghilangkan diri tanpa diketahui di mana berada dalam tempoh lebih daripada setahun
Suami tidak memberikan peruntukan nafkah isteri dan anak-anak dalam tempoh 3 bulan
Suami dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih
Kesan
Tidak boleh kembali atau rujuk kepada suaminya melainkan dengan suatu akd nikah yang baru
Suami Hilang (Mafqud)
Terputus hubungan dengan suami dan tidak diketahui sama ada masih hidup atau mati.
Lian
Maksud
Suami menafikan anak yang dilahirkan oleh isterinya atau anak di dalam kandungan isterinya sebagai anaknya, atau menuduh isterinya berzina dengan lelaki lain tetapi tidak dapat membuktikan melalui penyaksian empat orang saksi.
Perlaksanaan
Suami hendaklah bersumpah empat kali “bahawa dia adalah orang yang benar” dan pada kali kelimanya “bahawa dia akan dilaknati Allah jika dia berdusta
Sekiranya isteri menolak tuduhan tersebut, maka hendaklah dia bersumpah sebanyak empat kali “bahawa suaminya itu berdusta” dan pada kali kelimanya “bahawa dia akan dilaknati Allah jika suaminya benar”.
Kesan
Mengikut peruntukan hukum syara‘, sekiranya yang menuduh (suami) enggan bersumpah, maka dia akan dikenakan hukuman qazaf dengan sebatan sebanyak 80 kali rotan.
Manakala jika isteri yang dituduh pula tidak menolak tuduhan suaminya, maka dia akan dikenakan hukuman sebagaimana orang yang berzina kecuali kedua-dua mereka bersumpah dan melakukan li‘an.
Apabila kedua-duanya bersumpah dan melakukan li‘an, maka ikatan perkahwinan mereka suami isteri akan terputus sama sekali dan mereka diharamkan berkahwin semula buat selama-lamanya.
Tebus Talak (Khuluk)
Maksud
Suatu perceraian yang diminta oleh isteri daripada suaminya dengan memberi wang atau harta benda lain kepada suaminya
Sebab
Suami berperangai jahat
Suami menyakiti hati isteri
Kerana sebab-sebab lain yang yang membuat mereka tidak dapat bercampuratau bergaul dengan aman dan harmoni
Perlaksanaan
Mahkamah meluluskan permohonan perceraian khuluk walaupun pihak suami tidak memberi persetujuan
Kesan
Tidak boleh kembali atau rujuk kepada suaminya melainkan dengan suatu akd nikah yang baru
Pertukaran Agama
Maksud
Pertukaran agama oleh salah satu pasangan perkahwinan akan menjadikan perkahwinannya menjadi bubar atas pengesah Mahkamah
Kedudukan suami isteri
Sekiranya suami atau isteri telah memluk islam dalam tempoh idah perkahwinan mereka mengikut Hukum Syarak, maka status perkahwinan mereka dikekalkan dan tidak perlu akad nikah baru