Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Wali dalam Undang-undang Keluarga Islam (Susunan wali ( Bapa, Datuk…
Wali dalam Undang-undang Keluarga Islam
Definisi
Wali bererti teman karib, pemimpin, pelindung atau penolong yang terdiri daripada ahli waris lelaki yang
terdekat kepada pengantin perempuan. Wali ini merupakan salah satu rukun dalam perkahwinan.
Syarat sah menjadi wali
Islam
Baligh
Berakal
Lelaki
Adil
Merdeka
Susunan wali
Bapa
Datuk sebelah bapa
Saudara lelaki seibu sebapa
Saudara lelaki sebapa
Anak Saudara lelaki seibu sebapa
Anak saudara lelaki sebapa
Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa
Bapa saudara sebelah bapa sebapa
Sepupu lelaki-anak bapa saudara seibu sebapa
Sepupu lelaki-anak bapa saudara sebapa
Orang yang memerdekakan hamba
Wali hakim
Wali Mujbir
Wali yang mempunyai bidang kuasa mengahwinkan anak atau cucu perempuan yang masih perawan atau dara tanpa meminta izin perempuan itu terlebih dahulu.
Menurut Mazhab Shafi’e, wali mujbir itu terdiri daripada bapa, datuk dan seterusnya sampai ke atas.
Manakala wali-wali lain seperti saudara lelaki kandung sebapa, bapa saudaranya dan sebagainya bukan wali mujbir iaitu tidak ada bidang kuasa memaksa perempuan berkahwin.
Wali Hakim
Wali hakim ialah Sultan atau Raja yang beragama Islam yang bertindak sebagai wali kepada pengantin perempuan yang tidak mempunyai wali.
Oleh kerana Sultan atau Raja ini sibuk dengan tugas-tugas negara maka ia menyerahkan kepada Pendaftar-pendaftar Nikah untuk bertindak sebagai wali hakim.
Sebab menggunakan wali hakim
Tidak ada wali nasab
Anak tidak sah taraf
Wali yang ada tidak cukup syarat
Wali aqrab menunaikan haji/umrah
Wali enggan