Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SEJARAH SISTEM PENDIDIKAN DI NEGARA MALAYSIA (LAPORAN FEN-WU 1951…
SEJARAH SISTEM PENDIDIKAN DI NEGARA MALAYSIA
LAPORAN BARNES 1950
Diketuai oleh L J Barnes
Tujuan
menyiasat
memperbaiki sistem pendidkan orang melayu
tentukan sistem pendidikan selepas kemerdekaan 1957
Cadangan
Bahasa melayu wajib diajar di sekolah inggeris dan bahasa inggeris wajib diajar di sekolah melayu
Pelajaran bahasa cina dan bahasa tamil disediakan jika >15 orang yang ingin belajar
1 jenis sekolah gunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar
Tubuhkan 2 jenis sistem sekolah
Sekolah dwibahasa ditubuhkan dan bahasa pengantar ialah bahasa melayu dan bahasa inggeris
Sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan. Sekolah akan gunakan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.
PENYATA RAZAK 1956
Nama laporan ini telah diambil sempena daripada nama Menteri Pelajaran iaitu Tun Abdul Razak. Matlamat beliau adalah untuk membentuk semula sistem pendidikan di Malaya
Laporan ini telah digabungkan ke dalam Seksyen 3 daripada Ordinan Pelajaran 1957 untuk membekalkan asas kepada rangka pelajaran
cadangan pendidikan yang ditulis pada tahun 1956 sebagai salah satu usaha bagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu
Cadangan
Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama.
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan sekolah menengah.
Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama.
Bagi sekolah jenis kebangsaan , bahasa inggeris , cina dan tamil menjadi bahasa pengantar.
Sekolah-seolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama.
Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.
Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah berkelayakan
Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR) , Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.
Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persektuan ditubuhkan.
LAPORAN FEN-WU 1951
diadakan sebagai reaksi tidak puas hati masyarakat Cina terhadap Laporan Barnes 1950
juga dikenali sebagai laporan pendidikan cina
diketuai oleh Dr. Fenn dan Profesor Dr. Wu Teh Yao
Tujuan
mengkaji dan menilai semula kewajaran Laporan Barnes 1950
Orang Cina menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa Cina dan kebudayaan Cina.
Cadangan
Sekolah Inggeris dikekalkan
Sekolah-sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara Persekutuan Tanah Melayu / Malaysia.
Sekolah vernakular iaitu Sekolah Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Melayu dibenarkan beroperasi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil dan bahasa kebangsaan juga diadakan.
ORDINAN PELAJARAN 1952
laporan sebuah jawatankuasa
ditubuhkan oleh kerajaan British di Tanah Melayu / Malaya untuk mengkaji Laporan Barnes (1950) dan Fenn-Wu (1951).
Cadangan
Sekolah Kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan. Sementara sekolah vernakular iaitu Sekolah Cina dan Sekolah Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan.
Bahasa Cina dan Tamil cuma diajar sebagai bahasa ketiga.
Namun, tidak dapat dilaksanakan kerana berlaku darurat dan juga sebab kekurangan wang.