Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
FALSAFAH DAN KEHIDUPAN :star: (Apa itu Falsafah? (Antara Makna-makna…
FALSAFAH DAN KEHIDUPAN :star:
Apa itu Falsafah?
Antara Makna-makna Falsafah
Falsafah (philosophy) datang daripada perkataan Greek iaitu philosophia.
Philo - cinta
Sophia - kearifan
Philosiphia - Cinta kepada kearifan.
Takrifan yang merujuk kepada falsafah greek yang menekankan tentang kehidupan di mana falsafah bertujuan untuk memberi panduan bagaimana ingin melahirkan suatu kehidupan yang baik dan bahagia.
Falsafah di sini merupakan ilmu dan bentuk pemikiran yang mempunyai hasil dan kesan terhadap hidup seseorang.
Pendekatan ini digunakan dalam kegiatan berfalsafah bukan sahaja dalam Tamadun Greek, tetapi Tamadun Cina dan India juga.
Fokus falsafah mereka adalah insan dan kemanusiaan.
Falsafah juga ada yang tidak fokus kepada soal kehidupan tetapi memberi penekanan kepada
alam tabi'i (natural philosophy)
. Ia mengisahkan tentang apakah sifat alam ini .
Sebagai contoh, bidang metafizik cuba mengkaji persoalan tentang bentuk reality sebenar. Ia juga mempersoalkan sifat alam ini material ataupun mengandungi unsur unsur lain yang 'real' tetapi bukan material.
Satu aktiviti intelektual yang cuba menyelesaikan isu-isu falsafah. Penekanan diberikan kepada apakah masalah falsafah tersebut dan apakah penyelesaiannya. Ini menunjukkan bahawa falsafah ini juga boleh kearah bidang yang bersifat akademik.
Di bawah pendekatan ini, maka timbullah gerakan-gerakan seperti falsafah bahasa dan positivisme logical.
Satu perkara yang dikongsi berasama oleh kegiatan-kegiatan falsafah di Barat adalah penekanan mereka terhadap aktiviti penyelesaian masalah dan penggunaan hujahan rasional dan logikal.
Falsafah Teoritikal dan Falsafah Praktikal
Falsafah Teoritikal :
Falsafah yang merujuk kepada persoalan-persoalan dasar yang memerlukan satu usaha intelektual untuk menjawab persoalan tersebut. Akan tetapi, hasil diskusi itu mungkin tidak akan ada kegunaan yang nyata tetapi sekadar memuaskan keinginan untuk mengetahui satu dasar.
Contohnya adalah bidang metafizik, ilmu logik(dalam bentuk matematik yang begitu abstrak) dan epistemologi (kajian yang menjawab persoalan-persoalan seperti apakah sifat ilmu itu dan jika ilmu itu boleh dipercayai dan jika boleh atas dasar apa).
Falsafah Praktikal
Bidang-bidang falsafah dimana hasil diskusi falsafah boleh digunakan dalam disiplin-disiplin tertentu. Antara contoh bidang-bidang di bawah payung falsafah praktikal adalah falsafah ekonomi, falsafah politik dan falsafah sosial.
Contoh 1 - Falsafah Ekonomi ; apabila soal keadilan dikaitkan dengan perkara-perkara dan isu dasar mengenai ekonomi, ia menimbulkan persoalan falsafah. Hasil perbincangan daripada pemikiran falsafah boleh dipraktikkan dalam ekonomi seperti dalam isu pembahagian sumber antara lapisan masyarakat. Hasil perbincangan ahli falsafah boleh membawa kepada "economic justice".
Falsafah Baru
Falsafah Alam Sekitar.
Ia tentang persoalan-persoalan dasar dan bercorak falsafah mengenai alam sekitar.
Kenapa falsafah ini wujud? - Atas sebab wujudnya masalah-masalah alam sekitar yang melanda kita hingga mencetuskan krisis yang dipanggil "ecological crisis".
Ia mencetuskan persoalan seperti apakah hubungan manusia dengan alam? Apakah makna alam ini kepada kehidupan manusia.
Hasil perbincangan falsafah boleh menyebabkan kita jadi lebih "eco-friendly" terhadap alam sekitar. Terutama apabila kita beretika terhadap alam sekitar.
Falsafah Teknologi
Wujud kerana munculnya teknologi-teknologi baru yang pesat selepas revolusi industri ke-2 yang kini telah memberi impak yang besar kepada kehidupan manusia dan sosial.
Dengan itu, ia memerlukan pemikiran yang dasar untuk menjawab persoalan seperti apakah sifat teknologi itu, dan apakah hubungan teknologi dengan manusia.
Isu Falsafah
Konsepsi falsafah perlulah tidak harus disempitkan tetapi dilonggarkan supaya semua jenis pemikiran yang boleh kita anggap "family resemblance" di mana walaupun tidak ada persamaan 100% tetapi mempunyai sedikit sebanyak ciri-ciri falsafah sepatutnya boleh diterima sebagai falsafah.
Oleh itu, falsafah Timur boleh dianggap sebagai falsafah, setaraf dengan falsafah Barat.