Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
RISIKO SYARIAH (RANGKA KERJA PENGURUSAN RISIKO SYARIAH DALAM SEKTOR…
RISIKO SYARIAH
PERSPEKTIF ISLAM TENTANG AMALAN PENGURUSAN RISIKO :
Konsep
Pengurusan Risiko
Surah Yusuf, ayat 67 yang bermaksud:
“Dan dia (Ya’kub) berkata, ‘Wahai anak-anakku! Janganlah kamu masuk dari satu pintu gerbang, dan masuklah dari pintu-pintu gerbang yang berbeda. Namun demikian, aku tidak dapat mempertahankan kamu sedikit pun dari (takdir) Allah. Keputusan itu hanyalah bagi Allah. Kepada-Nya aku bertawakal, dan kepada-Nya pula bertawakallah orang-orang yang bertawakal’.”
Hadis Nabi & Kaedah Fiqh Berkaitan dgn Keharusan Melaksanakan Amalan Pengurusan Risiko Syariah.
Kemudaratan mestilah
dihapuskan.
Nabi SAW pernah bertanya kepada seorang Badwi yang meninggalkan untanya tanpa ikatan, “Mengapa kamu tidak mengikat unta kamu?”. Orang Badwi tadi lantas menjawab, “Saya telah bertawakal kepada Allah”. Nabi SAW kemudian berkata, “Ikatlah unta kamu terlebih dahulu kemudian bertawakallah kepada Allah.”
Kemudaratan mestilah dihapuskan dengan sedaya upaya.
Sesiapa yang mati kerana melindungi hartanya, maka dia mati sebagai seorang syahid.
Menolak kemudaratan lebih baik daripada mendapat kemaslahatan.
Dalam Islam, tidak ada perbuatan merugikan diri sendiri dan perbuatan merugikan orang lain.
RANGKA KERJA PENGURUSAN RISIKO SYARIAH DALAM SEKTOR KEWANGAN ISLAM DI MALAYSIA
Seksyen 28(1) APKI 2013 menetapkan kewajipan kpd semua institusi perbankan Islam utk memastikan semua operasi, perniagaan & urusan pentadbirannya seiring dgn kehendak syariah.
Pihak legislatif memperuntukkan hukuman yg berat bagi pelanggaran kewajipan di bawah seksyen 28(5) APKI 2013.
Seksyen 29 APKI 2013 memperuntukkan kuasa kpd BNM utk mengeluarkan garis panduan bagi memastikan pematuhan syariah dlm setiap operasi institusi perbankan Islam.
BNM mempunyai kuasa di bwh seksyen 57 APKI 2013 utk mengeluarkan peraturan & garis panduan yg berkaitan dgn peraturan kawalan kehematan (prudential regulation) yg antara lain, melibatkan pengurusan risiko.
Prinsip 7.15 Rangka Kerja Tadbir Urus Syariah 2010 mendefinisi Pengurusan Risiko Syariah sebagai, “Suatu fungsi yg terdiri drpd mengenal pasti, mengukur, memantau & mengawal risiko ketidakpatuhan syariah yg bertujuan minimumkan risiko yg timbul drpd ketidakpatuhan syariah”.
Prinsip ini menekankan kepentingan amalan pengurusan risiko yg sistematik bagi membantu institusi perbankan utk mengekalkan kelangsungan pertumbuhan institusi tersebut secara berterusan.
Pengurusan Risiko Syariah perlu diberikan perhatian yg sewajarnya spt pengurusan risiko kredit, pasaran, kecairan & operasi.
Prinsip 7.17 RKTUS 2010 menekankan kepentingan pengetahuan syariah kpd setiap pegawai pengurusan risiko dlm setiap institusi kewangan Islam supaya mereka mampu menjalankan tugas dgn baik.