Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SANG GEMBALA KUDA (MAKSUD (Rangkap 3: Dengan kuasa yang ada padanya dan…
SANG GEMBALA KUDA
MAKSUD
Rangkap 3: Dengan kuasa yang ada padanya dan apabila sesekali bersuara nyaring, sang gembala kuda begitu berani dan yakin menunggang kuda-kuda itu menempuh segala rintangan dan kepayahan. Dia bijak menggunakan tipu helahnya dengan berpura-pura sebagai penyelamat maruah kononnya berjuang atas dasar kebenaran dan menetang segala penipuan.
Rangkap 2: Sementara itu, rumput dan jerami merupakan makanan yang lazim terhidang dan akan dimakan oleh kuda-kuda ketika lapar. Setelah kenyang, kuda-kuda itu tidak peduli akan nasib mereka dijadikan kuda tunggangan untuk menjejaki kuda-kuda yang lain
Rangkap 1: Sang gembala kuada ialah seorang lelaki yang gagah. Berbekalkan keberanian yang dimilikinya, dia dengan angkuh merembat kuda dengan menggunakan cemeti untuk menakutkan kuda-kuda itu sambil menghalau kuda-kuda yang sedang berada di padang segera balik ke kandang.
Rangkap 4: Sang gembala kuda ialah lelaki yang hanya ingin mengetahui kepantasan larian kudanya tanpa mengambil kira kesengsaraan kuda itu. Sang gembala kuda hanya mementingkan diri apabila kuda-kuda itu terus ditunggangi berulang-ulang kali tanpa rasa belas kasihan.
PENGAJARAN
Kita perlulah meiliki sikap berani dalam menjalankan tugas, contohnya gembala kuda seorang lelaki yang gagah perkasa dan berani menghadapi cabaran dalam tugasnya dengan menghalau kuda-kuda supaya masuk ke dalam kandang dengan menggunakan cemeti
Kita hendaklah bertanggungjawab dalam menjalankan tugas, contohnya gembala kuda amat bertanggungjawab dalam menjalankan tugas dengan memberikan makanan berbentuk jerami kepada kudanya yang sedang kelaparan
Kita haruslah mempunyai keyakinan terhadap kemampuan diri sendiri, contohnya gembala kuda menunggang kuda dengan yakin tanpa mempedulikan kesukaran yang dihadapinya kerana dia sedar akan tanggungjawabnya
TEMA
Sajak ini bertemakan kekuasaan penjaga kuda dan penganiayaan tenaga haiwan yang dilakukannya terhadap kuda-kuda tunggangannya. Berbekalkan kuasa yang dimiliki, dengan angkuh dan berani, penjaga kuda Berjaya menakutkan serta mengawal kuda-kudanya kembali ke kandang. Penjaga kuda hanya mementingkan diri dan sanggup menggunakan sepenuh tenaga kuda-kudanya tanpa mempedulikan nasib haiwan tunggangannya itu.
-
-
BENTUK
-
-
-
4.Jumlah patah kata dalam setiap baris juga tidak sama, iaitu antara 3 hingga 6 patah kata sebaris.
5.Jumlah suku kata dalam setiap baris juga tidak sama, iaitu antara 8 hingga 13 suku kata.
-
-