Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
EPISTEMOLOGI (aliran Rasionalisme (suatu fahaman mengenai teori ilmu yang…
aliran Rasionalisme
suatu fahaman mengenai teori ilmu yang mengatakan bahawa ilmu yang sahih itu diperolehi bukan dengan penggunaan deria yang lima :fountain_pen:
-
-
-
Kaitan di antara Revolusi Sains yang berlaku di abad ke-17 degan aliran utama di dalam teori epistemonology seperti rasionalisme dan empirisisme
Teori ini berkaitan dengan sejarah sains yang berlaku pasa abad ke-17 yang di beri nama revolusi sains, berlakunya perubahan radikal .
sebelum ini sains tidak bersifat experimental untuk untuk mendapat pengesahan hanya berdasarkan teori oleh itu kaedah experimental dia guna pakai pada abad ke-17 .
Pendekatan rasonalis mengamdugi kedua-dua aliran espisemology iaitu bersifat rasionalis dan empirisis barmakna ilmu itu kukuh kedudukannya
Pengabugan kaedah rasionalisme dan empresis bermakna kiita dapat meluhat hasilnya . Epistemology yang sintesis di antara rasionalis dan empirisi mendapat perhatian yang lebih dii dalam sejarah .
Teori Koresponden
Teori kebenaran koresponden ataupun istilah bahasa melayu yang saya gunakan ialah teori kebenaran kesepadanan.
Maksudnya adalah kebenaran sesuatu pernyataan atau ayat itu adalah ditentukan oleh samada apa yang dinyatakan oleh ayat atau kenyataan itu adalah sepadan atau serupa dengan apa yang terdapat di luar sana iaitu hakikat yang terdapat di dalam alam nyata itu.
Kebenaran bergantung kepada samada yang dinyatakan oleh ayat atau pernyataan itu adalah serupa atau bersamaan dengan hakikat yang terdapat di luar sana seperti yang digambarkan oleh ayat atau pernyataan itu.
Contohnya, apabila saya membuat satu pernyataan bahawa sekarang ini hujan sedang turun dengan lebatnya di luar bilik kuliah ini, ayat itu dianggap benar sekiranya hakikatnya adalah sekarang ini hujan sedang turun di luar bilik kuliah ini.
Tetapi sekiranya ayat yang mengatakan bahawa hujan sedang turun di luar sana tidak bersamaan dengan hakikat yang terdapat iaitu tidak ada hujan yang turun di luar sana, maka ayat yang menyatakan bahawa sekarang ini hujan sedang turun di luar sana dianggap palsu.
Teori Pragmatic
ianya terdapat dalam sains dan biasa digunakan dalam teori-teori sains , walaupun boleh digunakan dalam konteks yang lain tetapi lebih kepada sains
kebenaran pragmatik, apa yang penting adalah tindakan yang dilakukan berasaskan konsep dalam ilmu sains
dapat menghasilkan sesuatu yang praktikal atau yang nyata, dan mempunyai kegunaan dan sebagainya.
maksudnya membawa tindakan yang berkesan contohnya di dalam teori sains seperti teori atom, untuk mengetahui sesuatu kenyataan yang berhubung dengan teori atom itu adalah benar atau tidak maka lakukan eksperimen contohnya berasaskan kepada teori tersebut.
jika eksperimen itu menghasilkan sesuatu yang positif , iaitu menunjukkan hasil apa yang diramal oleh teori itu misalnya adalah benar
kebenaran itu adalah kerana ia dapat menghasilkan sesuatu yang bersesuaian dengan apa yang diramalkan oleh teori itu.
-
Teori Koherens
Teori kebenaran koherens (keselarasan) ini merujuk kepada kriteria yang digunakan untuk menentukan samada sesuatu pernyataan itu benar atau palsu.
kebenaran sesuatu pernyataan itu ditentukan bukan dengan membandingkan ayat atau pernyataan itu dengan hakikat yang terdapat di luar sana
apa yang dilakukan adalah dengan kita menghubungkaitkan dan mencari hubungan di antara sesuatu ayat itu dengan ayat-ayat yang berkaitan dengannya dan melihat samada terdapat konsistensi atapun sebaliknya percanggahan di antara ayat-ayat tersebut
Sekiranya pernyataan itu adalah konsisten atau tidak ada percanggahan dengan ayat-ayat yang lain maka pernyataan atau ayat itu boleh diterima sebagai benar.
. Contohnya, pernyataan seperti John adalah pembunuh si mati. Ayat ini untuk menentukan samada ia benar atau palsu, kriteria yang digunakan di sini adalah dengan membandingkan atau mengaitkan ayat ini dengan ayat-ayat yang lain yang ada hubungan dengannya.
Contohnya, ayat atau pernyataan seperti cap jari John terdapat pada senjata yang digunakan di dalam pembunuhan itu. Jadi, ayat ini, katalah sudah diterima sebagai benar, kerana bukti ada menunjukkan bahawa ada cap jari John terpadat pada senjata yang digunakan.
Jadi kita lihat di sini bahawa kenyataan seperti John adalah pembunuhnya dan kenyataan cap jarinya terdapat pada senjata yang digunakan itu tidak ada percanggahan, kerana jika John-lah yang melakukan pembunuhan itu, sudah tentulah cap jarinya terdapat pada senjata yang digunakan. Jadi selaras atau konsisten di antara kedua-dua kenyataan tersebut.
Epistemologi ini adalah salah satu cabang falsafah yang mengkaji tentang teori-teori ilmu. Ia mengkaji tentang apakah itu ilmu, jenis-jenis ilmu dan had atau batasan ilmu itu sendiri. Satu konsep yang dipersetujui oleh ahli-ahli falsafah ialah konsep justified true belief
Ia berasal daripada perkataan Inggeris, iaitu Epistemology. Ia juga terdiri dari dua perkataan.
Diterima sebagai ilmu yang mempunyai syarat-syarat yang telah dipenuhi, yang menjadikannya sesuatu yang berbeza daripada pandangan yang tidak berasas. Antaranya adalah batasan-batasan sesuatu ilmu itu seperti yang dikaji oleh Immanuel Kant. Ia adalah tentang apa yang kita boleh ketahui dan apa yang kita tidak boleh ketahui
Menjadi asas perbincangan yang mengenai sifat ilmu yang konsepsi ilmu sebagai sesuatu kepercayaan yang berasas mengenai sesuatu yang benar atau dalam Bahasa Inggerisnya Justified True Belief
Syarat kepercayaan kita itu mestilah mempunyai justifikasi ataupun berasas
- Justified True Belief, iaitu kepercayaan yang berasas mengenai sesuatu yang benar
Kita tidak perlukan syarat keempat sebagai tambahan, kita mengemukakan tiga syarat itu yang terdiri daripada.
-
-
-
-
-
Teori pragmatik ini ialah teori yang berkaitan dengan eksperimen, teori atom, untuk mengetahui apakah itu atom, Kita perlu tahu berdasarkan eksperimen dan ini digunakan menerusi teori pragmatik. Teori epistemology dan juga proses penjanaan ilmu tetapi dalam mencapai proses penjanaan ilmu ini kita perlu tahu dua bidang ilmu utama iaitu bidang ilmu sains tabi’i dan juga bidang ilmu sains
sosial dan kajian kemasyarakatan.
-
Teori-teori epistemology itu
hanyalah merupakan teori-teori yang tidak mempunyai apa-apa implikasi ataupun kegunaan. Teori-teori epistemology mempengaruhi proses penjanaan ilmu khususnya ilmu-ilmu seperti ilmu sains tabi’i (natural sciences) . dan juga ilmu sains sosial.
Ia mengandungi dua sifat epistemology yang utama,iaitu ia bersifat rasionalis dan juga bersifat empirisis. Ia mempunyai kaitan teori epistemology iaitu fahaman rasionalisme dan fahaman empirisisme dengan ilmu sains tabi’i yang mengandungi ciri-ciri tersebut.
Sebagai Contoh, apabila kita menjalankan kajian sains dalam eksperimen kita mendapati bahawa ini adalah satu bentuk pemikiran empirisis di mana pembuktian melalui penggunaan deria kita seperti deria penglihatan dan sebagainya yang diguna di dalam proses pencerapan untuk mendapatkan data bagi menyokong sesuatu teori saintifik itu.
Penggunaan Deria didalam pengutipan data dan membuat cerapan dan sebagainya. Ia adalah contoh bagi penggunaan kaedah empirikal di dalam sains yang didasari oleh teori epistemology yang beraliran empirisis.
Sifat-sifat ilmu yang terdapat di dalam
ilmu sains iaitu penggunaan kaedah kuantitatif dan kaedah matematik, kita lihat bahawa matematik
itu adalah suatu ilmu yang dihasilkan melalui pemikiran yang rasional dan ini merupakan suatu yang bersifat rasionalis iaitu pengaruh epistemology rasionalisme di dalam menghasilkan ilmu sains yang menggunakan ilmu matematik. Ilmu matematik adalah contoh ilmu yang dihasilkan melalui penggunaan kaedah rasionalisme iaitu berfikir secara logikal, rasional, tanpa melibatkan
penggunaan deria dalam penghasilan ilmu matematik. Dalam ilmu sains banyak menngunakan ilmu matematik yang berkaitan dengan pendekatan rasionalisme.