Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA (Penyata Razak 1956 (Penyata Razak 1956…
SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Laporan Barnes 1950
Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan
Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai bahasa pengantar.
Bahasa Melayu wajib diajar di Sekolah Inggeris dan bahasa Inggeris wajib diajar di Sekolah Melayu.
Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan. Sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.
Pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka.
Laporan Fen-Wu 1951
Sekolah vernakular iaitu Sekolah Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Melayu dibenarkan beroperasi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil dan bahasa kebangsaan juga diadakan.
Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Sekolah Inggeris) dikekalkan.
Sekolah-sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara Persekutuan Tanah Melayu / Malaysia.
Ordinan Pelajaran 1952
Sekolah Kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan. Sementara sekolah vernakular iaitu Sekolah Cina dan Sekolah Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan.
Bahasa Cina dan Tamil cuma diajar sebagai bahasa ketiga.
Walau bagaimanapun , Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak dapat dilaksanakan kerana berlaku darurat dan juga sebab kekurangan wang
.
Penyata Razak 1956
Penyata Razak 1956 merupakan cadangan pendidikan yang ditulis pada tahun 1956 sebagai salah satu usaha bagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu
Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama.
Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama.
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan sekolah menengah.
Bagi sekolah jenis kebangsaan , bahasa inggeris , cina dan tamil menjadi bahasa pengantar.
Sekolah-seolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama.
Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.
Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR) , Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.
Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persektuan ditubuhkan.