Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERSONALITI GURU SEBAGAI PEMBINA NEGARA BANGSA (CIRI-CIRI (Personaliti…
PERSONALITI GURU SEBAGAI PEMBINA NEGARA BANGSA
KONSEP
Personaliti ialah paduan sifat fizikal, mental, emosi, nilai dan tingkah laku seseorang manusia sebagaimana yang dilihat oleh manusia lain (Colman, 2009).
Personaliti merujuk kepada sahsiah dan tingkah laku seseorang.
CIRI-CIRI
Personaliti menarik
Personaliti yang menarik dari para guru akan menjadi ikutan murid-murid. Sebagai contoh, pemakaian yang kemas dan gerak kerja yang tersusun.
Mempunyai kualiti sosial yang tinggi
Guru yang memberi komitmen terhadap tugas yang diberikan serta sentiasa menepati waktu akan disenangi oleh masyarakat sekeliling.
Kreatif dalam melakukan sesuatu
Guru perlu mempelbagaikan cara dan pendekatan yang berbeza dalam pengajaran dan pembelajaran seperti penggunaan ICT dalam sesi PnP di sekolah.
Pengawalan emosi
Guru perlu bijak dalam mengatasi tekanan dan sentiasa kelihatan tenang di hadapan murid. Guru juga perlu mempunyai sifat empati terhadap anak didiknya.
Mempunyai sikap kepimpinan yang baik
Sikap kepimpinan yang baik mampu mengawal suasana pengajaran dan pembelajaran dengan lebih cekap. Guru juga adalah ejen yang dipertanggungjawabkan dalam memimpin murid kearah pembentukan budaya yang lebih baik.
KEPENTINGAN
Melahirkan warga pendidik yang dapat menghasilkan pengajaran yang berkesan dan bermakna.
Melahirkan warga pendidik yang berkualiti dan memahami peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri dan masyarakat.
Meningkatkan imej dan memartabatkan profesion keguruan.
Melahirkan modal insan yang cemerlang bagi meningkatkan daya saing dan produktiviti negara.