Selepas ditunjukkan video, murid dalam kumpulan akan diberi envelop yang berisi gambar gambar haiwan (mamalia,reptilia,amfibia,burung dan ikan). Murid dalam kumpulan akan mengenal pasti jenis haiwan vertebrata dan akan membincangakan ciri-ciri haiwan. Gambar-gambar haiwan akan dikelaskan dalam kertas sebak dengan menggunakan peta I-THINK yang sesuai. Murid melekatkan hasil kerja kumpulan di sekitar kelas. Selepas melekatkan hasil kerja, murid diberi peluang untuk menilai dan membetulkan hasil kerja kumpulan rakan (Gallery Walk) dengan menggunakan 'sticky note'. Seterusnya, wakil murid diminta membuat kesimpulan hasil-hasil kerja kumpulan. Kemudian, murid diberikan lembaran kerja. Murid melengkapkan lembaran dengan mengelaskan vertebrata kepada 5 kelas.