Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 3 (…
BAB 3 ( PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM )
PENGENALAN
Zaman Awal – zaman Nabi Muhammad
SAW dan Khulafa’ al-Rasyidin
Zaman Pertengahan - Zaman Kerajaan Bani Ummayah, Kerajaan Bani Abbasiyah dan Kerajaan Uthmaniyyah
Zaman Kontemporari (Zaman Moden) - termasuk perkembangan islam di Nusantara dan Malaysia
SEMENANJUNG ARAB SEBELUM ISLAM
SOSIAL
Terbahagi kepada dua kelompok iaitu masyarakat
Arab Hadhari dan Arab Badwi
Memandang rendah kepada wanita (Tidak boleh
mewarisi harta dan boleh dijual beli atau dijadikan
hamba seks).
Menanam hidup-hidup bayi perempuan
Mengamalkan budaya tilik nasib
Kelebihan dan kepandaian dalam bidang kesenian
dan sastera seperti sajak, puisi dan pidato
Sikap positif: menghormati tetamu dan menepati janji
KEPERCAYAAN
Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada dua iaitu,
kepercayaan agama dan kepercayaan adat. Kepercayaan agamaialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh bangsa Arab,sementara kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyuldan tradisi lama yang diwarisi.
Kepercayaan adat tidak mempunyai konsep penyembahan
sebaliknya membentuk sebahagian daripada budaya hidup mereka
Agama - Menyembah berhala dan kepercayaan lain
Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama Wathani, iaitu agama
sembah berhala yang diperbuat daripada batu, kayu atau emas
SISTEM PEMERINTAHAN
Tidak terdapat satu bentuk kerajaan yang teratur/sistem
pemerintahan yang kukuh
Dikuasai oleh suku atau puak-puak Arab yang berpecah
mengikut sistem kabilah.
Sistem politik Arab Jahiliah tidak seragam - faktor
perbezaan daerah, keturunan yang memerintah atau kuasa
asing yang menjajah.
Sistem politik berkabilah - primitif di mana peraturan yang
diwujudkan hanyalah untuk kabilah mereka sendiri.
Ketua kabilah – Sheikh, adalah orang yang
bertanggungjawab terhadap kabilah.
PENDAHULUAN
Kepesatan pembelajaran ilmu pengetahuan telah mewujudkan Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.
Pada kurun ke-18 dan ke-19M, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia 1, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar islam terakhir tumbang pada 1924.
ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad
MAKKAH
13 tahun (610-622 M)
Tujuan dakwah- Mengesakan Allah SWT
Bidang dakwah- Akidah dan Akhlak
MADINAH
10 tahun (622-632 M)
Tujuan dakwah – Mengesakan Allah
dan mengembangkan ajaran Islam
Bidang dakwah – merangkumi semua
aspek kehidupan
SEBAB DAKWAH DITENTANG DI MAKKAH
Kuasa dan
pengaruh
Persamaan
taraf
Iri hati
Takut mati
Sumber
ekonomi
PUTERA PUTERI RASULULLAH SAW
Al Qasim
Abdullah
Tayyib
Zainab
Ruqaiyyah
Ummu Kulthum
Fatimah
AMANAT TERAKHIR NABI MUHAMMAD
Berlaku di Mekkah ketika baginda kembali dari
menunaikan haji (Hajjat al-Wida’) pada tahun ke10 Hijrah/632 M.
Isi Amanat ;
Semua umat manusia adalah dari nabi Adam
Semua manusia adalah sama kecuali taqwanya.
Manusia tidak akan sesat selagi berpegang kepada
kitab Allah dan Sunnah rasul-nya.
SEBAB HIJRAH
Jemputan dari masyarakat Arab Yathrib/Madinah
Selepas berlakunya perjanjian Aqabah
Setelah mendapat wahyu dari Allah swt
SEtelah melihat umat islam ditekan dan di pulau oleh masyarakat arab mekah
Untuk meluaskan penyebaran islam
PIAGAM MADINAH
langkah 1
Dilakukan oleh Rasulullah dengan mendirikan sebuah masjid sebagai tempat orang Islam beribadat t dan tempat baginda menyampaikan ajaran Islam serta tempat pentadbiran.
langkah 2
Mengikat tali persaudaraan antara kaum Ansar dan Muhajirin, bagi mewujudkan persefahaman dan untuk membantu kaum Muhajirin memulakan hidup baru dengan pertolongan kaum Ansar.
langkah 3
Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama mempertahankan Madinah dari ancaman luar.