Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Aspirasi Pendidikan (Murid (Pengetahuan (Setiap kanak- kanak perlu…
Aspirasi Pendidikan
Murid
Pengetahuan
Setiap kanak- kanak perlu menguasai sepenuhnya kemahiran literasi dan numerasi (Kementerian pendidikan Malaysia, n.d.).
Mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains serta pengetahuan am perlulah didedahkan kepada murid.
Kemahiran Berfikir
Terapkan perasaan ingin tahu dalam diri murid untuk membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu yang baharu dengan mempelajari cara memperoleh ilmu sepanjang tahun (Suhaimin, 2017).
Kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif perlu dikuasai oleh setiap murid supaya dapat mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara kritis di luar konteks akademik.
Kemahiran Memimpin
Kemahiran dan kebolehan untuk memimpin dan bekerja dengan orang lain secara berkesan adalah amat penting (Suhaimin, 2017).
Kepimpinan merangkumi empat dimensi, iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi, dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan.
Setiap murid akan dibantu dalam mencapai potensi sepenuhnya dengan penglibatan sebagai pemimpin untuk bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan.
Kemahiran Dwibahasa
Murid perlu sekurang-kurangnya menguasai Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan serta bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa pada tahap minima (Suhaimin, 2017).
Pengaplikasian ini akan menyebabkan murid berupaya menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dalam persekitaran kerja.
Identiti kerohanian
Identiti nasional yang kukuh diperlukan untuk kejayaan dan masa depan Malaysia (Kementerian pendidikan Malaysia, n.d.).
Semangat patriotik haruslah dipupuk dalam diri setiap murid dengan cara memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang sama untuk masa depan negara.
Etika nasional
Etika dan kerohanian perlu dipupuk dalam diri setiap murid (Kementerian pendidikan Malaysia, n.d.).
Supaya dapat berdepan dengan cabaran yang akan ditempuhi dalam kehidupan dewasa,
Agar mereka boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip ketika berada dalam situasi yang kritikal, serta berani melakukan menegakkan sesuatu yang benar.
-
Akses - 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020 (Suhaimin, 2017).
Setiap kanak-kanak berpeluang untuk mendapat pendidikan yang sama rata bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing (Shamsiah, 2017).
Kualiti - Memberi peluang kepada kanak-kanak mendapat pendidikan cemerlang dengan sistem pendidikan yang unik di Malaysia serta setanding dengan sistem pendidikan antarabangsa (Shamsiah, 2017).
Meletakkan negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun (Suhaimin, 2017).
Ekuiti - Menyediakan peluang pendidikan yang terbaik untuk kanak-kanak tanpa mengira latar belakang sosioekonomi atau gender (Shamsiah, 2017).
Merapatkan jurang ekonomi antara bandar dan luar bandar supaya Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang lebih saksama di dunia (Shamsiah, 2017).
Perpaduan - Satu perkongsian pengalaman dan aspirasi melalui interaksi bersama murid yang berlainan bangsa dapat membina masa hadapan Malaysia (Suhaimin, 2017).
Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian (Shamsiah, 2017).
Kecekapan- Peruntukan yang tinggi telah diterima oleh sistem pendidikan di Malaysia namun keberhasilan murid masih tidak sepadan dengan sumber yang telah diterima.
Sediakan sistem yang dimaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada (Suhaimin, 2017)