Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
CIRI PERSONALITI GURU SEBAGAI PEMBINA NEGARA BANGSA (DEFINISI (Sronge,…
CIRI PERSONALITI GURU SEBAGAI PEMBINA NEGARA BANGSA
DEFINISI
Sronge, Tucker & Hindman (2004) dalam Nik Mohd Hazrul Hashim, Syed Shah Alam & Norazlina Mohd Yusoff (2014) menyatakan personaliti seorang guru merujuk kepada kualiti dalaman (inner-quality) seseorang guru yang diukur melalui ekspresi guru terhadap nilai, kepercayaan, tingkah laku dan sikap.
Sifat dan sikap seseorang yg membentuk perwatakannya; keperibadian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua. 1984)
Personaliti boleh dilihat sebagai suatu susunan pola-pola tingkah laku seseorang kemudiannya muncul di dalam diri seseorang dan dipraktikan dalam kehidupan seharian.
BERAKHLAK MULIA
Guru sepatutnya fokus terhadap usaha mereka dalam memaparkan kualiti yang menarik iaitu integriti, hormat, belas kasihan dan sensitiviti terhadap keperluan pelajar.
Menanamkan nilai-nilai agama dalam kehidupan, mendidik serta mendorong pelajar menjadi insan yang taat kepada perintah agama yakni dengan menunaikan apa yang diperintahkan serta meninggalkan apa yang ditegah. (Hamid, S. A. & Kila, N. A. 2017)
PENYAYANG
Guru penyayang mampu mendekati murid dengan lebih efektif kerana dapat memberi kesedaran kepada mereka untuk terus bersemangat.
Sifat kasih sayang juga perlu ditunjukkan dalam diri seseorang guru kerana perkara ini dapat membentuk peribadi para pelajar dengan mudah.
Sifat kasih sayang yang dimaksudkan adalah mudah mesra dan mendekati pelajarnya dan saling menghormati antara satu sama lain.
Sronge, Tucker & Hindman (2004) dalam Nik Mohd Hazrul Hashim, Syed Shah Alam & Norazlina Mohd Yusoff (2014) menyatakan, membina kesedaran berdasarkan kepentingan berkaitan nilai adalah langkah pertama ketika mengajar dan cara ini dapat memotivasikan pelajar untuk belajar.
BERSIKAP TERBUKA
Guru seharusnya tidak bersikap memilih kasih, prejudis dan menghukum seseorang tanpa mengenali seseorang murid itu.
Menerima dan mempertimbangkan pendapat pelajar dan masyarakat dan berhemah dalam menolak pandangan yang tidak rasional.
BERTANGGUNGJAWAB DAN AMANAH
Guru berkesan mestilah juga mempunyai komitmen yang tinggi dan sifat dedikasi terhadap tugas. Contohnya dengan mengadakan kelas-kelas tambahan, soalan-soalan latih tubi, program-program motivasi dan sebagainya.
Guru perlu menunjukkan sikap tanggungjawab dalam menjalankan tugasnya seperti menggunakan sepenuh masa yang diperuntukan bagi sesuatu mata pelajaran itu untuk mengajar
Guru perlu berusaha untuk menjadi berwawasan, proaktif, mempunyai inisiatif, bersifat responsif dan inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik.