Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
😎PERWATAKAN GURU😎 (BERKETERAMPILAN (Guru pada asasnya, perlu mempunyai…
😎PERWATAKAN GURU😎
BERKETERAMPILAN
Guru pada asasnya, perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang subjek yang hendak diajarnya (Mok Soon Song, 2010)
Guru juga mesti menguasai kaedah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang hendak disampaikan olehnya (Mok Soon Song, 2010) .
Kemahiran dan pengetahuan yang berkenaan dengan ilmu pendidikan yang diajar harus diperkemaskan dari semasa ke semasa (Syed Ismail Syed Mustafa & Ahmad Subki Miskon, 2011).
BERPOTENSI
Guru yang bersifat dinamik adalah guru yang sentiasa responsif dan berupaya menyesuaikan diri untuk menghadapi perubahan-perubahan kurikulum sekolah dari semasa ke semasa (Mok Soon Sang, 2010).
Hanya guru bersifat dinamik dapat menangani cabaran-cabaran baru yang sering timbul. (Mok Soon Sang, 2010).
Guru perlu mempunyai daya kreatif dan sikap inovatif. Iaitu mempunyai kebolehan untuk mencipta dan menghasilkan sesuatu idea menjadi lebih menarik (Ishak Saat, 2009).
SAHSIAH TERPUJI
Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat penyayang (Mok Soon Song, 2010).
Guru haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh baik/role model kepada muridnya (Syed Ismail Syed Mustafa & Ahmad Subki Miskon, 2011)
Sahsiah yang baik di dalam seorang guru penting untuk dihormati murid. (Mok Soon Song, 2010).
DEFINISI
-
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat watak bermaksud sifat seseorang yang zahir dan batin iaitu merangkumi budi pekerti dan tabiatnya, tingkah lakunya, jiwanya dan pemikirannya.
-