Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PUISI MODEN (ERTI HIDUP BERERTI) (GAYA BAHASA DAN UNSUR BUNYI (METAFORA :…
PUISI MODEN (ERTI HIDUP BERERTI)
MAKSUD SETIAP RANGKAP
RANGKAP 2
: Keindahan alam yang ingin dinikmati oleh warga tua hanyalah satu impian. Anak-anak sudah melupakan mereka. Mereka adik-beradik tolak-menolak untuk menjaga ibu dan bapa. Akhirnya, warga tua yang sedang sakit itu berasakan bahawa hidupnya tidak bererti dan tidak ada tempat untuk menumpang hidup
RANGKAP 1
: Warga tua sering berasa kesepian terutama pada waktu malam. Pada waktu siang juga, tidak ada sesiapa yang datang menziarahinya. Dia tertanya-tanya pada dirinya sendiri jika ada orang yang akan datang melawatnya.
RANGKAP 3:
Anak-anak menganggap bahawa ibu dan bapa tidak berfungsi. Warga tua berdoa agar anak-anak itu insaf akan kesilapan mereka dan ada perasaan kasih sayang mereka terhadap ibu dan bapa. Kasih sayang anak-anak menjadi penawar penderitaan warga tua. Diharapkan juga agar anak itu sedar bahawa hidup di dunia tidak kekal, semua orang pasti akan mati
TEMA
Sajak ini bertemakan kesepian warga tua yang sentiasa mengharapkan kasih sayang dan perhatian daripada anak-anak. Warga tua sering kesepian terutama pada waktu malam. Anak-anak tidak mengendahkannya. Warga tua yang kini sakit mengharapkan anak-anak insaf dan mempunyai perasaan kasih sayang terhadap ayah dan ibu. Warga tua berasa kecewa atas sikap anak-anak yang mengabaikannya. Anak-anaknya tidak mahu mengambil tanggungjawab menjaga ibu bapa
PERSOALAN
PERSOALAN PENDERITAAN WARGA TUA
: Warga tua yang sakit bertambah derita apabila anak-anak mengendahkannya. Dia berasakan bahawa tidak ada tempat untuk menumpang hidup
PERSOALAN ANAK-ANAK YANG MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB
: Anak-anak tidak mengendahkan ibu dan ayah mereka. Adik-beradik tolak-menolak untuk menjaga ibu dan bapa
PERSOALAN KENTANDUSAN PERASAAN KASIH SAYANG
: Anak-anak itu mengabaikan tanggungjawab mereka disebabkan mereka ketandusan perasaan kasih sayang terhadap orang yang melahirkan, membesarkan dan mendidik mereka.
BENTUK
3 rangkap
R1- Tujuh baris, R2- Sepuluh baris, R3- Sebelas baris
Jumlah perkataan dalam sebaris- Dua hingga enam patah perkataan
Sajak berbentuk bebas
GAYA BAHASA DAN UNSUR BUNYI
METAFORA
: Benih keinsafan, embun cinta
SIMILE
: bagai kalung, yang melingkari leherku
PERSONAFIKASI
: Aku selalu didatangi malam sepi
ALITERASI
: me
n
derita me
n
gera
n
g sakit
ASONANSI
: b
a
ik seti
a
m
a
hupun derh
a
k
a
SARKASME
: dari sulung
ditendang
ke bongsu
NILAI
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
: Warga tua mengingatkan bahawa semua yang hidup akan mati, hanya Tuhan yang kekal
KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA
: Walaupun anak-anak mengabaikannya, warga tua tetap berdoa agar anak-anak insaf dan tumbuh perasaan kasih sayang mereka terhadap bapa dan ibu
HEMAH TINGGI
: Warga tua tetap mendoakan anak-anaknya supaya insaf. Dia memarahi anak-anaknya
PENGAJARAN
JANGANLAH KITA MENGABAIKAN IBU BAPA
: Ibu bapa amat menderita apabila anak-anak mengabaikan mereka
KITA HENDAKLAH MENGAMALKAN SIKAP YANG BAIK
: Sikap anak-anak ialah gambaran didikan ibu bapa sejak mereka kecil. Jika mereka dididik dengan baik dan sentiasa memberikan perhatian dan ingatan kepada mereka, kemungkinan untuk mereka mengabaikan ibu bapa amat tipis.
KITA HENDAKLAH SEDAR BAHAWA HIDUP HANYA SEMENTARA
: Hidup didunia hanya sementara. Oleh sebab itu, sementara kita masih hidup, kita perlu menjadikan diri kita bermanfaat kepada orang lain terutama kepada ibu bapa