Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Aspirasi Pendidikan dan Aspirasi Murid serta Kepentingannya (6 Aspirasi…
Aspirasi Pendidikan dan Aspirasi Murid serta Kepentingannya
5 ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN
Sekolah adalah barisan hadapan dan peringkat operasi dalam melaksanakan tanggungjawab memastikan lima aspirasi sistem pendidikan dapat dicapai.
AKSES
etiap murid di sekolah mendapat akses yang sama kepada pendidikan berkualiti, tanpa mengira taraf ekonomi, kaum atau latar belakang murid bagi membolehkan murid mencapai potensi masing-masing.
Prinsip pendidikan untuk semua,pihak sekolah perlu memberi komitmen demi memastikan tiada murid yang tercicir dan semua murid memenuhi standard minimum
KUALITI
Peranan sekolah dalam memastikan setiap sekolah memberikan proses pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid setanding dengan negara maju yang lain mengikut standard antarabangsa.
EKUITI
Sekolah bertanggungjawab untuk memastikan setiap murid yang mempunyai pelbagai latarbelakang dan sosioekonomi di sekolah mendapat hak dan ekuiti yang sama.
PERPADUAN
Sekolah perlu mewujudkan perpaduan dalam kepelbagaian kaum yang ada.
Tambahan pula, perpaduan yang kuat mempunyai kaitan yang rapat denganrakyat yang sihat, masyarakat yang selamat dan kadar guna tenaga yang tinggi.
KECEKAPAN
Kerajaan menerusi bajet tahunan telah memperuntukan perbelanjaan besar kepada sektor pendidikan, yang secara jelas menunjukkan komitmen tinggi kerajaan terhadap pendidikan.
Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab guru-guru dan warga pendidikan di sekolah untuk memastikan pulangan dalam bentuk keberhasilan murid dimaksimumkan untuk setiap ringgit yang dibelanjakan.
6 Aspirasi Murid
Aspirasi ini bertujuan untuk memastikan setiap murid mencapai potensi yang ada pada diri mereka sepenuhnya.
PENGETAHUAN
Menjadi tanggungjawab sekolah untuk memastikan setiap murid mempunyai keupayaan literasi dan numerasi
KEMAMPUAN MEMIMPIN
Sekolah menjadi medan yang terbaik untuk memupuk kepimpinan dan kemahiran bekerja dalam pasukan secara berkesan dalam kalangan murid-murid selaku pewaris kepimpinan negara.
KEMAHIRAN DWIBAHASA
Murid perlu mengusai Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa komunikasi antarabangsa.
KEMAHIRAN BERFIKIR
Setiap kanak-kanak akan belajar cara mendapat Pendidikan sepanjang hayat, cara untuk menghubung kait pelbagai pengetahuan yang berbeza dan cara untuk menjana pengetahuan baru
ETIKA DAN KEHORANIAN
Pihak sekolah perlu berperanan dalam memastikan setiap murid mempunyai sifat berani
IDENTITI NASIONAL
melahirkan murid yang mempunyai perasaan tidak berbelah bahagi tentang identiti nasional, berpegang teguh kepada prinsip Rukunegara dan sentiasa mengutamakan perpaduan
KEPENTINGAN ASPIRASI MURID DAN PENDIDIKAN
Membentuk perpaduan masyarakat
Mencorak pembentukkan negara bangsa
Menyediakan masyarakat untuk menghadapi cabaran kehidupan dan pembaharuan serta membuat pengubahsuaian demi memberikan sumbangan untuk pembangunan masyarakat itu.